Saturday, May 5, 2012

Kau permainkan aku..

Assalamualaikum.. HyePP...!!




Pernah orang tanya, apa yang ex aku buat kat aku sampai aku susah sangat nak lupakan dia. Sampai aku tolak semua orang yang nakkan aku dulu. Aku sendiri tak ahu apa yang aku nak jawab bila orang ajukan soalan ni kat aku. Aku serba salah sebab aku sendiri tiada jawapannya masa itu. Jurang pemisah diantara aku dengan dia makin ketara bila ada orang ketiga datang antara aku dengan dia. Perlu kah aku menagih kasih orang yang dah curang dengan aku? Sejak aku dipermainkan, bagi aku, semua lelaki adalah sama. 


~lagu yang membuatkan aku menangis di depannya~

Bila rasaku ini rasamu..sanggupkah engkau mengkhianati cinta yang kau jaga. Aku cuba dan cuba untuk menerima kasih yang lain, tapi, apa yang aku buat hanyalah berpura-pura mencintainya juga. Aku menerima dia tanpa ada perasaan sayang langsung ketika itu. Memang hebat penangan putus cinta dengan dia kerana dia putuskan aku tanpa gaduh atau apa.

~eina dengan dia yang bergelar ex~

Mungkin dia akan rasa macam mana aku rasa. Memang dari wajahku ini terukir senyuman..tapi semuanya plastik. Kau merubah segalanya. Tapi mungkin semua ni terjadi ada hikmahnya. Aku jumpa seseorang yang jauh lagi BETTER dari ex aku ni.. Aku bahagia sangat sekarang. 

~eina dengan orang yang pernah eina tolak untuk bersamanya~

Tapi memang terkilan, disebabkan dia, aku dengan orang yang sayangkan aku dan minat dekat aku sejak dari awal, aku kecewakan sebab aku menerima cinta ex aku yang tak guna tu. Tapi semua tu ada hikmahnya yang tersendiri, aku lebih bahagia sekarang disamping insan yang lebih mencintai aku dengan sepenuh hatinya. 

~cinta hati eina~

Bila aku dipermainkan oleh ex aku tu, aku jadi tak percaya lelaki langsung. Aku jadi murung dan rasa annoying bila lelaki lafaz sayang dan cinta pada aku. Aku akan automatik pandang sinis padanya. tetapi mujur ada insan ni, MR hazirun yang amat memahami aku dan banyak bersabar dengan karenah aku yang HEARTBREAK ni.. Terima kasih ex ku yang memberi pengalaman untukku yang penuh dengan pengajaran dan tanpa anda membuat saya begini, aku takkan jumpa my MR RIGHT aku nii.. Thanks!!

#Pesanan dari Falling Angel: Percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya walaupun berat sangat untuk menghadapinya.




2 comments:

  1. Memang pengalaman menfajar kita.adakala pengalaman itu menjadi satu titik hitam buat kita.Tapi Percayalah pada Qada dan Qadar yg Allah swt tentukan.semuanya ada hikmah yg kita tak nampak.Bersabarlah dengan dugaan Cinta.^-^

    ReplyDelete
  2. Cinta facebook. Hahahaha. Kelakar je. BTW selamat jumpa dengan dia nanti. Hope berkekalan hubungan korang berdua.

    ReplyDelete

Put your comment here!!