Thursday, April 19, 2012

Bahagianya berCinta Selepas Kahwin...

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Pernah terfikir tak macam mana cinta selepas kahwin dikatakan lebih bahagia dari bercinta sebelum berkahwin?? Ramai mengiakan statement ini kerana ternyata cinta yang dipupuk selepas berakad nikah lebih terasa kebahagiaannya. Memang tak dinafikan cinta tidak boleh dipaksa dengan hanya melafazkan kata-kata cinta. Namun tanpa disedari, cinta akan terbina dengan adanya kasih sayang antara dua insan yang tinggal bersama dan cuba untuk membaiki hubungan bersama.


Antara kebaikan atau kebahagiaan yang kita dapat rasakan di dalam alam bercinta selepas kahwin adalah:

MENDAPAT RESTU DARI KEDUA IBU BAPA
Restu dari kedua ibu bapa kita penting untuk membina sebuah hidup baru yang penuh dengan dugaan. Jika difikirkan balik, ada baiknya jika jodoh kita ditentukan oleh ibu bapa kita sendiri apabila sudah penat bercinta dan akhirnya patah hati. Ibu bapa kita lebih tahu yang mana lebih sesuai dengan kita. Jangan terlalu berharap dengan cinta yang terlarang kerana apabila ia musnah, kepangkuan ibu bapa juga kita akan jatuh.




DAPAT BERMANJA DENGAN PASANGAN DENGAN CARA YANG HALAL
Banyak maksiat dapat dilihat dengan bercinta sebelum berkahwin. Alangkah indahnya cinta itu jika dipupuk selepas berkahwin. Dengan adanya ikatan sah perkahwinan itu, pasangan tersebut bebas untuk bermanja-manja tanpa perlu takut-takut dengan dosa berzina. Dengan adanya ikatan tersebut, maka kita akan dapat kepuasan untuk bersama dengan pasangan kita tak kira siang mahupun malam kerana semuanya adalah halal. 


DAPAT MENAMBAH KESERIAN HIDUP DENGAN CAHAYA MATA
Dengan adanya ikatan yang sah ini, pasangan juga dapat menambah keserian hidup dengan mendapat cahaya mata ketika sedang memupuk kasih sayang antara suami isteri. Cinta akan automatik bertambah dengan adanya anak. Anak penyeri cinta. Jika sebelum kahwin bercinta, mana boleh ada anak, anak luar nikah namanya tu. Maka bercinta sebelum kahwin memang tiada penyerinya. 


DAPAT MENGENALI SATU SAMA LAIN DENGAN LEBIH RAPAT DALAM SUASANA YANG ROMANTIK

Bahagianya rasa bila dalam alam percintaan selepas kahwin mencipta kenangan indah bersama dalam suasana yang romantik tanpa istilah berzina atau bersekedudukan. Cinta dapat dibelai dengan penuh perasaan sayang yang sangat romantik dan kenangan itu kekal hingga ke akhir hayat kita dan bebas dari dosa. Mengenali antara satu sama lain di alam perkahwinan bebas dari sifat hipokrit dan akan menerima seadanya. Berlainan dengan situasi orang yang dah lama bercinta akhirnya putus kerana bosan mengenali antara satu sama lain kerana terlalu lama bercinta dengan cara yang salah.

#Moral value from falling angel: Semoga cinta yang lahir dari hati kita bukan cinta yang dipupuk hasil penzinaan yang telah dilakukan. Lahirkanlah cinta yang suci dari hati yang tulus yang berakarkan ikatan perkahwinan yang akan menjamin kita mendapat kebahagiaan. Cinta yang suci akan kekalkan cinta kita ke akhir hayat. Peace!!

4 comments:

  1. Kalaulah dapat kahwin.... Tak sabar rasanya. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..aku tahu jodohku ada di luar sana..engkau peliharalah dia sebaiknya..dan kau ketemukanlah kami andai telah tiba masanya ya Allah..semoga engKau mendengar doa hambamu ini..:(

    ReplyDelete
  3. wah... baru je mula tulis blog tapi cara penulisan dah macam blogger lame. bgs2. camni la adk abg :)

    ReplyDelete

Put your comment here!!