Tuesday, September 18, 2012

Eina Accident 16 July 2012

Assalamualaikum..Hai semua..

Mesti semua pelik kan?? Mana einaangel menghilang.? Akhirnya eina balik menaip setelah keadaan eina makin baik. Eina telah mengalami satu pengalaman ngeri yang eina panggilnya NIGHTMARE. Eina seorang pelajar POLITEKNIK SHAH ALAM yang mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Mulai semesta 3 ini yang baru sahaja bermula pada July yang lepas, eina telah mengambil keputusan untuk membawa motosikal iaitu EGO S warna pink ke kelas. 

Pada mulanya eina ingin memegang lesen L hanya sebulan, tapi malangnya, eina terpaksa menangguhkan niat eina dan kini memegang lesen L selama 3 bulan kerana kaki kiri eina masih belum kuat untuk membengkok dengan sempurna. 



Kisahnya begini, pada hari Isnin, 16 July 2012, merupakan hari pertama bermulanya semester 3 eina di Politeknik Shah Alam yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Pada pukul 4 lebih kurang, habisnya kelas Engineering Mathematics, eina pun ingin balik ke rumah. Pada masa itu, hujan renyai-renyai.



Kawan eina telah menasihati eina, menyuruh eina menunggu di FOOD COURT sementara tunggu hujan betul-betul reda. Tapi eina degil. Eina tak mahu menunggu dan meredah hujan tanpa menghiraukan bahaya yang akan menimpa eina ketika itu.

Betul kata orang-orang tua bahawa malang tak berbau. Untuk keluar dari kawasan poli terdapat satu selekoh tajam di depan Monfort Boys sebelum sampai ke Traffic Light yang mempunyai 3 simpang.



Di dalam poli, hujan renyai-renyai tapi sampai di luar poli, hujan semakin lebat. Hujan membasahi jalan dan terdapat pasir di selekoh tersebut, eina yang membawa Ego S yang sangat sensitif dengan pasir telah terjatuh terseret sebaik saja tayar terkena pada pasir dan lecah. 

Eina telah menggunakan brake depan untuk memperlahankan moto. itu salah eina. Sebaik sahaja jatuh, eina langsung tidak menghiraukan diri eina,yang eina risaukan hanyalah motor kesayangan eina itu. Eina tak sedar pun bahawa kaki eina telah cedera.
Eina angkat motor eina dan sangat risaukan moto eina rosak. Eina bawak moto eina dalam hujan yang lebat, sampai di traffic light, didapati kain baju kurung eina telah koyak dan kaki eina berdarah. 



Seorang lelaki telah menegur eina dan memaksa eina untuk pergi ke klinik dengan segera. Dengan hati yang berat, eina telah pergi ke klinik yang terdapat di TTDI Jaya. Bila sampai di klinik, baru terasa betapa sakitnya luka tersebut. Lelaki yang menolong eina ketika eina jatuh telah setia menemani eina sampai selesai doktor mencuci luka di kaki eina. Alhamdulillah hanya kaki kiri sahaja yang cedera agak teruk, tapi tidaklah sampai melibatkan cedera dalaman. Mujur eina memakai helmet dan lori di belakang eina sempat BRAKE.. 


Mama dan abah eina telah segera mengambil eina di klinik tersebut kerana eina langsung tidak boleh berjalan. Doktor telah memberi ubat dan peralatan untuk mencuci luka sendiri.


Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang setia menyokong eina walaupun ketika itu eina dalam keadaan yang sangat DOWN dan sakit.



Nasihat Einaangel: Kepada pengguna EGO S, atau skuter yang lain, silalah berhati-hati di kawasan berpasir dan licin. Jangan redah hujan..!! Bahaya!! Peace!!

Tuesday, July 31, 2012

Bila Kawan Makan Kawan..

