Tuesday, May 8, 2012

Kenapa perlu dalam bilik??

Hyee!! Oooppss.. Yeay!!



Bilik merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita berehat setelah penat bekerja seharian. Selalunya bilik ini akan dihiaskan mengikut citarasa masing-masing. Kadang-kadang emosi kita tak menentu dan akan ada perasaan yang tidak terkawal dalam masa yang sama perlukan tempat dimana kita dapat menenagkan jiwa yang sedih atau kecewa dengan bersendiri di dalam bilik. Ini bukan bermakna yang kita perlu murung didalam bilik tapi memang sudah menjadi naluri manusia yang perlukan tempat untuk bersendiri untuk menenangkan hati.






Kebiasaan bagi golongan pelajar, amat menngemari untuk duduk di dalam bilik dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan status merka yang bergelar pelajar.. Macam-macam cara untuk menjadikan bilik sebagai tempat paling sesuai untuk dijadikan temapt untuk menenangkan fikiran. Antaranya:



1-BERTEMAKAN WARNA SEJUK




Warna sejuk merupakan faktor yang membolehkan otak kita berehat dan boleh menyejukkan mata kita untuk melihatnya. Kadang-kadang stress kita pon akan hilang dan buatkan kita rasa nyaman walaupun bukan dikelilingi dengan kehijauan semulajadi yang sememangnya terbukti menjadi faktor ketenangan jiwa. 


2-BERSIH




Persekitaran yang bersih juga menjadi faktor mengapa bilik kita boleh menjadikan jiwa kita tenang. Selalunya bilik akan dijaga dengan rapi kerana disitulah tempat yang paling selesa untuk berehat. Bilik juga haruslah sentiasa berkemas untuk menjamin keselesaan kita. Jangan biarkan bilik kita menjadi seperti sarang kucing yang mahu beranak.


3-ADA SUMBER SEMULAJADI


Untuk menambahkan ketenangan di dalam bilik, kita haruslah mempunyai sumber semulajadi seperti meletakkan bunga yang ditanam di tepi tingkap atau di atas meja solek. Dengan adanya sumber tersebut, kita akan merasa tenang dan dapat menjiwai perasaan sayangkan alam semulajadi dan terus menjadikan kita berasa amat tenang dan tidak serabut. 


4-WANGIAN
Wangian didalam bilik juga penting untuk membuatkan kita sentiasa berasa segar dan bertenaga, Telah dibuktikan dengan kajian saintifik bahawa wangian dapat menenteramkan jiwa. Wangian yang eina maksudkan bukanlah wangian yang terlampau kuat baunya. Wangian yang saya maksudkan ialag wangian yang lembut dan tidak tengik baunya.




4-SUSUNAN PERABUT
Susunan perabut juga amat perlu dititikberatkan kerana ia mempengaruhi emosi seseorang apabila melihatnya. Perabut dan barang-barang didalam bilih dinasihatkan tidak terlalu banyak kerana bilik merupakan tempat untuk berehat dan empat untuk kita mengambil ruang yang selesa untuk berehat. Jika perabut berterabur, maka, berterabur lah tahap keselesaan kita.




#Pesanan Falling Angel: Kenapa perlu bilik?? Ia kerana biliklah tempat yang paling menjadi tumpuan kita dirumah. Seperti pepatah, bilikku syurgaku. Jom sama-sama jaga bilik kita!! Peace!!



2 comments:

  1. Kan seronok ada bilik sendiri..ni Jay kongsi dgn adik..Insyaallah bile dah siap rumah family kat kampung Jay akan ada bilik sendiri..yeay...:)

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar bilik tu. Idamanku. huhuhu

    ReplyDelete

Put your comment here!!