Wednesday, May 9, 2012

Kesan buruk 'Over Diet'

Assalamualaikum..haii semua...!! Yeay!!


Hari ini ina nak share satu benda, khas untuk orang yang gelojoh atau tergesa-gesa nak langsing. Sebenarnya apa yang anda lakukan itu hanya akan memburukkan keadaan. Anda akan dapat banyak implikasi buruk yang semestinya sama tarafnya seperti anda membunuh diri anda sendiri. Anda tidak perlu bersenam dan berdiet berlebihan. Tubuh badan anda mungkin akan terkejut dengan perubahan drastik itu semata-mata anda ingin cepat kurus dan langsing. Seharusnya anda harus tahu bahawa penurunan berat badan yang drasti amat berbahaya untuk kesihatan anda. Apalah sangat dengan ramping dan kurus sekiranya anda ditimpa pelbagai bahana selepas itu.




Disini eina ingin kongsikan antara kesan-kesan daripada penurunan berat badan yang mendadak. Antaranya ialah:


-KULIT BERKEDUT DAN MENGGELEBER

-BERAT BADAN AKAN NAIK MENDADAK JIKA ANDA MENGHENTIKAN PROGRAM SENAMAN DAN DIET ANDA



-MUKA PUCAT


-KELETIHAN


-SELALU SAKIT


-PENING KEPALA



(Cantik kah bila terlalu kurus?? Dah macam mayat hidup jerr...)

Anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik sangat berbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai kesan  sampingan kepada badan. Lebih baik lakukannya secara berperingkat dalam tempoh masa jangka panjang dan yang pasti ia harus disusuli dengan senaman berterusan dan pengawalan pengambilan kalori dalam pemakanan seharian anda. Pengambilan air juga haruslah mencukupi agar anda sentiasa sihat.


#Pesanan dari falling angel: Jom diet!! Tapi bukan diet yang membahayakan tapi diet dengan cara yang betul!! Yeay!! Peace!!

7 comments:

  1. Jay penah buat mcmtu..dalam sebulan Jay dapat turunkan 10 kg..hehehe..tapi dengan cara yg betullah..hehe

    ReplyDelete
  2. : Jangan kuruskan badan sebab orang lain k..

    ReplyDelete
  3. bukan ler...Jay amalkan makan mengikut diet yg diperlukan..hehehe

    ReplyDelete
  4. Ina... Jangan jadi macam dalam gambar tu plak ek

    ReplyDelete
  5. It's great that you are getting thoughts from this piece of writing as well as from our argument made here.

    Look at my weblog: only the best review

    ReplyDelete
  6. Nice post. I learn something new and challenging on sites I stumbleupon every day.
    It's always helpful to read content from other writers and use a little something from their web sites.

    my web blog: only the best review

    ReplyDelete
  7. Thanks for finally talking about > "Kesan buruk 'Over Diet'" < Loved it!

    My website :: top 10 products

    ReplyDelete

Put your comment here!!