Tuesday, April 10, 2012

Kami di bengkel Foundry yang gempak

Hai semua...mmuaahhh...
Saya salah seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Setelah menjalani bengkel welding dan mesin, kali ni tibanya masa untuk bengkel foundry pula. Mesti pelik kan, perempuan macam saya boleh buat semua kerja-kerja dibengkel. Sebenarnya bukan saya seorang perempuan dalam kelas mekanikal ini yang ambil diploma kejuruteraan mekanikal ini, ada ramai lagi, walaupun tak lah seramai bilangan perempuan yang ada di jabatan-jabatan lain yang ada di Politeknik Shah Alam ni, contohnya, Jabatan Perdagangan yang mejoritinya perempuan, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan kejuruteraan Elektrik yang masing-masing seimbang bilangan pelajarnya dari segi jantina. 
Memang tak dinafikan silibus dalam kursus diploma kejuruteraan mekanikal ni agak berat untuk perempuan tapi tak mustahil kan?? Sekarang, eina da hujung semesta 2 dan akan masuk semesta 3 pada bulan julai. Ini membuktikan bahawa apa yang lelaki buat, perempuan pun boleh buat. 
~sibuk memotong kepingan bar aluminium untuk dibahagikan dan dileburkan~


Pensyarah hanya beri tunjuk ajar pada mulanya sahaja, selepas itu, kami kena buat sendiri. Kepingan bar aluminium yang diberi oleh pensyarah perlu di potong kepada beberapa bahagian supaya senang dileburkan. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami bertiga, eina, eryna dan sue merupakan satu kumpulan. Walaupun kami perempuan semuanya, tapi kami tetap dapat menyiapkan projek dengan sempurna. Benda ni agak baru pada kami yang bukan dari sekolah teknik sebelum ni. Memang agak mencabar dan menguji iman untuk membuatnya kerana ia menggunakan kederat dan tenaga yang sangat banyak yang bestnya, kami satu kumpulan sangat supportive dan bekerjasama. Walaupun semuanya dalam keadaan yang terlalu letih, tapi tetap kuat berusaha untuk menyiapkan projek ini.

Aluminium yang telah kami bahagi kepada 5 bahagian itu, dileburkan untuk beberapa jam sebelum memulakan pemadatan pasir. Kayu juga telah diberi oleh pensyarah kepada setiap kumpulan untuk mereka cipta bentuk masing-masing. Kami bertiga membentuk kayu itu seperti kereta. 
~Pelik je bentuknya..tapi alhamdulillah..jadii...hasil sendiri (ni baru rangkanya)~

Bila dah siap rangkanya, pensyarah arahkan kami ambil dan padatkan pasir keliling rangka projek dalam sebuah set bekas besi yang dipanggil bekas acuan yang memang khas untuk pemadatan pasir. 

~Dasyatnya eina....hehe~ 

~posing kejap...hehe..eina n eryna~


~Eryna tapis pasir...style kan..hehe..~

~apa yang penting?? KERJASAMA...hehe..proses gaul pasir dengan air~


~my sporting friends in the class, mogan and navin..~


Ni lah contohnya, gambar mogan dengan navin ni, memampatkan tanah dalam acuan, macam kek pulak kan?? Hehe.. Tanah la tu.. Nampak macam senang, rasa letih sangat-sangat..
~sempat lagi eina posing atas tanah ni...rehat sebentar, letih angkat tanah..muka keletihan ni..~

Antara gambar yang best antara kami bertiga dalam bengkel, gempak..enjoy buat kerja dengan ceria. Walaupun tersangat-sangat letih buat bengkel faundry ni..tapi kami tetap kekalkan keceriaan tu supaya mood tak lari.. Yang paling best, Eryna buat bengkel sambil berpuasa..Eruna memang tererr.. hee..








~Antara jejaka idaman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal...Raouf, reza dan Amirul Siraj~


Siap saja pasir ru dipadatkan bersama dengan rangkanya, tibalah masa untuk tuang aluminium ke dalam lubang yang telah dibuat di tengah-tengah pasir tersebut yang membolehkan cecair aluminium tersebut mengalir ke ruang dalam. Bahagian yang telah ditekap dengan rangka projek yang diperbuat daripada kayu itu. kayu tersebut telah kami keluarkan dan cecair aluminium itu akan mengalir terus ke ruang rangka yang telah kami keluatkan itu. maka jadilah bentuk aluminium yang sama dengan bentuk rangka kayu yang kami cipta itu..
~Panas..Eryna tuangkan, eina pula tolong buka pintu mesin pelebur tu.. Memang panas~




~Leganya bila dapat minum air kegemaran eina, Seasons Ice Lemon Tea.. Nikmatnya..~

Dah boleh tarik nafas lega bila dah siap projek ni.. Boleh tarik nafas panjang..sekarang hanya tinggal nak buat laporan bengkel sahaja..yang lain semua settle... Memang lega...kan kawan-kawan..


#Moral of the stories: Kejayaan yang gempak datang dari pengalaman yang gempak juga!! hehe.. Peace!!









9 comments:

  1. mechy ker awam ni men2 pasir? hahahah

    ReplyDelete
  2. Main-main pasir... nak main jgk.

    ReplyDelete
  3. Lutfi: Eina mechanical la.. Guna pasir tu utk bagi senang cecair aluminium membentuk lam pasir yang dah mampat tu...panas gile uh..tq baca k...

    Ammar Yasir: tq aw bace..hik3!!

    ReplyDelete
  4. wow bestnye..teringat masa buat ni dulu..hehehe...erkk apesal minuman kegemaran kiter same???:)

    ReplyDelete
  5. salam eina..mmg best pn bngkel fondry ni..awak ada tak cntoh repot foundry?

    ReplyDelete
  6. cantiknya.. nak ngorat boleh?

    ReplyDelete
  7. hye.. mintak report foundry sekali dok

    ReplyDelete

Put your comment here!!