Jelita dengan bahan semula jadi.. Natural Beauty..
Assalamualaikum.. Hai semua!!
Tahu tak anda bahawa jelita dengan bahan semula jadi lagi berkesan dan tahan lama jika dibandingkan dengan jelita bertopengkan make up?? Semua wanita menginginkan kulit wajah yang natural beauty..banyak cara kita boleh gunakan. Bukan sekadar wanita, malahan lelaki juga boleh mencubanya kerana kaedahnya amat mudah.
Perawatan tubuh dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi boleh membuatkan anda lebih cantik dan awet muda. Ya! Itulah hakikat yang harus anda percayai. Selain bagus untuk kesihatan makanan, jenis sayur dan buah-buahan juga baik untuk kulit. Nak tahu lebih lanjut?? Jom semak tips natural beauty ni..
Limau
Kandungan vitamin C nya yang tinggi berguna untuk mencerahkan, melembab dan menghaluskan kulit. Caranya mudah, masukkan limau yang sudah dibuang kulit ke dalam alat pengisar. Campurkan garam dan sesudu madu. Kemudian sapukan rata pada kulit dan biarkan ia kering. Selepas itu, gosokkan lembut 'lulur limau' agar sel-sel kulit mati turut tertanggal.
Gula
Gula atau garam juga boleh dijadikan bahan untuk menghaluskan kulit. Caranya gosokkan bahan ini pada bahagian tubuh yang sudah dibasahi air. Selepas itu bersihkan ia dengan air suam.
Tomato
Ia bagus untuk melicinkan kulit kerana ia mengandungi protein, belerang, vitamin A, B1 dan C. Untuk menghilangkan jerawat, sapukan tomato yang telah dihancurkan pada wajah setiap kali sebelum tidur. Kemudian bersihkan ia pada keesokan harinya.
Kopi
.jpg)
Kandungan antioksida yang tinggi bermanfaat untuk merawat kecantikan kulit anda. Wanita di Rusia sering mencampurkan kopi di dalam mandian mereka. Ia bukan sahaja merilekskan bahkan boleh dijadikan lulur untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
Teh
Wapkan wajah dengan air yang telah dicampurkan dengan segenggam daun teh boleh membuatkan wajah anda terasa segar. Selain itu, air teh juga boleh dijadikan pencuci wajah untuk menghasilkan kulit yang halus, bersih dan berseri.
Avokado
Masalah kulit kering? Atasinya dengan lulur avokado, ia bukan sahaja kaya dengan vitamin E dan memiliki kadar pelembab yang tinggi, bahkan mampu melambatkan kesan penuaan pada kulit. Caranya mudah, jus avokado ini hendaklah dicampurkan dengan susu sebelum disapu pada kulit. Kemudian biarkan seketika dan basuh dengan air suam.
Selamat mencuba tips ini. Semoga impian anda untuk memiliki wajah natural beauty, cantik walaupun tidak bermake up tercapai akhirnya.. Selamat mencuba!!
#Moral of the article: Jelita bukan terletak pada barang make up yang kita guna untuk menutup cela dimuka kita yang hanya sementara, tapi jelita terletak pada kecantikan sebenar diri anda yang telah dianugerahkan Allah untuk kita. Bersyukur apa yang ada..dan cuba kekalkannya dengan cara halal dan bukan dengan cara yang munafik. Peace!!
Saya suka makan tomamto...sebab itulah kulit saya licin. Huhuhuhu :-)
ReplyDelete: memang sweett... huhu... Samela kite... Nyum2!!!
ReplyDeletetomato mmg sedap..lebih suka makan tomato ceri..buat salad jer..hehehe
ReplyDelete