Wednesday, April 25, 2012

Tertusuk Paku??


ASSALAMUALAIKUM... HAI SEMUA!!
JANGKITAN TERTUSUK PAKU??

Kecederaan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Jika dah terkena, sengsara dibuatnya bila menahan sakitnya tu. Tak mustahil tusukan paku ni akan menyebabkan jangkitan.
                                                 ~kaki tertusuk paku~

Jika berlaku kejadian sebegini, kita tak sepatutnya duduk diam je, kita kena ambil tindakan selanjutnya untuk merawat dari terkena jangkitan. Ada cara yang berkesan untuk mengelakkan luka dari terkena jangkitan.

~Jari yang tertusuk paku~

Antara cara yang berkesan dan mudah adalah dengan mengambil bawang putih lalu buangkan kulitnya yang nipis. Kemudian celupkan ke dalam minyak kelapa. Selepas itu hendaklah diganggang kepada api. Apabila telah panas, tempelkan pada bahagian yang tertusuk paku itu. Ulangi setiap hari sebanyak 3 kali. Dalam jangka masa dia atau tiga hari ianya tentu akan sembuh dan takkan bernanah..

~Selamat mencuba~

Friday, April 20, 2012

Tips untuk hilangkan Ruam dan Campak


Assalamualaikum.. Hai semua!!
Jom jadikan alam semulajadi sebagai penawarnya!!
Fenomena ruam dan campak sering dikaitkan dengan kanak-kanak. Selain dari ikhtiar untuk membawa anak anda ke klinik, anda boleh cuba ubat tradisional seperti berikut. 

Daun Bambu
Ambil kira-kira segenggam daun bambu dan tumbuk hingga lumat dan bancuh dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapulah pada tempat-tempat yang ada ruam atau campak itu.Daun ini juga boleh diramas dengan air, kira-kira setengah gelen dan mandikan anak itu.Daun bambu dibubuh di bawah tilam anak-anak itu tidur untuk mengelak dari berjangkit demam atau campak.

Tepung Ubi
Ambil kira-kira secamca tepung ubi kayu dan bancuh dengan air sejuk, kemudian lumurkan pada tubuh anak yang terkena ruam itu. Jangan lumur terlalu tebal kerana takut badan anak anda tidak tahan dengannya.






Air Kelapa
Ambil sebiji kelapa hijau muda, tebuk dan baca “bismillah..” dan selawatkan Nabi Muhammad tiga kali lalu memohon kepada Allah supaya sembuh. Air kelapa itu berikan kepada anak untuk minum. 


Limau Purut
Belah dua buah limau purut yang telah masak, dibakar kulitnya sehingga hitam. Biarkan supaya sejuk dan apabila sudah sejuk, sapukan bahagian yang dipotong tadi pada tempat-tempat ruam atau campak pada badan. 





#Pesanan dari falling angel: Kepada sesiapa yang mengalami masalah berkenaan...jom try cara nii!! Mana tahu berkesan.. Saya tulis untuk membantu.!! Peace!!

Thursday, April 19, 2012

Bahagianya berCinta Selepas Kahwin...

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Pernah terfikir tak macam mana cinta selepas kahwin dikatakan lebih bahagia dari bercinta sebelum berkahwin?? Ramai mengiakan statement ini kerana ternyata cinta yang dipupuk selepas berakad nikah lebih terasa kebahagiaannya. Memang tak dinafikan cinta tidak boleh dipaksa dengan hanya melafazkan kata-kata cinta. Namun tanpa disedari, cinta akan terbina dengan adanya kasih sayang antara dua insan yang tinggal bersama dan cuba untuk membaiki hubungan bersama.


Antara kebaikan atau kebahagiaan yang kita dapat rasakan di dalam alam bercinta selepas kahwin adalah:

MENDAPAT RESTU DARI KEDUA IBU BAPA
Restu dari kedua ibu bapa kita penting untuk membina sebuah hidup baru yang penuh dengan dugaan. Jika difikirkan balik, ada baiknya jika jodoh kita ditentukan oleh ibu bapa kita sendiri apabila sudah penat bercinta dan akhirnya patah hati. Ibu bapa kita lebih tahu yang mana lebih sesuai dengan kita. Jangan terlalu berharap dengan cinta yang terlarang kerana apabila ia musnah, kepangkuan ibu bapa juga kita akan jatuh.




