Friday, May 11, 2012

Panduan Untuk Mencari Teman Hidup

Assalamualaikum.. Hai semua!! Yeay!!


Ramai yang tidak tahu dan endahkan panduan untuk mencari kekasih atau teman hidup masing-masing. Memang benar, jika ada jodoh tak kemana. Tapi jika tidak mengikut panduan yang betul, itu yang ramai patah hati. Islam itu indah, semuanya telah diaturkan dengan ajaran islam. Kepada mereka yang sedang mencari teman hidup, carilah yang sebaik-baiknya, jangan senang jatuh cinta sangat sehinggakan kita ketepikan beberapa hal yang lebih penting yang perlu lebih kita titikberatkan. Cinta akan hadir jika itu kehendak yang Maha Esa. 


Jom kita sama-sama ketahui apakah panduan mencari teman hidup.




1- Sentiasa taat kepada Allah SWT dan Rasulullah


2- Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.


3- Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.


4- Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah SWT.


5- Ikhlas dalam beramal.


6- Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.


7- Selalu takut kepada ujian Allah SWT dan ancamannya.


8- Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.


9- Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.


10- Solat malam menjadi kebiasaannya.


11- Tawakal penuh kepada Allah SWT dan tidak mengeluh kecuali ketika berdoa kepada Allah SWT selepas solat.


12- Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit.


13- Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka.


14- Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.


15- Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaannya.


16- Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama saudara dan tawaduk penuh kepada Allah SWT.


17- Berkasih sayang dan penuh pengertian keluarga.




#Pesanan einaangel: Yeay!! Sebaik-baiknya carilah pasangan yang kuat pegangan agamanya kerana ia akan membawa anda bahagia di dunia dan diakhirat.


No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!