Tuesday, May 1, 2012

Kakak.....jom main nak tak??

Hai!!!!!!!!! Lalalalala...


Satu petang yang agak dingin. Menambahkan lagi mood untuk ceria. Ditambah lagi dengan saudara mara yang datang. Ramai juga lah yang datang. Termasuklah orang yang tersayang. Waktu-waktu yang dingin ini tak usah kita bazirkan dengan tidur sahaja yang hanya akan membazirkan waktu. Mama dan abah sedang melayan tetamu yang datang. Di ruang tamu yang luas, ada empat sofa yang dipenuhi dengan tetamu. Tugas aku hanya menghidang air. Setelah air terhidang, aku telah masuk ke dalam bilik untuk sambung main PSP yang menjadi hobi aku untuk mengisi masa lapang.


Tiba-tiba, keadaan yang riuh rendah bertukar sunyi. Rupa-rupanya mereka semua ke laman luar tumah aku untuk menikmati permandangan yang cantik serba hijau dengan dihiasi pokok-pokok yang telah ditanam dan dijaga oleh abah. Aku pun keluar dari bilik untuk menonton tv. 


Sepupu aku lelaki semuanya. Hanya aku dan adik aku sahaja yang perempuan. Aku amat bosan menonton astro HBO yang kebanyakan tayangannya telah ditayangkan dan kini ditayangkan semula. Sedang aku hendak mencapai segelas air, datang sepupu aku dengan selambegnya tarik aku ke dalam bilik. Aku pun ikut dengan rela sebab tak tahu apa lagi nak dibuat dan terlalu bosan. 

"Jom main, kak??!!".. Aku pun pasang kipas dan tutup pintu. Aku pun buka Playstation aku dan menyuruhnya pilih game apa yang nak dimainnya. Aku ikut je. Seronok sangat dapat layan budak kecik nii.. hehe...
hehehehehe.... Peace!!

4 comments:

  1. mak aih..kaki ps juga ke ina??hehehe

    ReplyDelete
  2. : Abg acul bagi tahu ye yang ina minat main game bola??

    ReplyDelete

Put your comment here!!