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Hari ini eina nak kongsikan sesuatu yang eina rasa kecewa sangat. Eina seorang yang SUPER-DUPER-FRIENDLY. Tapi ada saja yang cemburu dengan apa yang eina kecapi. Salahkah kalau ingin eina merasa kebahagiaan? Eina baru sahaja pegang status SINGLE, dan baru sahaja dapat menerima hakikat bahawa eina boleh meneruskan hidup tanpa si dia yang dah pun menemui kebahagiaannya bersama kekasih lamanya.
Terkejut sangat bila kawan yang kita sayang, hormati dan agak rapat sanggup mengutuk dan menfitnah eina sendiri di belakang. Dasyatnya mulut manusia. Eina menangis bila dapat tahu apa yang telah dibuatnya di belakang eina. Tak sangka di bulan ramadhan ini pun masih ada syaitan yang terlepas. Kenapa dia sanggup buat eina macam ni pun eina tak tahu kerana terlalu ramai manusia yang pandai bermuka-muka di hadapan kita sedangkan dia seorang yang talam dua muka. Kadang-kadang nak eina tanya padanya, apa salah eina padanya??
Kepada pembaca, ingatlah...janganlah kita terlalu percayakan orang sekeliling kita dengan seratus peratus. Haruslah ada ruang untuk percaya apa yang kita rasa juga. Jangan di sebabkan dia didepan kita nampak terlalu baik, kita terlalu percaya padanya kerana kadang-kadang tersembunyi sesuatu yang kita tidak tahu disebalik kebaikan yang dilakukan. 
Barulah eina sedar betapa pentingnya kita memilih kawan. Jangan tersalah memilih kawan kerana apabila tersalah, sakitnya akan datang pada kita juga. Yang pasti, setiap yang teraniaya pasti akan menerima balasannya. Hati yang tak akan tenang, itulah bayaran CASH dari yang maha Esa.


TIPS MEMILIH KAWAN
-Perhatikan cara dia bercerita pada kita tentang orang lain (tak mustahil dia akan bercerita dengan cara yang sama pada orang lain tentang diri kita pada orang lain)
-Jika anda sakit, perhatikan cara dia mengambil berat tentang kita.
-Jika anda ada masalah, perhatikan, adakah dia sukarela membantu kita.
Eina harap pembaca blog ni, bebas dari sindrom KAWAN MAKAN KAWAN ni kerana eina sendiri dah merasa bagaimana disakiti oleh kawan yang dipercayai sendiri. Eina cuma harapkan dia sedar apa yang dia buat ini cukup menyakitkan eina. Harap dia sedar apa maksud sahabat itu yang sebenar-benarnya.

Wednesday, July 11, 2012

DOUBLE E (eina&eika) BFF selamanya..sejak 2007

Assalamualaikum.. Hai semua!!!




Hari ini eina seronok sangat sebab eina jumpa dengan kawan baik eina yang comel sangat yang dah lama tak jumpa. Rumah kami hanya selang dua lorong tapi kami dah lama tak jumpa sejak kami habis SPM dulu. Lepas SPM, semua buat hal masing-masing. Baru sahaja eina 'update status' di FACEBOOK yang mengatakan eina rindu sangat dengan kawan-kawan sekolah eina. Tak sangka cepat betul impian eina termakbul dan eina berjumpa dengan kawan baik eina yang sangat comel bernama:
ZULAIKA ZULKIFLI.......................................
Kurus dan manis orangnya. Dulu, dia seorang atlet sekolah. Nampak manja kan orangnya, kuat lari ni. Sekarang dah belajar di UNISEL dalam bidang IT. Ceria tapi tersangatlah pemalu. Kepada mereka yang baru kenal, memang segan dibuatnya untuk menegurnya buat kali pertama kerana walaupun beliau cantik, beliau tersangatlah rendah diri dan pemalu.
 

Eina berkawan baik dengannya sejak tahun 2007, iaitu semasa di tingkatan 2, semasa kami bersama-sama menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah. Banyak kenangan manis semasa bersama-sama sebagai pengawas sekolah di sekolah SMK BUKIT GADING dulu. Bila teringat kembali, membuatkan eina tersenyum sampai ke telinga. Heee... :-) 


Tadi, memang eina tak rancang langsung untuk ke rumahnya dan ajaknya keluar dengan moto skuter pink ku. Tapi dek kerana keadaan yang terlalu membosankan telah memaksa eina membuat suatu aktiviti yang boleh mengisi masa yang terluang tadi. 

Dengan selamba, eina dengan moto EGO S pink dan berlesenkan L telah membonceng gadis comel Eika ke 'RESTORAN MAMAK' je. Hee.. Dah buntu, tak tahu nak ke mana lagi sebab eina baru berlesenkan L. Dah kira salah dah bila membonceng anak dara orang dengan lesen L ni. Dalam hati berdoa jelah, harap-harap tiada 'ROADBLOCK' di depan. Nakal nya eina kan?