DAPAT BERMANJA DENGAN PASANGAN DENGAN CARA YANG HALAL
Banyak maksiat dapat dilihat dengan bercinta sebelum berkahwin. Alangkah indahnya cinta itu jika dipupuk selepas berkahwin. Dengan adanya ikatan sah perkahwinan itu, pasangan tersebut bebas untuk bermanja-manja tanpa perlu takut-takut dengan dosa berzina. Dengan adanya ikatan tersebut, maka kita akan dapat kepuasan untuk bersama dengan pasangan kita tak kira siang mahupun malam kerana semuanya adalah halal. 


DAPAT MENAMBAH KESERIAN HIDUP DENGAN CAHAYA MATA
Dengan adanya ikatan yang sah ini, pasangan juga dapat menambah keserian hidup dengan mendapat cahaya mata ketika sedang memupuk kasih sayang antara suami isteri. Cinta akan automatik bertambah dengan adanya anak. Anak penyeri cinta. Jika sebelum kahwin bercinta, mana boleh ada anak, anak luar nikah namanya tu. Maka bercinta sebelum kahwin memang tiada penyerinya. 


DAPAT MENGENALI SATU SAMA LAIN DENGAN LEBIH RAPAT DALAM SUASANA YANG ROMANTIK

Bahagianya rasa bila dalam alam percintaan selepas kahwin mencipta kenangan indah bersama dalam suasana yang romantik tanpa istilah berzina atau bersekedudukan. Cinta dapat dibelai dengan penuh perasaan sayang yang sangat romantik dan kenangan itu kekal hingga ke akhir hayat kita dan bebas dari dosa. Mengenali antara satu sama lain di alam perkahwinan bebas dari sifat hipokrit dan akan menerima seadanya. Berlainan dengan situasi orang yang dah lama bercinta akhirnya putus kerana bosan mengenali antara satu sama lain kerana terlalu lama bercinta dengan cara yang salah.

#Moral value from falling angel: Semoga cinta yang lahir dari hati kita bukan cinta yang dipupuk hasil penzinaan yang telah dilakukan. Lahirkanlah cinta yang suci dari hati yang tulus yang berakarkan ikatan perkahwinan yang akan menjamin kita mendapat kebahagiaan. Cinta yang suci akan kekalkan cinta kita ke akhir hayat. Peace!!

Wednesday, April 18, 2012

Cemburu-cemburu sayang

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Mesti semua orang pernah rasa sakitnya hati bila hati kita cemburu kan?? Banyak cara untuk hilangkan rasa cemburu tu.. Cemburu tanda sayang?? Tapi kadang-kadang kalau rasa cemburu tu dah mengawal emosi kita pun susah juga. Cemburu tak mengenal jantina. Perempuan cemburu, kita boleh nampak dari segi cara-caranya. Tapi lelaki cemburu susah kita nak jangka kerana lelaki memang pandai bermuka-muka disebalik keegoannya.
Situasi dan cara menanganinya:
SITUASI 1
Bila kita nampak boyfriend/girlfriend kita berjalan dengan perempuan lain.

-Ambil gambar dia sebagai bukti. Call kawan dan ajak dia pergi bersiar-siar. Jika dia pula ternampak kita berjalan dengan lelaki lain, kita tunjuk bukti yang kita nampak dia keluar dengan orang lain dulu.. Bak kata pepatah, u buat, i buat. Kalau betul dia sayangkan kita, dia takkan buat lagi sebab dia tahu macam mana sakitnya hati bila kekasih kita keluar dengan orang lain.


SITUASI 2
Bila kita tengok kawan baik kita rapat dengan boyfriend/girlfriend kita.
-Cuba tarik perhatian pasangan kita dan cuba buat apa-apa yang boleh nampakkan kita jauh lebih baik dan sweet dari kawan baik kita. Jangan larang dia kawan dengan kawan baik kita tu, sebab nanti nampak sangat yang kita ni cemburu dan kecik hati pula kawan baik kita tu. Tapi jangan biarkan mereka jadi rapat sangat, nanti menyesal tak sudah pula.


