Friday, May 18, 2012

Aduyy... Pasangan suka membebel? Apa nak buat??

Assalamualaikum.. Hai semua!! Yeay!!
Seringkali kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh turut dibebel pasangan. Einaangel mendalami isi hati wanita untuk mengetahui sebab mereka suka membebel.




FAHAMI JIWA DAN PERASAAN

1- Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh buat tak tahu saja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di dalam singki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba fahami mereka.


2- Berdiam diri, jangan menjawab.
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti "Awak ni tak ada kerja lain  ke membebel sahaja! Atau paling teruk, Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!" Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ktika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan "senyap" sebagai reverse psychology.


3- Belajarlah memujuk.
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi, janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah si dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.




4-Jangan pandang remeh dengan perkataan MAAF.
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh mengguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebaang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf. Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. lelaki akan setia denagn egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan 'cool' demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.


5- Cuba tanya apa masalahnya.
Pekalah denagn setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda mengguris hatinya.




#Pesanan dari einaangel: Jom fahami perasaan masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri jika anda mahukan hubungan yang anda bina bahagia hingga ke akhirnya.


No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!