Wednesday, April 11, 2012

Tips untuk menangani masalah selsema tanpa pil??

Assalamualaikum!! Hai semua!! 
Arini eina nak share something yang rasanya semua dah pernah mengalaminya. Mesti semua dah pernah mengalami selsema kan?? Tahu tak korang yang selsema ni juga ada penawarnya tanpa menggunakan pil pon. Eina pernah cuba dan ternyata berkesan sangat-sangat. Sebab pernah satu hari eina dah rasa annoying sangat nak makan pil. Letih kan? Saja-saja lah nak try macam mana rasanya bila cuba kaedah tradisional untuk menangani masalah selsema ni yang semua orang pernah alami kan.


~letihnya bila terpaksa bersin je selsema nii..~

Kalau anda tiba-tiba diserang selsema dan anda tidak mahu makan kapsul, maka anda boleh cuba cara ini..
Ada tiga caranya..pilihlah mana yang anda rasa sesuai dengan diri anda.

  1. Ambil satu camca besar teh dan masukkan ke dalam air panas satu gelas. Ditapis dan ambil airnya lalu diperah air limau nipis ke dalamnya. Minumlah, insyaallah selsema anda akan hilang. (Jangan pula letak gula dan ais, itu dah jadi teh o ais limau.. hehe..)
  2. Ambil seulas bawang merah, buang kulitnya dan kunyah lalu makan bawang itu. (Cara begini pernah diamalkan oleh orang-orang zaman Nabi Muhammad saw dahulu).
  3. Cara ketiga ini, eina sendiri pernah mengamalkannya dan ternyata berkesan. Antara bahannya ialah, 3 helai daun betik, garam dan gula kabung. Caranya, ambil 3 helai daun betik yang muda dan dicuci. Kemudian hendaklah ditumbuk halus. Perah airnya dan disarigkan. Bubuhkan garam secukupnya bersama gula kabung. Minumlah 2 kali sehari untuk kanak-kanak, manakala 4 kali sehari untuk orang yang dewasa.
~Kalau terkena selsema ni, nak tidur pun susah kan..?~

Kalau kita tak cuba, kita tak tahu kan?? Apa salahnya kita cuba, manalah tahu cepat sembuh. Kan..? huhu.. Dari makan macam-macam pil, apa salahnya kita cuba pula ubatan traditional yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang terdapat disekeliling kita..

#Moral of the article: Jom cuba!! Tak cuba tak tahu.. Hargailah alam semulajadi kita k!! Peace!!







9 comments:

  1. Arini eina tu nama penuh ke? Hohohoho

    ReplyDelete
  2. : Name pnoh eina, nurul amalina laa... haha... Arini uh harini... kah3!!

    ReplyDelete
  3. amboi ammar. laju je kesini :p

    ReplyDelete
  4. yang pertama tu Jay selalu buat..alhamdulillah mmg berkesan..

    ReplyDelete
  5. T/kaseh..memang betul kadang2rasa bosan dgn ubat dari negara barat/america.

    ReplyDelete
  6. Assalam Wahh . .Selesema ni memang sedikit sebanyak akan menganggu aktiviti seharian kita .Macam macam benda boleh jadi kalau kita pandang ringan terhadap masalah selesema kita.Sebenarnya ada Cara Atasi Selesema Berpanjangan Daripada Menghantui Hidup Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  7. Assalam Wahh . .Selesema ni memang sedikit sebanyak akan menganggu aktiviti seharian kita .Macam macam benda boleh jadi kalau kita pandang ringan terhadap masalah selesema kita.Sebenarnya ada Cara Atasi Selesema Berpanjangan Daripada Menghantui Hidup Anda
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete

Put your comment here!!