Sunday, April 15, 2012

Muzium Negara yang penuh dengan khazanah negara..

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Pernah tak pergi ke Muzium Negara?? Mesti dah lama tak pergi kan? Yelah..mana lah orang muda nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Sabtu lepas, eina telah pergi ke Muzium Negara yang telah banyak berubah. Kecewanya pergi ke sana sebab banyak galeri dan pameran telah dipindahkan ke Putrajaya. 
Tapi alang-alang dah sampai, eina tetap masuk untuk melihat galeri-galeri dan pameran-pameran yang masih ada di situ. Banyak lagi rupanya galeri yang masih di simpan disini. Semasa eina datang ke Muzium ini, hari telah hujan, dan saya telah terperangkap di luar muzium. Saya datang ke muzium dengan seorang kawan saya yang telah menjadi jurukamera saya. Kami telah masuk ke pejabat, dan orang pejabat membenarkan kami untuk masuk ke dalam muzium melalui laluan staf kerana hujan. Sesiapa yang mahu masuk ke dalam muzium dikenakan bayaran dan kami terlepas dari sebarang bayaran. 


 ~Tema galeri di muzium negara pada kali ini ialah pintu gerbang~

Banyak pintu gerbang lama yang menjadi sejarah negara kita telah dipamerkan disini. Pintugerbang menjadi simbolik di setiap negeri di negara kita pada zaman dahulu. Ukirannya yang unik menjadikannya sebagai kebanggaan pada tiap-tiap negeri ketika itu.

~Antara pintu gerbang yang dipamerkan, berasal dari Kelantan~

~Pintu gerbang yang penuh dengan sejarah dan keunikan tersendiri~

~Galeri Hang Tuah, bangganya saya~

~Tiba-tiba pula eina jadi bahan galeri tokoh kat dalam muzium ni..hehe..

Bergambar bawah terowong yang menceritakan tentang portugis datang ke tanah Melayu~

~Eina di galeri zaman penjajahan negara~

Banyak sangat pengajaran yang dapat dipelajari akibat dari semua yang telah terjadi ke atas negara kita dahulu. Tetapi ramai lagi yang tidak sedar akan sengsaranya datuk nenek kita ingin mempertahankan negara kita dari terus dijajah oleh penjajah seperti jepun, british dan portugis. 

Muzium negara dibina untuk meletakkan atau menyimpan khazanah negara yang telah menjadi sumber sejarah. Ia juga tercipta untuk dijadikan tempat untuk generasi-generasi berikutnya menghayati dan mengambil pengajaran tentang apa yang telah terjadi supaya ia tidak berulang lagi, bukan hanya untuk menjadi tumpuan pelancong.


~Macam orang betul-betul kan..seram!!~

~Galeri yang menunjukkan gaya hidup orang-orang dahulu sebelum kemerdekaan~

Sejarah Muzium Negara: Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini. 

Untuk maklumat lanjut tentang Muzium Negara dan ingin mengetahui apa-apa sejarah dan aktiviti yang diadakan, sila layari, http://www.muziumnegara.gov.my


#Moral of the article: Jom hayati dan mengambil pengajaran atas apa yang telah terjadi pada negara kita dahulu. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan. Hargai keharmonian negara kita. Peace!!

3 comments:

  1. Bergambar sorang-sorang je ke? Xda teman ke? Huhuhuhu :-)

    ReplyDelete
  2. bila lah Jay dpt sampai sane ek??huhuhu..

    ReplyDelete

Put your comment here!!