Di sepanjang perjalanan kami, eika dalam keadaan ketakutan. Eina bawak laju katanya. Ooss..sorry eika. Dah terbiasa merempit di HIGHWAY. Hee.. (Pengakuan tegar)

Balik dari kedai mamak, eina bawak eika balik ke rumah eina. Kami bersembang di laman rumah eina sambil eika membelek majalah MEDIA HIBURAN yang isi kandungannya ada gamba eina dalam slot REMAJA BERBAKAT PILIHAN MEDIA HIBURAN. Tak habis-habis dia memerli eina. 


Lebih kurang pukul 6.30 petang, eina telah menghantarnya pulang. Sebelum eina beredar dari rumahnya, haruslah eina berjumpa dengan ibunya yang tercinta. Ibunya baru balik dari klinik kerana demam. Untuk ibu eika, eina doakan cepat sembuh ye. ;-)


Seronok sangat bila berjumpa dengan kawan lama yang suatu hari dulu pernah rapat dengan kita. Walaupun sesuatu telah berlaku dahulu antara kami, harap itu tidak menjadi penghalang untuk kami meneruskan janji kami untuk menjadi Best Friend Forever ye eika.


Peace!! Yeay!! Hargailah rakan baik anda sebaiknya kerana mereka boleh menjadi tempat anda ketawa dan menangis. Jangan sia-siakan kawan baik anda okey. :-) Senyumm... Luv u Eika.. Yeay!

Tuesday, July 10, 2012

Tips untuk memikat hati IBU dan AYAH pasangan..

Assalamualaikum semua!! Hai...




Restu keluarga amatlah perlu untuk hubungan yang serius dan kekal lama. Justeru itu, anda hendaklah pandai untuk memikat, mengambil hati dan meyakinkan hati ibu bapa pasangan anda bahawa anda boleh menjaga, membahagiakan dan bersama dengan anak mereka sampai bila-bila. Ramai yang di luar sana rasa takut untuk berjumpa dengan ibu bapa pasangan mereka atas beberapa sebab


Antara sebab rasa takut untuk berjumpa keluarga pasangan:
1 TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI
2 TIDAK BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA ANAK ORANG
3 TAKUT TIDAK DISUKAI OLEH KELUARGA PASANGAN
4 MALU BERSEMUKA DENGAN KELUARGA PASANGAN
5 MASIH ADA PILIHAN LAIN


Restu ibu bapa sangatlah penting dalam hubungan. Jangan anda sia-siakan harapan orang tua anda dengan membelakangkan keluarga dengan adanya hubungan cinta anda. Restu ibu bapa perlu kerana merekalah yang membesarkan anda dan pasangan. Anda seharusnya berpegang pada prinsip ini:
"JIKA INGIN BERKAHWIN DENGAN ANAKNYA..HARUSLAH BERKAHWIN DENGAN KELUARGANYA SEKALI..."
Berkahwin dengan keluarga bukannya bermaksud bernikah dengan keluarganya sekali. Maksudnya, anda hendaklah meyakinkan keluarga si dia yang anda boleh menjaga anaknya seperti mana anda meyakinkan anaknya bahawa anda ingin berkahwin dengannya. 



TIPS YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENARIK MINAT IBU BAPA PASANGAN UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI MENANTU...


JIKA ANDA---->___________(ikut jantina anda)


LELAKI
1 Mengajak keluarga pasangan solat berjemaah beramai-ramai.
2 Sukarela menjadi imam semasa berjemaah dengan keluarga pasangan.
3 Tunjukkan anda ini seorang yang bertanggungjawab.
4 Teman ibu pasangan ke pasar.
5 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
6 Bila gaji, belanja ibu bapa pasangan makan di luar.
7 Belikan sesuatu untuk ibu bapa pasangan apabila OUTSTATION.
9 Tunjukkan bahawa anda ini seorang yang berpelajaran.
10 Ajak ibu bapa pasangan berkenalan dengan ibu bapa anda.


