Saturday, May 19, 2012

5 Tip Miliki Kening Menawan

Assalamualaikum.. Hai semua.. Yeay!!


Tidak boleh dinafikan, memiliki kening yang menawan serta terurus pasti akan mencantikkan lagi wajah. Oleh itu, tunggu apa lagi semak tips berikut untuk mendapatkan kening yang sempurna.
1- Jika kamu ingin mencukur atau mencabut kening, cuba lakukannya pada malam hari. Ini kerana sekiranya kamu mencukur malam hari, maka paginya kulit kemerah-marahan kemungkinan besar sudah hilang.


2- Jangan sesekali mencabut bulu halus di atas kening kamu. Bukan itu sahaja, harus diingatkan juga jangan mencabut bulu kening terlalu banyak, ini kerana akan menyebabkan kening terlalu tipis dan tidak natural. Pasti kamu ingin tampak cantik semula jadi bukan?
3- Gunakan pencabut bulu kening dengan bahagian hujungnya mengering agar lebih mudah mencabutnya. Sikat bulu kening satu arah ke belakang, setelah bulu kening kamu dicabut, sikat ke arah sebaliknya untuk menghilangkan sisa-sisa.


4- Agak bulu kening nampak lebih jelas bentuk bulu kening kamu menggunakan pensil warna kening yang senada atau warna coklat tua. Ketika menggunakan pensel bulu kening, cuba gunakan secara berlapis atau tipis-tipis.




5- Cuba mulakan daripada bahagian hujung dalam keluar. Ratakan warnanya menggunakan berus khusus untuk bulu kening. Kamu juga boleh menggunakan gel rambut untuk merapikan bulu kening.


#Pesanan einaangel: Selamat mencuba yow!! Yeay!!! Peace!!

Friday, May 18, 2012

Aduyy... Pasangan suka membebel? Apa nak buat??

Assalamualaikum.. Hai semua!! Yeay!!
Seringkali kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh turut dibebel pasangan. Einaangel mendalami isi hati wanita untuk mengetahui sebab mereka suka membebel.




FAHAMI JIWA DAN PERASAAN

1- Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh buat tak tahu saja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di dalam singki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba fahami mereka.


2- Berdiam diri, jangan menjawab.
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti "Awak ni tak ada kerja lain  ke membebel sahaja! Atau paling teruk, Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!" Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ktika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan "senyap" sebagai reverse psychology.


3- Belajarlah memujuk.
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi, janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah si dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.




4-Jangan pandang remeh dengan perkataan MAAF.
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh mengguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebaang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf. Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. lelaki akan setia denagn egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan 'cool' demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.


5- Cuba tanya apa masalahnya.
Pekalah denagn setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda mengguris hatinya.




#Pesanan dari einaangel: Jom fahami perasaan masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri jika anda mahukan hubungan yang anda bina bahagia hingga ke akhirnya.


Thursday, May 17, 2012

Si Gadis Terpikat dengan Lelaki Main Gitar??

Assalamualaikum!! Hai semua!! Peace yow!!


Lima dari 10 orang lelaki biasanya pandai main apa saja alat musik terutamanya gitar. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang pandai bermain gitar. Ada wanita di luar sana menyatakan hati keras mereka mudah cair apabila dipujuk denagn muzik gitar. Benarkah? Einaangel mencungkil rahsia ini.




MENGAPA WANITA MUDAH JATUH HATI??


1- Nampak Lebih Sweet
Lelaki yang pandai bermain gitar kebanyakannya berjiwa sentimental. Mereka lebih sensitif dengan perasaan yang ada pada wanita. Jika wanita merajuk, mereka ada cara mereka sendiri untuk memujuk. Bunyi petikan dengan soft tunes memang sangat menyentuh hati. Memang sangat sweet bagi wanita. 


2- Seorang Yang Cool
Biasanya lelaki yang bermain gitar ini seorang yang santai. Mereka jarang sekali mudah marah. Bermain gitar ibarat melepaskan tekanan dan luahan perasaan. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut mood mereka sendiri. Mereka senang dibawa berbincang dan wanita jadikan mereka tempat untuk meluahkan perasaan.