SITUASI 3
Bila nampak boyfriend/girlfriend kita berchatting dengan kawan yang berlainan jantina dengannya di laman sosial.
-Cuba hack laman sosial yang dia gunakan. Baca segala yang dibualkan. Kalau kita rasa orang yang dichattingkan tu macam ada hati dengan kekasih kita, block dia.. hehe.
-Chatting dengan kawan yang berlainan jantina dengan kita juga untuk puaskan hati kita. Biarkan si dia berchatting dengan kawannya itu dengan syarat, beritahu kawannya itu yang dia telah mempunyai kita.


SITUASI 4
Bila tengah dating, tiba-tiba bekas girlfriend/boyfried kekasih kita telefon.
-Merenungnya tajam dan menuntut penjelasan darinya.
-Berpura-pura sibuk bersms untuk melindungi perasaan yang gundah gulana.
-Memberitahu si dia yang ex kamu juga selalu menghubungi kamu untuk mengurangkan sakit hati.
#Moral of the article: Jangan biarkan hak kita dirampas orang. Biarkan apa orang nak kata, asalkan kita bahagia.











Tuesday, April 17, 2012

Kasih sayang dan cinta dinilai dengan wang hantaran??

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Jumlah wang hantaran bernilai lebih dari 10,000 bukanlah satu angka yang boleh dianggap luar biasa atau terlalu mewah. Sebaliknya, itulah standard hantaran perkahwinan zaman sekarang, malah lebih lagi kerana banyak harga barang telah meningkat. Bagi yang berkemampuan, jumlah hantaran yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah buat bakal pengantin, namun bagaimana pula bagi golongan sebaliknya? Perlukah tradisi ini diteruskan dan apakah kesannya terhadap masyarakat? 




Hantaran adalah ketetapan adat dan bukannya syariat. Adat menetapkan hantaran sebagai hadiah kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami sebagai tanda kasih sayang dan kesediaan masing-masing mengabdikan diri di atas nama perkahwinan.


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Boleh dikatakan nilai hantaran tinggi sudah menjadi 'trend' dalam adat perkahwinan masa kini. Persoalannya, kenapa perlu ikut orang lain? Kenapa kita perlu memakai baju mengikut saiz orang lain? Tak perlulah membanding-bandingkan antara kemampuan orang lain dengan diri kita sendiri. Malah, kemeriahan sesebuah majlis perkahwinan atau jumlah hantaran langsung tidak memberi jaminan kepada kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Biar semuanya serba sederhana asalkan bahagia selamanya. Apa gunanya jika hantaran berpuluh-puluh ribu jika hidup porak peranda yang akhirnya menjadi bahan cemuhan orang sekeliling.


IMPLIKASI
Rasionalnya, harga hantaran yang terlalu tinggi memang boleh menimbulkan implikasi negatif dalam diri seseorang. Ia boleh menyebabkan masalah lambat kahwin, perkahwinan tertangguh ataupun mungkin perkahwinan tak jadi dilangsungkan.




HARGA DIRI 
Jangan bebankan orang yang bakal jadi teman hidup anda. Kalau bakal suami anda mampu, apa salahnya simpan duit tersebut untuk sesuatu yang berfaedah untuk perkahwinan anda. Ingatlah, perkahwinan anda bukan untuk sehari dua tetapi masih banyak lagi hari-hari depan yang perlu anda lalui bersama. Jangan rosakkan mahligai yang baru dibina dengan masalah kewangan yang berpunca daripada hantaran perkahwinan. Semga bahagia milik anda semua. 


PENGUKUR KASIH SAYANG
Kasih sayang tidak boleh dijual beli dan hantaran tidak boleh menjadi pengukur kasih sayang seseorang. Seharusnya mentaliti sebegini perlu dikikis dalam minda masyarakat kita hari ini. Bagi saya, mentaliti sebegini hanya wujud terhadap individu yang mementingkan harta kebendaan dari cinta yang berpegang teguh kepada slogan ADA HARTA, ADA CINTA.. TIADA HARTA, TIADA CINTA. Memang susah untuk menggapai kebahagiaan jika terus berpegang kepada prinsip tersebut.


