Saturday, May 5, 2012

Bencinya kat Orang yang Emo ni..

Assalamualaikum..Hai semua..




Hari ini eina nak share satu benda. Agak-agak kan, ada tak yang suka atau teringin nak kawan dengan orang yang suka emo, kejap-kejap kalau tak puas hati tarik muka dengan kita, padahal kita tak ada kena mengena pon dengan apa yang diemokannya. Pelik orang macam ni. Perasan tak kalau orang-orang macam ni mesti kawannya kurang sangat. Yang ada pon, mungkin terpaksa dan ada kepentingan je.




Pelik sangat, kenapalah ada perangai macam tu kan?? Dari sekolah menengah lagi eina ada kawan yang macam ni..bila baik, baik sangat, cuba kalu mood dia tak ok, habis jahanam dunia ni. Ingat lagi, eina pernah mengamuk sebab dah terlalu annoying dan tak tahan. Tapi alhamdulillah, dia sedar dan minta maaf balik. Tapi tak lama, bila ada masanya, dia buat balik.




Kenapa lah masuh ada individu yang macam ni kan?? Tapi kan, kalau kita biarkan sahaja, dia akan makin selesa dengan perangainya itu. So, kita sebagai kawan-kawan haruslah menegur dan menasihat. Kadang-kadang rasa nak bagi penampar je, tapi mungkin itu bukan jalan penyelesaiannya. Tak pasal-pasal tambah haters baru pula kan. Lumrah hidup ni macam-macam, kalau tak ada masalah memang bukan hidup namanya.




Tapi memang rasa annoying sangat bila kita je yang kena jaga hati dia kan. Baik kita jauhkan diri je dari orang yang jenis ni. Nanti kita pula yang sakit jiwa. Penat sangat. Baik diam diri dan doakan kebahagiaan untuknya. Tapi itulah, kesian sangat dengan orang yang macam ni.




#Pesanan dari Falling Angel: Jangan ikirkan hati kita seorang. Setiap manusia ada hati dan perasaan. Jangan terlalu emo, nanti susah hidup dan anda akan sunyi sebab kawan-kawan anda tentu tidak akan kekal lama dengan anda! Peace!!



2 comments:

Put your comment here!!