Tuesday, April 17, 2012

Kasih sayang dan cinta dinilai dengan wang hantaran??

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Jumlah wang hantaran bernilai lebih dari 10,000 bukanlah satu angka yang boleh dianggap luar biasa atau terlalu mewah. Sebaliknya, itulah standard hantaran perkahwinan zaman sekarang, malah lebih lagi kerana banyak harga barang telah meningkat. Bagi yang berkemampuan, jumlah hantaran yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah buat bakal pengantin, namun bagaimana pula bagi golongan sebaliknya? Perlukah tradisi ini diteruskan dan apakah kesannya terhadap masyarakat? 




Hantaran adalah ketetapan adat dan bukannya syariat. Adat menetapkan hantaran sebagai hadiah kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami sebagai tanda kasih sayang dan kesediaan masing-masing mengabdikan diri di atas nama perkahwinan.


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Boleh dikatakan nilai hantaran tinggi sudah menjadi 'trend' dalam adat perkahwinan masa kini. Persoalannya, kenapa perlu ikut orang lain? Kenapa kita perlu memakai baju mengikut saiz orang lain? Tak perlulah membanding-bandingkan antara kemampuan orang lain dengan diri kita sendiri. Malah, kemeriahan sesebuah majlis perkahwinan atau jumlah hantaran langsung tidak memberi jaminan kepada kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Biar semuanya serba sederhana asalkan bahagia selamanya. Apa gunanya jika hantaran berpuluh-puluh ribu jika hidup porak peranda yang akhirnya menjadi bahan cemuhan orang sekeliling.


IMPLIKASI
Rasionalnya, harga hantaran yang terlalu tinggi memang boleh menimbulkan implikasi negatif dalam diri seseorang. Ia boleh menyebabkan masalah lambat kahwin, perkahwinan tertangguh ataupun mungkin perkahwinan tak jadi dilangsungkan.




HARGA DIRI 
Jangan bebankan orang yang bakal jadi teman hidup anda. Kalau bakal suami anda mampu, apa salahnya simpan duit tersebut untuk sesuatu yang berfaedah untuk perkahwinan anda. Ingatlah, perkahwinan anda bukan untuk sehari dua tetapi masih banyak lagi hari-hari depan yang perlu anda lalui bersama. Jangan rosakkan mahligai yang baru dibina dengan masalah kewangan yang berpunca daripada hantaran perkahwinan. Semga bahagia milik anda semua. 


PENGUKUR KASIH SAYANG
Kasih sayang tidak boleh dijual beli dan hantaran tidak boleh menjadi pengukur kasih sayang seseorang. Seharusnya mentaliti sebegini perlu dikikis dalam minda masyarakat kita hari ini. Bagi saya, mentaliti sebegini hanya wujud terhadap individu yang mementingkan harta kebendaan dari cinta yang berpegang teguh kepada slogan ADA HARTA, ADA CINTA.. TIADA HARTA, TIADA CINTA. Memang susah untuk menggapai kebahagiaan jika terus berpegang kepada prinsip tersebut.


KAHWIN LAMBAT
Isu hantaran tinggi ini makin hangat diperkatakan kerana jumlah individu yang kakwin lambat ataupun langsung tidak mahu berkahwin semakin tinggi. Antara faktor yang mungkin menjadi sebabnya adalah harga hantaran yang terlalu tinggi diletakkan kepada pihak lelaki. Kasihan kepada pihak lelaki yang terpaksa berhempas pulas untuk memenuhi kehendak hantaran yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan.
Ramai lelaki mengambil keputusan untuk tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan akibat daripada hantaran yang tinggi di samping terpaksa menanggung kos sara diri yang amat tinggi sekarang. semua orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang GAHH gitu, tapi jangan;ah sampai membebankan semua pihak.


#Moral of the article: Janganlah kita terlalu mementingkan diri sendiri, Berpada-padalah nerbelanja untuk majlis perkahwinan. Yang penting bukanlah berada pada majlis tersebut, tapi pada kebahagiaan yang akan dikecapi selepas itu. Ingatlah bahawa perkahwinan bukannya sebuah happy ending yang boleh kita jadikan sebagai penamat cinta kita, tapi ia merupakan permulaan kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang jauh untuk ditempuhi. Peace!! 

5 comments:

  1. perghh panjangyer post. rajin lak wat post panjang2 time die nak exam nie :D

    btw... nak cari yg bawah 10k boleh x? hehehe

    ReplyDelete
  2. : Nak cari yang bawah 1ok ape?? xpaham..

    ReplyDelete
  3. Agak-agak kalau nk kahwin ngan Ina berapa wang hantaran?

    ReplyDelete
  4. yang penting mas kahwin dan akad nikah nye..itu yang lebih dituntut di dalam syarak..isu hantaran ni adalah hanya sampingan..tetapi kalau dah membebankan saya rasa tak perlulah adakan hantaran..tidak terkandung pun di dalam syarak tentang hantaran..yg ada hanya mas kahwin..:)

    ReplyDelete
  5. macam dah jadi trend pulak hantaran bebanyak ni kan??:)..kalau ina Jay rasa xmgkin sampai mcm tu kot..kan ina..:)

    ReplyDelete

Put your comment here!!