KAHWIN LAMBAT
Isu hantaran tinggi ini makin hangat diperkatakan kerana jumlah individu yang kakwin lambat ataupun langsung tidak mahu berkahwin semakin tinggi. Antara faktor yang mungkin menjadi sebabnya adalah harga hantaran yang terlalu tinggi diletakkan kepada pihak lelaki. Kasihan kepada pihak lelaki yang terpaksa berhempas pulas untuk memenuhi kehendak hantaran yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan.
Ramai lelaki mengambil keputusan untuk tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan akibat daripada hantaran yang tinggi di samping terpaksa menanggung kos sara diri yang amat tinggi sekarang. semua orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang GAHH gitu, tapi jangan;ah sampai membebankan semua pihak.


#Moral of the article: Janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri, Berpada-padalah nerbelanja untuk majlis perkahwinan. Yang penting bukanlah berada pada majlis tersebut, tapi pada kebahagiaan yang akan dikecapi selepas itu. Ingatlah bahawa perkahwinan bukannya sebuah happy ending yang boleh kita jadikan sebagai penamat cinta kita, tapi ia merupakan permulaan kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang jauh untuk ditempuhi. Peace!! 

Monday, April 16, 2012

Tips untuk happy..

Assalamualaikum.. Hai semua..
Hari ini eina nak share satu tips yang boleh buat kita cepat happy. Semua orang nak happy kan? Jika ditanya, mana ada orang yang nak hidup sedih dan kecewa. Banyak tips boleh kita take note untuk happy selalu. Eina telah meminta pandangan empat orang remaja iaitu kawan saya sendiri untuk mendapatkan tips untuk happy selalu. Antara tips nya adalah:

RAJIN SENYUM
Adakalanya kita tersenyum apabila merasakan perlu dan pada rakan yang dikenali sahaja. Seharusnya kamu tidak memilih orang, tempat dan masa untuk melemparkan senyuman manismu itu. Biarlah setiap mata yang memandang senang untuk mendekatimu. Usah bimbang dikatakan syok sendiri. Sekiranya niat kamu baik, selagi itulah ianya tidak disalah ertikan. Walaubagaimanapun harus diingat, jangan pula kamu tersenyum seorang diri, nanti takut dikatakan kamu mempunyai masalah mental- Nur Eryna Izreen.


RINGAN TULANG
Memiliki peribadi yang ringan tulang akan membuatkan ramai yang senang untuk berkawan denganmu. Sebaliknya sekira kamu seorang yang suka mengarah dan tidak tahu menolong ramailah yang akan menjauhkan diri. Oleh itu, bersikap baiklah pada semua orang tidak kiralah samaada orang itu berkedudukan tinggi atau orang biasa sahaja. Jangan hanya menolong kerana ada kepentingan tetapi hulurkan pertolongan kerana kamu sememangnya ingin membantu- Alyah Diyana Nasuha.


BERKAWAN DENGAN ORANG POPULAR
Temanmu yang popular pasti akan mengenalkan kamu dengan teman-temannya yang lain. Sebagai tahap awal sebelum mereka semua mengenali kamu dengan lebih dekat setidak-tidaknya mereka sudah mengenali kamu sebagai teman si popular tersebut. Namun kamu janganlah pula lebih sudu dari kuah. Bersifat sederhana dan berkawan dengan hati yang ikhlas bukan untuk merampas 'title' popular teman kamu itu- Fakhrun Nazliy.



AKTIF DALAM SEMUA AKTIVITI
Jangan hanya jadi anggota yang pasif dalam sesebuah kumpulan. Kamu sepatutnya sentiasa aktif dalam sebarang aktiviti yang melibatkan kamu dan teman-teman sekeliling. Sekiranya perlu kamu boleh melahirkan idea-idea yang bernas untuk memancing teman-teman agar yakin dengan kelebihan kamu. Bukan itu sahaja, sekiranya kamu mempunyai kelebihan seni seperti menyanyi, menari dan sebagainya, kamu blehlah meyertai mana-mana persatuan yang ada- Danial Farshie.




#Moral of the article: Jom 'happy' kan diri anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi kemurungan. Ceria-ceria selalu!! Peace!!






