Lelaki sering dikatakan tidak mahu mempunyai komitmen untuk mengakhiri hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Namun bukan semuanya begitu, ada juga yang mendesak untuk lebih cepat berkahwin. Berikut adalah antara sebab-sebab lelaki ingin menamatkan zaman bujangnya. Jom kita layan sama-sama alasan mengapa lelaki berkahwin.
.jpg)
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak selagi tiada insan istimewa disisi. Biarpun telah punya kerja dan harta yang banyak, tetapi kehidupannya akan hambar andainya tidak ada seorang isteri untuk menemani.
INGIN DIURUS
Lelaki memerlukan seseorang yang membolehkannya selesa dan segala keperluannya disediakan dengan sempurna. Ada seseorang yang menyiapkan kopi pada waktu pagi dan menyediakan makan malam untuknya setelah seharian bekerja.
SUDAH BERSEDIA
Secara mental dan fizikalnya, lelaki tersebut sudah bersedia untuk berkahwin. Bukan mudah juga sebenarnya bagi lelaki untuk persiapkan diri untuk memasuki gerbang perkahwinan. Maklumlah, lelaki biasanya lebih lambat dewasa daripada perempuan, jadi untuk dia lebih berfikiran terbuka sebenarnya mengambil masa yang agak lama. namun, apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin, maka dia sememangnya sudah benar-benar bersedia.
BOSAN
.jpg)
INGIN PUNYA KETURUNAN
Seperti juga perempuan, sebahagian besar lelaki ingin memiliki keturunan yang boleh dibanggakan. Bahkan pada bangsa tertentu, mempunyai keturunan adalah sesuatu yang wajib. Ada juga yang merasakan tidak akan jadi lelaki sejati selagi tidak mempunyai keturunan.
DESAKAN ORANG TUA
.jpg)
MENGAKHIRI CINTA TIGA SEGI
Lelaki sememangnya dikenali dengan sikap 'ROMEO'. Pantang nampak perempuan cantik, mulalah nak memikat. Akhirnya, memakan diri sendiri dengan terikat dengan cinta tiga segi. Namun sehingga satu masa, akhirnya dia sedar juga, sebenarnya penat untuk membahagikan cinta yang banyak pada satu masa. Oleh itu, apabila bertemu dengan wanita pilihan, cepat-cepat dia mengikat hubungan dengan perkahwinan.
TIBA MASANYA
.jpg)
#Pesanan dari einaangel: Hanya fahami alasan-alasan lelaki yang mempunyai maksud yang tersirat ini untuk menjaga hubungan anda supaya membawa ke jinjang pelamin dan selamanya bahagia. Amin. Yeay!! Peace!!
Bestlah lagu kat atas tu
ReplyDelete