Hye semua!!! Yeay!!
Ramai mengeluh tidak cukup masa untuk buat itu ini dalam
satu masa. Ada saja halangan yang datang
yang membuatkan kita jadi huru hara kerana tak cukup masa. Tidak kira
dimana sahaja khususnya di tempat kerja, pasti ada tugasan yang tidak dapat
diselesaikan. Banyak faktor-faktor yang
mempengaruhi kita untuk mengalami
fenomena tidak cukup masa ini. Antaranya:
·
BANYAK BERCAKAP
Nampaknya tabiat banyak bercakap menjadi faktor
utama kerana ia sudah menjadi tabiat yang paling mudah dan senang untuk
dilakukan. Bercakap tidak mengira masa boleh menggangu pekerjaan yang dilakukan
malah ia juga boleh mengganggu orang lain dan menyebabkan orang lain turut
terlibat dalam masalah ini. Tumpuan terhadap sesuatu kerja akan terjejas kerana
ada sahaja perkara atau cerita yang ingin dibicarakan dan lebih menarik dari
mlakukan kerja. Jadi, lebihkanlah mendengar dari bercakapkerana ia dapat
membantu kamu melakukan sesuatu tugasan dengan lebih produktif.
LEKA
Melayari internet, menonton televisyen dan
bermain permainan video merupakan perkara yang pasti bakal melekakan kamu.
Sudah semestinya ia mengambil masa yang lebih lama dari menyiapkan tugasan. Disiplinkan
diri kamu dengan menyiapkan tugasan terlebih dahulu sebelum melayan diri dengan
perkara-perkara trsebut. Utamakan kerja dan setelah selesai, barulah memanjakan
diri dengan aktiviti lain. Memang berbaloi!!
TAMAK KERJA
Tidak menang tangan dibuatnya denagn kerja
yang bertimbun-timbun! Kalau boleh, semuanya ingin disiapkan dalam satu masa.
Perkara sebegini tidak elok diamalkan. Walaupun kamu mampu menyiapkan semuanya,
tetapi kualiti lebih penting dari kuantiti. Lakukan kerja dengan berhemah dan
tenang. Siapkan satu persatu lebih efisyen.
TAK BERANI MENOLAK AJAKAN RAKAN-RAKAN
Kadangkala apabila berada dalam kelompok
rakan-rakan dipejabat khususnya, pasti
ada saja rakan yang ingin meluangkan masa dengan berbual. Sekiranya perkara
yang ingin dikongsi itu tidak mempunyai faedahnya, kita haruslah menolak atau
menghindarinya dengan cara baik kerana dengan cara ini akan lagi
melengah-lengahkan masa anda untuk membuat kerja. Kadang-kadang ada saja
rakan-rakan yang mengajak keluar minum sedangkan anda ketika itu mempunyai
kerja yang harus disiapkan, janganlah kita merugikan diri sendiri dengan
terpengaruh ajakan rakan kerana bila kerja itu tidak sempat disiapkan, bukan
rajan anda yang kena marah, tentunya anda yang kena marah. Tidakkah itu
merugikan diri sendiri. Tak pasal-pasal, ada juga yang diberhentikan kerja
akibat dari masalah tidak menyiapkan kerja.
#Pesanan Falling Angel: Jom elakkan diri dari semua ni..Tak berfaedah pon taw.. Peace!! Yeay!!
kalau pengarah ajak dating boleh elak ke tak??:P
ReplyDeleteWaaa.... besar mulut. Bhahahaha
ReplyDelete