Sunday, April 15, 2012

Tips untuk menghilangkan sengal-sengal badan

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Penyakit sengal-sengal badan (rheumatism) biasanya menyerang ketika usia seseorang itu meningkat tua, tetapi ada juga berlaku pada orang-orang muda. Kadang-kadang penyakit sengal-sengal badan ni membuatkan kita rasa tak senang duduk dan sentiasa resah gelisah kerana tidak selesa dengan badan kita. Pelbagai cara kita gunakan untuk menghilangkannya, antaranya sapu minyak urut di sekeliling badan. Apabila kesan ubatnya telah hilang, datang kembali sengalnya. Pelbagai cara boleh kita ambil, antaranya dengan menggunakan ubat tradisional yang bahannya kita boleh perolehi dari alam semua jadi kita sahaja.


#Bawang Merah
Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira enam camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.



#Halia
Ambil dua ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah dua kali sehari. Insyaallah sembuh.







#Lada Hitam
Lada hitam kira-kira dua puluh biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.





#Daun Lengkuas
Daun lengkuas kira-kira lima helai, daun serai wangi tiga helai, dau kunyit lima helai dan daun jerangau lima helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira dua gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.










Sesiapa yang selalu lenguh-lenguh badan, cubalah rawatan tradisional ini. Mungkin dapat menyelesaikan  masalah anda. Walaupun pelik ramuannya, tapi tak salahkan kalau mencuba.


#Moral of the article: Jangan takut mencuba jika itu adalah cara untuk mendapat manfaat.

Muzium Negara yang penuh dengan khazanah negara..

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Pernah tak pergi ke Muzium Negara?? Mesti dah lama tak pergi kan? Yelah..mana lah orang muda nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Sabtu lepas, eina telah pergi ke Muzium Negara yang telah banyak berubah. Kecewanya pergi ke sana sebab banyak galeri dan pameran telah dipindahkan ke Putrajaya. 
Tapi alang-alang dah sampai, eina tetap masuk untuk melihat galeri-galeri dan pameran-pameran yang masih ada di situ. Banyak lagi rupanya galeri yang masih di simpan disini. Semasa eina datang ke Muzium ini, hari telah hujan, dan saya telah terperangkap di luar muzium. Saya datang ke muzium dengan seorang kawan saya yang telah menjadi jurukamera saya. Kami telah masuk ke pejabat, dan orang pejabat membenarkan kami untuk masuk ke dalam muzium melalui laluan staf kerana hujan. Sesiapa yang mahu masuk ke dalam muzium dikenakan bayaran dan kami terlepas dari sebarang bayaran. 


 ~Tema galeri di muzium negara pada kali ini ialah pintu gerbang~

Banyak pintu gerbang lama yang menjadi sejarah negara kita telah dipamerkan disini. Pintugerbang menjadi simbolik di setiap negeri di negara kita pada zaman dahulu. Ukirannya yang unik menjadikannya sebagai kebanggaan pada tiap-tiap negeri ketika itu.

~Antara pintu gerbang yang dipamerkan, berasal dari Kelantan~

~Pintu gerbang yang penuh dengan sejarah dan keunikan tersendiri~

~Galeri Hang Tuah, bangganya saya~

~Tiba-tiba pula eina jadi bahan galeri tokoh kat dalam muzium ni..hehe..

Bergambar bawah terowong yang menceritakan tentang portugis datang ke tanah Melayu~

~Eina di galeri zaman penjajahan negara~

Banyak sangat pengajaran yang dapat dipelajari akibat dari semua yang telah terjadi ke atas negara kita dahulu. Tetapi ramai lagi yang tidak sedar akan sengsaranya datuk nenek kita ingin mempertahankan negara kita dari terus dijajah oleh penjajah seperti jepun, british dan portugis. 

Muzium negara dibina untuk meletakkan atau menyimpan khazanah negara yang telah menjadi sumber sejarah. Ia juga tercipta untuk dijadikan tempat untuk generasi-generasi berikutnya menghayati dan mengambil pengajaran tentang apa yang telah terjadi supaya ia tidak berulang lagi, bukan hanya untuk menjadi tumpuan pelancong.


~Macam orang betul-betul kan..seram!!~

~Galeri yang menunjukkan gaya hidup orang-orang dahulu sebelum kemerdekaan~

Sejarah Muzium Negara: Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini. 