3- Seorang Berjiwa Romantik
Bayangkan ketika anda (wanita), sedang menikmati makan malam, seorang lelaki mendedikasikan sebuah lagu yang dipetik melalui gitar kepada anda. Wah! Pasti bahagia bukan? Anda bukan sahaja tersenyum sepanjang hari, tetapi termimpi hingga tidak tidur malam.


4- Ada Aura Tersendiri
Lelaki yang serius tetapi rajin bermain gitar kepada pasangan mereka akan lebih didekati dan disayangi kerana ada stail tersendiri dalam kehidupan mereka. Wanita lebih suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik. Itulah sebabnya jiwa mereka juga lebih terdorong untuk berdampingan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.


5- Pemikiran lebih teliti
Lelaki yang suka bermain gitar tidak ada masa untuk bersembang tentang perihal orang lain. Mereka biasanya gemar bercampur dengan kelompok yang sama minat, berbincang perkara baru mengenai muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan tentang hati dan apa yang dimahukan oleh seorang wanita.










#Pesanan dari Einaangel: Jaga-jaga...lelaki macam ni juga cenderung untuk menjadi PLAYBOY!! Tapi ada juga yang setia!! Peace!! Yeay!!

Friday, May 11, 2012

Kurangkan makan JERING kalau sayang buah pinggang..

Assalamualaikum.. Hye!! Yeay!!

INFO KESIHATAN EINAANGEL


Kurangkan makan jering???

Petua orang dulu-dulu kata makan banyak ulam akan dapat menjamin kesihatan yang panjang. Salah satu ulam yang popular adalah jering. Walaupun jering mengandungi protein tetapi ia juga mengandungi sejenis asid iaitu djengkolic acid.

Asid ini boleh merosakkan buah pinggang anda jika dimakan secara berlebihan. Tapi jika anda memang peminat tegar jering dan memang tidak boleh makan tanpa jering, anda disarankan tidak memakan mentah bagi mengurangkan asid dalam jering tersebut.


#Pesanan Einaangel: Ingat k!! Jangan makan jering OVERDOSE lepas nii... Peace!! Yeay!!

Rahsia MOOD Lelaki...dan cara memikatnya..

Assalamualaikum... Hai semua... Yeay!!


Nak tahu tak rahsia di sebalik mood seorang yang bergelar lelaki?? Lelaki ni ada macam-macam jenis tapi naluri seorang lelaki tetap sama. Hanya inginkan kekasih yang terbaik untuk menemani hidupnya. Wanita merupakan anugerah yang terindah buatnya dan wanita merupakan insan yang akan menemaninya ke syurga.  Begitu juga wanita, wanita haruslah memahami setiap mood lelaki yang kadang-kadang banyak muslihat di sebaliknya. 




Take note!! Untuk anda yang sayangkan kekasih anda. Anda perlulah lakukan yang terbaik untuk si dia. Banyak mood si dia yang perlu wanita fahami dan lakukan tindak balas yang sewajarnya sebagai seorang kekasih yang sejati. Antaranya ialah...


BILA SI DIA SELAMBE.....
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selambe ni selalunya ingin kita yang mulakan dahulu. Oleh sebab itu anda patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.


BILA SI DIA EGO....
Jangan sesekali anda persoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat itu adalah ketegasan.


BILA SI DIA ROMANTIK...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai walaupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.


BILA SI DIA PANAS BARAN...
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba anda berdiam diri dulu sampai semua kemarahan itu semua reda.


BILA SI DIA PENAT...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang beleh menambah kepenatannya.


BILA SI DIA PENTINGKAN DIRI SENDIRI...
Cuba berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati anda tentang sikapnya itu. Anda patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.


BILA SI DIA SIBUK....
Jangan pula anda terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput di tempat kerja ataupun menemani anda pergi membeli-belah.


BILA SI DIA MENGONGKONG...
Kalau anda memberontak, pasti anda dimarahinya. Tapi, kalau anda menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, anda perlu berkata padanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan anda berdua.


BILA SI DIA CEMBURU....
Pujuk hatinya supaya percaakan kita. Yakinkan bahawa anda hanya setia pada dirinya dan hanya mencinyai dirinya. Jangan biarkan si dia cemburu dengan kita kerana ia akan menjejaskan hubungan kita. Jika ada orang memandang-mandang kita dan si dia cemburu, tunjukkan reaksi seperti memegang tangan si dia supaya orang tahu yang anda sudah dimiliki oleh si dia.


