Tuesday, April 3, 2012

NASI AMBANG NENEK KAWAN SAYA DI IJOK, KUALA SELANGOR.

Hai semua...assalamualaikum...
Hujung minggu yang agak best dapat rasa pengalaman baru. Saya ikut kawan saya balik kampungnya di Ijok, Kuala Selangor. Baru saya tahu yang dia ni orang jawa. Kenduri orang jawa ni agak lain. Walaupun hanyalah kenduri tahlil dan doa selamat, tapi agak meriah sebab diselitkan dengan adat-adat orang jawa.

              ~nasi ambang yang berlaukkan ayam masak merah, serunding, soon dan acar~

Mula-mula agak rasa pelik sebab makanan ni dihidangkan dalam dulang. Macam mana nak makan kan? Rupanya adat orang jawa, makan sama-sama dalam satu dulang. Bagi orang jawa, muafakat membawa berkat. Nasi ambang ni harus dihabiskan beramai-ramai untuk mendapat keberkatan. Macam-macam lagi makanan jawa yang pelik-pelik macam terung telur dan macam-macam lagi, tapi nasi ambang ni memang memikat hati admin. Pada mulanya agak geli sebab admin tak biasa makan berkongsi nasi tambah lagi bila dengan orang yang kita baru kenal. Tapi, lama kelamaan, terasa seronok dan senang mesra. Banyak juga kebaikan yang tersirat melalui adat makan nasi ambang ni.


 ~Nampak menyelerakan tak? Rasa teringin nak makan lagi. Nenek Wawa, ada kenduri lagi jangan lupa saya ye!! Hehe..~


Walaupun saya bukan orang jawa, bila jumpa dengan orang tua-tua yang fasih berbahasa jawa lagi, saya langsung tak rasa kekok untuk bergaul sekali sebab mereka memang baik-baik dan mudah mesra (peramah). Kenduri tahlil dan doa selamat tu memang meriah, ramai yang datang untuk makan nasi ambang nenenk wawa ni. Nasi ambang nenek wawa agak popular di ijok.



                 ~bungkus bubur kacang hijau untuk diagihkan pada tetamu yang datang~

Seronok sangat dapat pengalaman sebagai orang jawa. Kerjasama dan muafakat dalam gotong royong untuk kenduri ni memang mengagumkan!! Jangan biarkan adat ni mati ditelan zaman!! Kepada orang jawa, jangan malu untuk mengaku yang dri anda tu ada darah jawa k. Unik sangat!!


~einaangel~

6 comments:

  1. nasi ambeng mmg terbaik. da lame x makan huhu.. rindu~

    ReplyDelete
  2. Best tak nasi tu? Tak pernah rasa pun

    ReplyDelete
  3. : macam nasi biasa tapi bezanya letak dalam dulang, n makan ramai2...

    ReplyDelete
  4. dulu kat sini ade..tapi now dh takde dah nasi ambeng ni..

    ReplyDelete
  5. Malam ini sy ada kuala selangor di hotel APPS. Nearby Giant. Saudari nak dlm seminggu dah berduit, sy sedia bantu, sms khp sy 0125195351 AZMAN itu pun kalau tuhan bg hidayah. jumpa u mlm ni, cr sy k

    ReplyDelete

Put your comment here!!