PEREMPUAN
1 Menutup aurat dan sopan apabila berjumpa dengan ibu bapa pasangan.
2 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
3 Tidak janggal bersembang dengan ibu pasangan dan menganggap ibu pasangan macam ibu sendiri.
4 Tunjukkan anda ini seorang yang berpelajaran dan bertanggungjawab.
5 Tidak sombong dengan ahli keluarga yang lain.
6 Amalkan senyum.
7 Tunjukkan yang anda mempunyai didikan agama.
8 Kongsikan minat anda bersama ahli keluarga pasangan.
9 Tunjukkan yang anda ini seorang yang penyayang budak-budak.
10 Buatkan ibu bapa pasangan gembira dengan anda.



Pesanan einaangel: Jom ikut tips ini. Yeay!!! Selepas anda berjumpa dengan ibu bapa pasangan anda, pasti hubungan anda akan makin terhias dengan restu mereka!! Peace!

PARUT HITAM..

Assalamualaikum.. Hai semua.. 




Einaangel nak share satu tips yang mungkin boleh anda cuba di rumah. 
Sangat berguna dan kawan einaangel telah mencubanya dan sangat berkesan. 
Mudah sangat. 




Sangat berguna untuk mereka yang mempunyai parut hitam atau bekas jerawat di muka.
Siapa ada parut hitam akibat luka terjatuh atau pernah mengalami kemalangan sebelum ini? Jom cuba tips ini untuk menghilangkannya.


Kalau bekas luka pada tubuh anda menjadi hitam, maka untuk menghilangkannya ialah:




Ambil sebiji ubi kentang dan diparut atau ditumbuk hingga lumat, kemudian tempekkan pada parut hitam tersebut. 




Amalkan tiap-tiap hari. Mudah-mudahan berhasil..




Jom cuba..!! Einaangel sudahh... Yeay!!

Monday, July 9, 2012

Terimalah Si Dia Seadanya..

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Kali ini eina akan menyentuh soal menerima kekuatan dan kelemahan insan tersayang yang ada di sekeliling kita. Cuba renungkan sejenak kata-kata motivasi ini dari blog einaangel ini.
Cintai dirinya seadanya dia,
Terima hatinya seadanya dia,
Kasih kelemahannya seadanya dia,
Sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya rasa dihargai, mampu menjadi insan yang lebih baik, malah boleh menerima anda seadanya serta mampu menjadi pasangan yang sempurna buat anda.
Semua orang mempunyai personaliti yang berbeza. Begitu juga kita. Bukan semua orang yang kita suka atau tidak suka mempunyai perasaan yang sama macam kita. Oleh itu, adalah sangat perlu untuk anda memahami bahawa cinta harus hadir dengan benih keikhlasan, kejujuran serta kematangan.




Pernah atau tidak anda terasa seperti si dia tidak memahami apa yang anda nyatakan, apa yang anda inginkan, apa yang anda cuba lakukan atau apa yang sebenarnya anda maksudkan? Percayalah si dia jua pernah merasai apa yang kamu rasai itu.




Masalah tidak akan selesai sekiranya anda tidak ada membuat sebarang usaha untuk cuba memahami perbezaan perangai yang ada kerana proses untuk menerima kelemahan orang lain mengambil sedikit masa. Adalah sangat perlu untuk anda membenarkan diri anda melihat sesuatu kekurangan itu sebagai satu kelebihan agar pasangan anda pula cuba belajar untuk melakukan perkara yang sama.




Bercinta ialah soal menerima seadanya pasangan kita dimana anda berdua tidak perlu mengungkit kekurangan pasangan semata-mata untuk memenangi sesebuah pertelingkahan yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah dalam hubungan anda. Percayalah... Hati mana yang tak terluka sekiranya kerap kali pasangan mencari kesalahan dan kesilapan kita sekali gus tidak mengendahkan segala perbuatan baik yang telah anda laksanakan selama ini.




Umpama seketul batu di bawah air terjun, lama-kelamaan akan lekuk juga apabila diasah bertalu-talu dengan air yang deras. Apatah lagi hati manusia yang terhasil daripada segumpal darah bila mana terluka berkali-kali bukan lagi meninggalkan parut tetapi menjadi nanah dan kudis yang berpanjangan dan sentiasa diingati.