BILA SI DIA CURANG...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapim jika si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda berundur diri dulu sebelum makin parah kelukaan hati anda.


BILA SI DIA LURUS BENDUL...
Memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Anda patut menjaga perangsng padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.




#Pesanan einaangel: Jom fahami mood seorang lelaki dan jadilah kekasih yang sejati untuk dirinya.. Yeay!! Peace!!

Panduan Untuk Mencari Teman Hidup

Assalamualaikum.. Hai semua!! Yeay!!


Ramai yang tidak tahu dan endahkan panduan untuk mencari kekasih atau teman hidup masing-masing. Memang benar, jika ada jodoh tak kemana. Tapi jika tidak mengikut panduan yang betul, itu yang ramai patah hati. Islam itu indah, semuanya telah diaturkan dengan ajaran islam. Kepada mereka yang sedang mencari teman hidup, carilah yang sebaik-baiknya, jangan senang jatuh cinta sangat sehinggakan kita ketepikan beberapa hal yang lebih penting yang perlu lebih kita titikberatkan. Cinta akan hadir jika itu kehendak yang Maha Esa. 


Jom kita sama-sama ketahui apakah panduan mencari teman hidup.




1- Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah


2- Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.


3- Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.


4- Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah SWT.


5- Ikhlas dalam beramal.


6- Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.


7- Selalu takut kepada ujian Allah SWT dan ancamannya.


8- Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


9- Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.


10- Solat malam menjadi kebiasaannya.


11- Tawakal penuh kepada Allah SWT dan tidak mengeluh kecuali ketika berdoa kepada Allah SWT selepas solat.


12- Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.


13- Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.


14- Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.


15- Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaannya.


16- Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama saudara dan tawaduk penuh kepada Allah SWT.


17- Berkasih sayang dan penuh pengertian keluarga.




#Pesanan einaangel: Yeay!! Sebaik-baiknya carilah pasangan yang kuat pegangan agamanya kerana ia akan membawa anda bahagia di dunia dan diakhirat.


Siapakah Gadis Idaman Lelaki Sejati?

Assalamualaikum!! Hai semua!! Yeay!!


Wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah SWT. Namun, wanita jualah yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah SWT menjadikan wanita untuk menghiasi bumi untuk menjadikan pasangan kepada kaum Adam. sebagaimana Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar menciptakan seorang teman untuk berbicara, bergurau senda dan membina sahsiah dirinya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiti Nabi Adam AS. Antara ciri gadis solehah idaman lelaki yang soleh dan sejati ialah:


BERPEGANG PADA AGAMA
Gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Dia akan sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam.


TIDAK PAMERKAN KESEKSIAN
Jika dilihat, lelaki di luar sana memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.


PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, gadis di luar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. Penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri. 


KECANTIKAN DALAMAN
Fitrah wanita dijadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki yang sejati. Dia tidakn akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


MANJA
Lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. Ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. Tetapi anda jangan pula menunjukkan sifat manja atau keanak-anakan yang berlebihan. Takut pula lelaki akan melihat anda seperti kurang matang.


TIDAK CEREWET
Awas ye para gadis! Lelaki tidak suka pada gadis yang kuat cerewetnya. Cerewet boleh merimaskan dan membuatkan lelaki jemu dengan anda. Jangan amalkan sikap mengkritik kepada sesuatu yang tidak anda gemari berlebih-lebih. Sebaliknya berdiam diri adalah lebih baik.


MEMAHAMI LELAKI

Anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. Lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. Merasai suka dukanya bersama. Tanpa bersuara atau mengeluh sedikit pun, isi hati lelaki itu mampu anda terjemahkan. Itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.



SEJUK MATA MEMANDANG
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. Ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda menghias wajah denagn alat solek, tetapi cukup dengan memiliki sikap bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah, dan memberikan senyuman ikhlas. Anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu ramah dan mesra. 


BERAKHLAK MULIA
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. Gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.


#Pesanan dari einaangel: Jom jadi idaman lelaki yang sejati dan soleh sekarang!! Yeay!! Peace!!