Untuk maklumat lanjut tentang Muzium Negara dan ingin mengetahui apa-apa sejarah dan aktiviti yang diadakan, sila layari, http://www.muziumnegara.gov.my


#Moral of the article: Jom hayati dan mengambil pengajaran atas apa yang telah terjadi pada negara kita dahulu. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan. Hargai keharmonian negara kita. Peace!!

Keunikan tersendiri yang terdapat di Pasar Seni

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Sabtu selalunya korang buat apa ye?? Harini eina rasa bertuah sangat sebab dapat luangkan masa dengan kawan eina yang dah lama tak jumpa dari habis sekolah menengah dulu. Dah lama tak jumpa dan kami tak tahu nak pergi ke mana.. Tiba-tiba datang idea nak pergi ke Pasar Seni, Central Market. Alamak..jalan sesak pula masa tu. Kami pun ambil keputusan utk parkir kenderaan kami di KL sentral dan naik LRT untuk ke Pasar Seni.


~Keadaan di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur~

Tak sangka banyak betul perubahan di sini. Maaflah, eina ni dah lama sangat tak datang Pasar Seni ni. Terasa macam melancong pula.. Kalau nak diikutkan, saya selalu turun KL. Tapi tak pernah pun terfikir nak jalan ke sini.


~Kasturi Walk! Wau dijadikan tema, menunjukkan kekayaan kesenian di Malaysia~

Kemegahan wau disini terserlah sangat. Ramai pelancong dari luar negara mahupun dari dalam negara tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Terserlah agungnya kekayaan Malaysia dari segi keindahan keseniannya.

~Megahnya kesenian di negara kita nii~

Cantiknya bumbung yang bersimbolikkan wau ni. Siapalah perekanya dan empunya idea untuk menjadikan wau sebagai simbolik bumbung ni. Terpegun sangat. Rasa teruja bila lalu dibawahnya.

~Kereta lembu pun ada kat Kasturi Walk ni~

Kereta kuda juga dijadikan pameran di Kasturi Walk ni. Ramai juga pelancung yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Bangganya saya menjadi rakyat Malaysia.

~Bergambar untuk nampakkan suasana dalam Pasar Seni~


Di dalam Pasar Seni terdapat banyak jualan barang-barang seni kreatif yang jarang dijumpai di luar. Contohnya kain batik, kraftangan-kraftangan dari setiap negeri di Malaysia, hiasan dalaman rumah yang bertemakan tradisional, makanan-makanan yang menjadi identiti pada setiap negeri di Malaysia dan macam-macam lagi yang bertemakan tradisional. Tidak dilupakan juga, kepada sesiapa yang mahukan wajahnya dilukis sebagai potret, bolehlah berkunjung ke sini untuk mendapatkannya. Ramai pelukis profesional di sini. 

~Corak tangga di sini pun penuh dengan seni~


~Keadaan di Kasturi Walk..penuh dengan pelancong~


~Macam-macam kraftangan ada dijual di disini..murah-murah~


~Antara jualan yang terdapat dalam Pasar Seni (batik)~


Banyaknya baju yang cantik-cantik disini. Selendang, kebaya, kain batik dan macam-macam lagi pakaian yang bertemakan traditional dan seni batik dijual disini. Rambang mata saya ingin membelinya. Terlalu banyak pilihan dan ramai pelancong membelinya dengan kuantiti yang banyak, mungkin mereka suka dengan corak yang menjadi identiti negara kita ini.


~Cantik kan?? Ukiran yang memang unik dipamerkan di setiap balkoni bangunan~


~Eina berdiri di tengah-tengah bangunan Pasar Seni..penat berjalan..~


Puas berjalan di Pasar Seni. Banyak karya seni dapat saya lihat sendiri. Memang tak rugi berjalan di sini. Tenang rasanya bila berjalan dalam bangunan yang penuh dengan karya-karya yang membanggakan. Apabila saya melihat betapa ramainya pelancong yang datang, lagilah saya rasa bangga dengan keunikan negara sendiri. 

 ~Seronok dapat luangkan masa di Pasar Seni ni yang telah ada sejak tahun 1888 lagi..~


#Moral of the stories: Kita haruslah sentiasa menghargai kekayaan warisan zaman berzaman yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek kita yang telah menjadi kebanggaan negara kita ini. Kita sebagai pelapis haruslah menjaga dan tidak membiarkannya ia pupus ditelan kemajuan negara. Peace!!