Friday, May 4, 2012

Bunuh Siput Babi untuk ubat luka?? Sanggup tak?

Assalamualaikum.. Hai semua!!



Nak tergelak dan geli geleman pun ada bila baca satu artikal pelik ni. Ubat tradisional ni memang banyak yang pelik-pelik tapi mujarab. Itu sebab orang tua-tua kita dulu amalkannya dan diturunkan ke generasi-generasi seterusnya.




Kadang-kadang, kita terpaksa menggunakannya apabila terpaksa. Selain ubat minyak gamat yang terkenal dengan kehebatannya mengubat luka, lendir Siput Babi juga boleh digunakan untuk mengubat luka akibat daripada terkena sembilu, terkena kaca atau sebagainya.





Jika di rumah tiada ubat, carilah siput babi, pecahkan cengkerangnya dan ambil airnya, atau lendirnya dan sapukan pada tempa luka. Pasti darah tidak akan keluar lagi dan luka cepat sembuh.






Masalahnya sekarang, sanggupkah kita membunuh siput babi tersebut. Gelinya cara tradisional ni. Tapi tak mustahil ia akan mujarab kerana tiada yang mustahil dengan alam semula jadi. Semua ciptaan tuhan ada keajaipannya.




Pesanan dari einaangel: Sanggupkah?? Just nak share..tak paksa pun nak cuba. Hehe.. Try laa... Peace!!



2 comments:

  1. Siput babi? Hahahaha... Eeeee... welk... geli

    ReplyDelete
  2. Mamposss ! Geli la siotttt !

    ReplyDelete

Put your comment here!!