Wednesday, April 4, 2012

PRATONTON TIGA TEMUJANJI

Hai semua...mmuaahhh...

Malam tu eina dijemput untuk datang ke pratonton cerita 3 temujanji. Filem ini akan ditayangkan pada 5 April 2012. Eina rasa sangat bertuah malam tu sebab dapat jemputan atas nama sendiri. Eina dapat 2 tiket untuk ke pratonton tu..tapi kawan eina tak dapat pergi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib baik lah ada kawan yang dah lama kenal kat sana..kak Pen Merah, Bro Framestone, Cik Nurul, Syamil dan geng Yana Super Friends yang sweet honestly pink semuanya.. Malam tu, eina dapat tiket dibawah YSF.. Admin YSF invite eina melalui Twitter.. Seronok dapat join YSF yang ceria dan serba PINK..


Filem romantik komedi arahan Hashim Rejab menampilkan pelakon-pelakon kesayangan ramai, Yana Samsudin, Pierre Andre, Wawa Zainal, Diana Amir dan Kamal Adli serta penampilan istimewa Cat Farish, Zul Suphian dan Adey Syafrien. Di pawagam 5 April 2012

Filem 3 Temujanji ni mengisahkan Reanna, seorang wanita yang berkerjaya yang mempunyai sebuah butik pengantin yang langsung tak percayakan cinta dan mempunyai prinsip tak percaya pada lelaki. Reanna sangat berpegang teguh pada prinsipnya iaitu, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Sebab prinsipnya itu, Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas 3 temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara dengan berpegang pada prinsipnya itu.

Apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna, semuanya berubah. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, yang terlalu obses dengan kerjayanya untuk menjadi pelakon yang terkenal. Oleh itu, Mikhail memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang sangat berbeza dari lelaki lain. Mikhail seorang yang sangat pandai mengambil hai dan romantik. Reanna merasakan bahawa temujanjinya bersama Mikhail begitu istimewa dari temujanji-temujanji yang lain. Hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji dengan Mikhail menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta terhadap Mikhail.


~Trailer filem Tiga Temujanji~

Sempat lagi eina bergambar dengan pelakon-pelakon dalam filem ni..


~eina bergambar dengan pierre andre, hero cerita nii~



~eina bergambar dengan si comel, Mia~


 ~eina dengan geng Yana Super Friends~



~eina bergambar dengan abang kacak!! hehe.. Kamal Faridz~


Pesanan ikhlas dari Falling Angel..Cerita ni dalam list wajib tonton saya... Jom ramai-ramai serbu panggung tengok citer nii... Best.. tak menyesal punyerr..

#Moral Of The Stories: Jangan bermain dengan hati dan perasaan..kerana parut yang ditinggalkan akan memberi impak yang besar dalam hidup kita... Lalalala...





















3 comments:

  1. : Mia comey..berattt!! hehehe... Thanks support blog n blogger baru cam saya nii.. :) tp xbole nk update sangat sebab final exam dah nak dekat.. hik3!!

    ReplyDelete
  2. huhu jelesnye...kalau Jay dkat nak jer join semua...

    ReplyDelete

Put your comment here!!