Kepada perbaca remaja yang einaangel sayangi, anda harus memahami bahawa sekarang ini jiwa anda masih lagi hijau. Mata anda masih belu melihat kehidupan dalam erti kata sebenar dan minda anda masih belum cukup matang untuk menilai semua yang berlaku dalam hidup tanpa panduan yang betul. Anda harus belajar untuk bersikap lebih terbuka dalam menerima pendapat orang yang lebih tua serta berani bertanya apabila buntu dalam mencari penyelesaian dalam sesuatu masalah yang dihadapi.




Cinta sememangnya indah apabila tanpa ada sebarang masalah, namun tika dilanda ombak, anda akan terkapai-kapai bila mana pasangan yang anda cintai itu tidak belajar untuk bersama-sama menyelesaikan masalah. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, namun masih ramai juga manusia yang tidak langsung mahu mencuba ke arah kesempurnaan. 




Bercintalah dengan penuh keinginan untuk memperbaiki diri sendiri dahulu, sebelum mencuba untuk memperbaiki pasangan anda. Jangan mudah melenting apabila ditegur dan jangan mudah menjatuhkan air muka pasangan apabila menegur. Bercintalah dengan sabar dan tenang.




Pesanan einaangel: Akhir kata, salam CINTA dan SAYANG ikhlas dari einaangel untuk semua.. Bahagiakanlah pasangan kita sementara dia masih ada. Peace!! Yeay!!

Sunday, July 8, 2012

Kekasih Ajak Kahwin Lari??

Assalamualaikum... Hai semua..
Hari ini eina nak berkongsi dengan anda mengenai topik kita iaitu bercinta dengan warga asing.. Wahh..mesti pelik kan eina buat tajuk ni?? Sebenarnya artikal ini untuk menyelamatkan mereka yang kebanyakannya masih tidak matang atau mengambil mudah tentang perkara ini. Bercinta dengan warga asing dan ada mereka yang terlalu mengikutkan hati, sanggup mengikut sahaja permintaan si dia untuk kahwin lari.




Andai terlalu ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Berbaloikah anda meninggalkan orang tua yang selama ini menjaga anda hanya kerana seorang lelaki yang baru dikenali? Percayalah cinta kalau hilang pasti akan ada penggantinya. Namun ibu dan ayah tidak akan boleh dicari lagi. Sebaiknya anda fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum bertindak dan membuat keputusan. Jangan sampai tersalah membuat keputusan kerana ia mungkin akan merosakkan masa depan anda. 
Paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan janji-janji manis lelaki kerana manusia ini apabila dia inginkan sesuatu kata-kata yang akan terkeluar mestilah semuanya baik-baik sahaja. Belum tentu semua yang baik keluar dari mulut itu akan ditepatinya. Anda sendiri pernah melihat contoh gadis-gadis yang tertipu oleh warga asing. Jadi, janganlah terlalu cepat percaya. Sekiranya anda masih buntu, banyakkanlah berdoa agar Tuhan sentiasa menunjukkan jalan yang lurus untuk anda.




Nasihat einaangel: Sebelum membuat sesuatu keputusan, tolonglah berfikir untuk jangka masa yang panjang. Janganlah mudah percaya pada kata-kata insan yang belum menjadi milik kita. Sesungguhnya restu keluarga amat penting dalam perhubungan yang berkekalan dan bahagia hingga ke akhirnya.

TAHUKAH ANDA!! Jangan Gosok Mata..

Assalamualaikum.. Hai semua...
TAHUKAH ANDA......!!
Anda seorang yang suka menggosok mata tidak kira termasuk habuk ataupun tidak? Selalunya kita sering menggosok mata untuk mengurangkan kesannya. Sedar atau tidak, gosokan secara kuat dan terus pada mata boleh merosakkan kulit dan tisu di sekitarnya, biji mata dan juga tulang pada soket mata? Ia turut menyebabkan masalah bengkak di sekeliling mata hitam atau menyebabkan luka pada kelopak mata anda.

Friday, July 6, 2012

Bercinta dengan LELAKI RENDAH??

Assalamualaikum... Hai semua...
Lelaki rendah dari perempuan?? Apa kata kebanyakan wanita? 'Size does matter'. Namun sejauh mana kata-kata ini benar sehingga ia boleh menimbulkan isu dalam perhubungan? Bagi lelaki, ramai yang mengakui tidak kisah jika keluar bersama dengan perempuan yang lebih tinggi, namun bagaimana pula dengan wanita? Sanggupkah berduaan dengan lelaki yang jauh lebih rendah daripada mereka?

