Friday, May 11, 2012

Rahsia MOOD Lelaki...dan cara memikatnya..

Assalamualaikum... Hai semua... Yeay!!


Nak tahu tak rahsia di sebalik mood seorang yang bergelar lelaki?? Lelaki ni ada macam-macam jenis tapi naluri seorang lelaki tetap sama. Hanya inginkan kekasih yang terbaik untuk menemani hidupnya. Wanita merupakan anugerah yang terindah buatnya dan wanita merupakan insan yang akan menemaninya ke syurga.  Begitu juga wanita, wanita haruslah memahami setiap mood lelaki yang kadang-kadang banyak muslihat di sebaliknya. 




Take note!! Untuk anda yang sayangkan kekasih anda. Anda perlulah lakukan yang terbaik untuk si dia. Banyak mood si dia yang perlu wanita fahami dan lakukan tindak balas yang sewajarnya sebagai seorang kekasih yang sejati. Antaranya ialah...


BILA SI DIA SELAMBE.....
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selambe ni selalunya ingin kita yang mulakan dahulu. Oleh sebab itu anda patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.


BILA SI DIA EGO....
Jangan sesekali anda persoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat itu adalah ketegasan.


BILA SI DIA ROMANTIK...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai walaupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.


BILA SI DIA PANAS BARAN...
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba anda berdiam diri dulu sampai semua kemarahan itu semua reda.


BILA SI DIA PENAT...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang beleh menambah kepenatannya.


BILA SI DIA PENTINGKAN DIRI SENDIRI...
Cuba berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati anda tentang sikapnya itu. Anda patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.


BILA SI DIA SIBUK....
Jangan pula anda terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput di tempat kerja ataupun menemani anda pergi membeli-belah.


BILA SI DIA MENGONGKONG...
Kalau anda memberontak, pasti anda dimarahinya. Tapi, kalau anda menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, anda perlu berkata padanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan anda berdua.


BILA SI DIA CEMBURU....
Pujuk hatinya supaya percaakan kita. Yakinkan bahawa anda hanya setia pada dirinya dan hanya mencinyai dirinya. Jangan biarkan si dia cemburu dengan kita kerana ia akan menjejaskan hubungan kita. Jika ada orang memandang-mandang kita dan si dia cemburu, tunjukkan reaksi seperti memegang tangan si dia supaya orang tahu yang anda sudah dimiliki oleh si dia.


BILA SI DIA CURANG...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapim jika si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda berundur diri dulu sebelum makin parah kelukaan hati anda.


BILA SI DIA LURUS BENDUL...
Memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Anda patut menjaga perangsng padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.




#Pesanan einaangel: Jom fahami mood seorang lelaki dan jadilah kekasih yang sejati untuk dirinya.. Yeay!! Peace!!

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!