Friday, May 4, 2012

Cara mengatasi nafas berbau??

Assalamualaikum.. Hai semua!!



Mesti kita terasa terganggu apabila ada orang yang bercakap dengan kita yang nafasnya berbau kan?? Agak memalukan dan mungkin kerana ada kerosakan gigi yang berlaku di dalam mulut seseorang itu. Nafas yang berbau amat tidak disenangi dan semua orang mahu menjauhkan diri daripada orang sebegini kerana tidak tahan dengan bau yang amat busuk itu.




Kita sesama manusia haruslah membantu sesama manusia dengan menolong orang-orang sebegini untuk mengatasi masalah yang agak berat ini, bukan dengan mengejek atau menjauhkan diri darinya. Bukan apa, kadang-kadang orang sebegini tidak menyedari yang nafasnya berbau. Pernah eina jumpa seseorang yang mengalami masalah sebegini dan alhamdulillah dengan cara menegur secara baik, akhirnya masalah ini dapat diatasi olehnya dengan mengamalkan beberapa tips tradisional yang telah diamalkan dari zaman nenek moyang kita lagi. 




Banyak jalan penyelesaian bagi masalah ini. Antara jalan penyelesaiannya ialah:


1)ASAM JAWA




-Ambil sebuku asam jawa (kira-kira sebesr ibu jari kaki) bancuh dengan gula merah dan bubuh sedikit air panas. Ambil airnya dan diminum. Amalkan setiap malam sebelum masuk tidur.




2)AKAR BAYAM
-Ambil akar bayam kira-kira satu ikat (10 batang), garam sesuku camca teh, tumbuk batang tadi hingga lumat dan campurkan garam. Perah dan ambil airnya, kemudian siembun semalaman. Apabila bangun tidur waktu pagi minumlah. Amalkannya selama 3 hari.. Insyaallah berhasil.




3)AIR TEH








-Air teh yang pekat dan jangan dicampur gula digunakan untuk berkumur tiap-tiap pagi.


#Pesanan dari einaangel: Selamat mencuba..dari orang menegur kita, baik kita cegahnya dahulu... Peace!!

1 comment:

Put your comment here!!