Wednesday, May 9, 2012

Cara untuk mengeratkan hubungan sebagai SAHABAT..

Assalamualaikum.. yeay!! Hai semua!!


~eina dan eryna (bestfriend)~

Apakah perbezaan di antara kawan dan sahabat?? Kawan boleh dikatakan rakan biasa yang boleh didapati di mana sahaja, tetapi sahabat mempunyai maksud yang lebih mendalam. Untuk mencari sahabat yang sejati kala susah dan senang tidaklah semudah yang disangka.


~eryna, amil dan eina the best BFF~

~kami bestfwennzz~




SENYUM


Senyuman adalah satu sedekah. Apa salahnya anda melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja apabila terserempak dengan mereka.Senyuman dengan niat ikhlas dapat menggembirakan hati seseorang adalah lebih baik daripada anda bermasam muka dan tidak mahu bertegur sapa. Apabila anda senyum, kawan baru ini tidak akan segan silu untuk mendekati kita bagi memulakan persahabatan.


SERIUS
~Blogger PEN MERAH with me~
Ketika bersembang dengan rakan baru, jangan menunjukkan reaksi terlalu serius. Ditakuti, mereka akan menganggap anda tidak mudah untuk didekati. Sudah menjadi asam garam antara dua orang sahabat untuk bergurau senda. Oleh itu lupakan sebentar sikap terasa hati anda demi sahabat baru yang disayangi.


PERAMAH
`~eina dan eryna super smile~
Bukan hanya senyuman yang mampu menjalin persahabatan tetapi sikap yang mulia juga mempengaruhi hubungan yang terjalin.Sifat peramah amat digalakkan untuk anda yang ingin mendekati kawan baru. Dia akan merasakan anda mengambil berat ke atas dirinya dan boleh berkongsi suka dan duka bersama. Jangan anda bersikap berlagak tanpa bertanya mengenai keadaannya. Paling tidak pun cukup sekadar bertanya khabar setiap hari.




BERCAKAP
~fiza, aima, eryna, sue dan eina limited girl in the class~
Anda belum mengetahui latar belakang kawan baru anda denagn lebih lanjut, maka ajak dia berbual terlebih dahulu. Katakan sesuatu yang berfaedah kerana tidak semua berminat mendengar kata-kata kosong. Apabila anda sudah mengetahui minatnya, hobinya dan juga kesukaannya maka gunakan ia sebagai bonus untuk lebih mendekati kawan baru itu. Apa salahnya anda berbicara dengannya untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin.


~ieka dan eina ex-housemate tersayang~
LAWAK
Tidak semua orang mempunyai kelebihan membuat lawak yang membolehkan orang lain geli hati. Namun, jika sudah namanya sahabat, lawak bagaimanapun yang anda reka, pasti mereka akan ketawa. Kawan yang biasa mungkin tidak akan melayan lawak ringkas anda kerana kurang berminat. Tetapi sebagai permulaan persahabatan, senda gurauan adalah perlu supaya lebih ceria dan kehidupan anda dihiasi dengan keceriaan sepanjang masa.


~sahabat tak mengenal kaum (eina dan mogan)~


#Pesanan dari Falling Angel: Sahabat baik amat penting dalam hidup ini. Jangan sesuka hati membuang kawan kerana ia akan  membuatkan kita menyesal suatu hari nanti.



13 comments:

  1. hihihii
    best arr citer nie ,,suke2 ^__^ ...tpi klu kawan mkan kawan cm mane lak tuu ...

    ReplyDelete
  2. : tq awk!! huhu... Yeay!! Kalau kawan makan kawan..kita makan dia balik lahh..!! Awumm!!

    ReplyDelete
  3. sesame :D ..hihiii ..bagus gak tuu ,,mkan die balik erkk ,bolee la wt BBQ ..nyum3 ..hahaaxx

    ReplyDelete
  4. wah..Jay ade kawan sorang..walaupun baru kenal tapi mcm dah lame kenal..hahaha...nak tahu??alah kat eina tak yah kate pun dah tahu sape kawan Jay tu..:P

    ReplyDelete
  5. hahaha..BroFramestone ler..kih3...

    ReplyDelete
  6. Kawan ngan sahabat berbeza kan?

    ReplyDelete
  7. magnificent issues altogether, you just received a new reader. What may you recommend in regards to your submit that you simply made some days in the past? Any positive?
    HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

    ReplyDelete
  8. It's so lucky for me to find your blog! So great! Just one suggestion: It will be better and easier to follow if your blog can offer rrs subscription service.
    HTTP://www.CoolMobilePhone.net

    ReplyDelete
  9. Good tips for me and my future friend.. tq share..

    ReplyDelete
  10. Bestnya bl baca citer ni...hehehe..

    ReplyDelete
  11. Bestnya bl baca citer ni...hehehe..

    ReplyDelete

Put your comment here!!