Wednesday, April 4, 2012

PENGALAMAN DIKAFANKAN

Hai semua...assalamualaikum...


Nak share something yang eina rase bukan semua orang yang sanggup buat...pengalaman dikafankan..Pada mulanya memang sangat menyeramkan..benda ni bukan saja-saja buat tapi markah diambil taw.."practical" kafankan jenazah dalam subjek pengajian islam. Mesti pelik kan ada praktikal kafan jenazah..sedangkan eina ambil diploma kejuruteraan mekanikal. Praktikal ni mengikut kumpulan. Satu kumpulan 5 orang. 






~group saya sibuk mengafankan saya~

Bila eina baring atas kain putih tu..automatik terasa seram sejuk sangat-sangat.. Tapi terpaksa juga sebab eina ketua kumpulan tu.. Kawan-kawan eina memang supportive sangat-sangat.. Kuat jugak kan semangat eina waktu tu. Agak-agak kalau "readers" yang berada di tempat eina, sanggup tak jadi mayat hidup sekejap?? hehe.. Jujur sebenarnya eina memang tengah tahan gelak masa dikafankan tu sebab Aima, kawan eina tu asyik gelak je masa dia tengah kafankan eina.. Eryna steady.. Sue okey je.. Kak Fiza pula kafankan ina dengan penuh cuak. haha.. Kelakar sangat masa tu.. Dorang cakap seram bila tengok eina dikafankan..tak kira eina pulak?? Eina yang dikafankan tu lagi seram rasanya taw.. Haha..

~belum siap kafan sepenuhnya lagi~

Rasa ketat dan panas dalam kain kafan tu. Bila diikat lagilah bertambah seram. Rasa insaf sangat masa tu. Eina dikafankan tu dalam masjid PSA. Ramai yang tengok eina dikafankan masa tu. Saya memang seorang yang berani.. Hehe.. 


~Agak-agak si Aima ni gelak ke nanges tengok eina dikafankan??~




~eina dah siap dikafankan~

Bila da siap dikafankan..mulalah hati meronta nak buka mata..nak tengok diri sendiri yang dah dikafankan.. Walaupun seram.. Memang susah nak bergerak..


~sempat posing lagi..aima, eina dan eryna~

Seram kan bila ada gambar camni.. Rasa macam bergambar dengan pocong.. Mayat hidup. Bila eina post gambar ni kat Facebook, ramai sangat orang like dan komen.. Rasa insaf sangat bila rasa sendiri dikafankan tu. Nak duduk pon kena kawan tolong bangunkan. Ketat rupanya bila dibungkus ni..

#moral of the stories: Janganlah kita lupa diri..walaupun kita masih muda tapi ajal maut tak mengira usia..








6 comments:

  1. moga arwah tenang di sana

    dulu arwah baik orangnya

    ReplyDelete
  2. moga arwah juga tenang disana. tak sangka arwah dikapankan terlebih dahulu.

    dulu arwah baik orangnya...

    ReplyDelete
  3. : Yelaaa.... umm.. ;( thanks baca..n bedoa tuu.. Hik3!!

    : huuu.... nanges!!

    : lari3!!! Kejaarrrr!!!! hehehehe... ;p hahahaha... Thanks k...

    ReplyDelete
  4. alamak..pocong dia comel...semoga arwah tenang di sana..larikkkkkk...

    ReplyDelete
  5. same le kitw :)

    ReplyDelete

Put your comment here!!