Tip Bercinta Dengan Lelaki RENDAH.
(buat bacaan kaum wanita)
'Cinta sejati tidak mengenal rupa, pangkat dan harta'. Itulah realiti yang sebenarnya. Jika anda berkasih dengan lelaki yang RENDAH, ada tipnya yang boleh anda gunakan untuk mengekalkan hubungan tersebut.
1 JANGAN timbulkan isu. Wanita harus bijak dalam mengawal keadaan. Jangan sesekali menimbulkan isu ukuran si dia di hadapan sesiapa pun kerana isu itu cukup sensitif.


2 JANGAN pakai kasut tumit tinggi. Bagi wanita, ada baiknya tidak mengenakan kasut yang bertumit tinggi apabila berduaan. Bila anda berdua jalan seiring, ia lebih manis dan elok dipandang. Si dia pun tidak akan berasa janggal apabila beriringan dengan anda.


3 YAKINI cinta anda. Jika anda berdua sering dipandang pelik mahupun diejek, abaikan sahaja. Jika si dia cinta sejati anda, terimalah si dia dalam apa jua keadaan pun. Kan lebih LOVING....






ALASAN WANITA MENGELAK UNTUK BERSAMA DENGAN LELAKI RENDAH...
(Perlu dielakkan)
*SEGAN 
Ini merupakan di antara punca utama. Risau akan dipandang serong dan dicaci sekiranya berjalan seiringan dengan lelaki rendah.


*TIDAK SELAMAT 
Perasaan ini mudah menggugat keintiman si wanita. Wanita sering kali berasa tidak selamat jika berpasangan denagn lelaki yang lebih rendah.


*KEBUDAKAN
Persepsi 'pendek seperti budak' juga selalu bermain dalam fikiran wanita. Risau jika lelaki tersebut berperangai seperti kanak-kanak.

Nasihat einaangel: Terimalah si dia seadanya. Jika kita intai, ramai juga artis yang dikenali, di mana wanita jauh lebih tinggi dari lelaki, contohnya Tom Cruise dan Katie Holmes, Keith Urban dan Nicole Kidman dan lain-lain. Jangan hanya memandang pada luaran diri seseorang itu kerana ia tidak akan memberi apa-apa makna untuk mendapatkan cinta sejati. Yeay!!

Wednesday, July 4, 2012

Rahsia Kekal Cantik dan Sihat Cara Islam..

Assalamualaikum.. Hai my dear pembaca..


Sejak dulu lagi, wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Maka, tidak hairanlah jika para gadis hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan cantik dan sentiasa sihat. Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan diaplikasikan pada wajah dan tubuh untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun begitu, Islam sememangnya indah. Ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kekal cantik dan sihat tanpa mengeluarkan perbelanjaan dan yang paling penting mengikut cara islam.

CUCI WAJAH 5X SEHARI
Agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. Air wuduk itu janganlah dilap, sebaliknya dibiarkan kering denagn sendiri. Kemudian, ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

BERSENAM ELAKKAN STRESS
Untuk menghilangkan stress atau tekanan, anda boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota badan. Dan, inilah cara sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat islam.


RAHSIA BIBIR CANTIK
Anda ingin memiliki bibir yang mungkil, cantik dan berseri? Tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembab bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan juga tidak sombong dan takabur.


DIKENALI DAN DISAYANGI
Agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lain yang ditemui sama ada di kuliah, pejabat mahupun di sebarang majlis yang anda hadiri. Selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda juga dapat meluaskan persahabatan. Melalui cara ini, anda akan lebih dikenali serta disayangi oleh ramai orang.


TUBUH LANGSING JADI IDAMAN
Untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet ataupun pil kurus. Sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. Jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan helas air sehari.



Wow..einaangel rasa bertuah dilahirkan Islam yang sangat sempurna ini. Sehinggakan rahsia kekal cantik dan sihat juga ada dalam amalan islam. Terharunya.. Jom amalkan rahsia ni.. Sebarkan kepada umat-umat islam yang lain supaya mereka boleh kekal cantik disamping menjadi umat islam yang sejati.. Wallaweyhh!! Yeay!!