Tuesday, May 8, 2012

10 tips untuk eratkan hubungan bersama mama.

Assalamualaikum.. Yeay!! Berkongsi lagi saya nii..



Telah diakui bahawa peluang untuk bersama-sama ahli keluarga adalah salah satu cara paling berkesan untuk mendekatkan diri anda dengan ahli keluarga yang lain. Lebih-lebih lagi untuk menjalinkan hubungan akrab dengan ibu mahupun ayah. Walau sesibuk mana pun aktiviti harian anda, anda haruslah mempunyai masa yang terluang walaupun sekejap dengan ahli keluarga anda. Dengan cara ini, akan menambahkan lagi keeratan hubungan antara anda dan ahli keluarga yang tercinta.


Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan perkara-perkara bernas walaupun ringkas hanya untuk menguatkan ikatan antara anda dengan ahli keluarga anda.Setidak-tidaknya, anda mempunyai 15 tips atau cara yang boleh anda lakukan dan gunakan bersama-sama dengan mama anda yang tercinta. Ibu adalah anugerah tuhan untuk kita semua sebagai seorang anak. Saya menulis tips ini semata-mata untuk berkongsi dengan anda betapa pentingnya kasih seorang mama sehingga dikatakan kasih seorang mama membawa ke syurga. Antara 15 tips yang perlu dan wajib anda lakukan untuk mengeratkan hubungan anda dengan mama anda ialah:

1-Jika anda kelapangan atau berkesempatan, peruntukkan masa anda untuk makan bersama-sama, khususnya makan malam. Di kesempatan itu kamu perlu memastikan bahawa televisyen telah dimatikan dan cuba elak dari menjawab panggilan telefon dari sesiapa saja kecuali kecemasan di sepanjang tempoh makan malam anda besama mama anda.

2-Bantulah si mama untuk menyelesaikan sebarang tugasan rumah yang sedang dilakukannya. Lakukannya bersama-sama mama kamu supaya sambil buat kerja, anda boleh berbual mesra dengannuya. Jangan berikan mama anda melakukan kerja-kerja berat kerana sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membalas jasa mama kita yang dah bersusah payah membesarkan kita. 

3-Setiap kali pihak sekolah atau institusi pengajian anda menganjurkan sebarang aktiviti seperti pertandingan olahraga, persembahan dan sebagainya yang turut melibatkan diri anda, apa kata kamu mengajak si mama menyaksikannnya sekali dan ungkapkan pada si mama yang kehadirannya memberikan anda satu semangat yang sangat bermakna. Sudah tentu si ayah tak akan mengecewakan anda.

4-Luangkan masa hujung minggu khususnya untuk bersantai bersama-sama. Apa kata kamu dan si mama bermain permainan yang disukainya bersama. Sesekali tak salah jika kamu mengajak si mama untuk turut serta denganmu  serta adik-beradik yang lain bermain Playstation bersama.

5- Jomlah tonton program kegemaran mama anda. Sesekali anda boleh mengambil kesempatan itu untuk berbual mesra denagn mama anda dengan lebih santai dan ceria. Anda boleh berbual mengenai rancangan yang disiarkan. Dengan cara inilah anda boleh beramah mesra dengan mama anda dengan lebih rancak lagi. Kalau tak percaya, cubalah..!

6-Sesekali keluarlah berjalan-jalan seperti ke pusat membeli belah dengan mama anda. Berkongsi pandangan untuk membeli barang yang diinginkan akan lebih mengeratkan hubungan anda bersama mama anda. Keluar bersama-sama di taman rekreasi juga bagus untuk anda dan mama anda untuk bersantai sambil menjalinkan hubungan kekeluargaan yang utuh. Kalau susah sangat, ajak la mama anda ke kafe kegemarannya. Ambil peluang ini untuk berbual mengenai apa sahaja topik dengan mama anda yang boleh menyenangkan hatinya.

7-Ini pula merupakan aktiviti yang sihat untuk anda jalani bersama mama anda. Anda boleh meluangkan masa bersama mama anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berjoging, berenang, bermain tenis atau apa-apa saja aktiviti riadah yang mama anda suka. 

8-Anda juga boleh mengajak mama anda melakukan kerja-kerja sosial bersama-sama. Sambil melakukan aktiviti-aktiviti amal ini ia boleh menarik emosi si mama untuk lebih menghargai keluarganya dan juga begitulah sebaliknya.

9-Apabila si mama tiada mood dan hanya ingin duduk di rumah dan berehat sahaja, cuba usahakan untuk mengubah mood mama anda dengan menceriakan suasana. Lakukan apa-apa aktiviti untuk menggembirakan mama anda. Beri mama anda rasa betapa berharganya dia di mata anda.


10-Setiap hari, cuba katakan kepada mama anda bahawa anda amat menyayangi mama anda sepenuh hati anda. Tunjukkan kasih sayang anda sedalamnya pada mama anda. Jangan lukakan hatinya dan hargai apa jua yang mama anda lakukan pada anda. Sempena hari ibu ini, berikannya kejutan. Berikannya hadiah yang istimewa. Buat apa yang terbaik untuk membahagiakannya. Mungkin cadangan memasak untuknya adalah satu idea ynag baik dan membuatkan mama kita bahagia. Ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan mama anda.


#Pesanan Falling angel: Jom sayang mama kita!! Mmuuaahhh!! Sayang mama sangat-sangat! Selamat hari mama!! Peace!! Selamat hari ibu!!


5 comments:

Put your comment here!!