Thursday, May 10, 2012

Shhhh....7 RAHSIA yang Si Dia Tidak Perlu Tahu..

Assalamualaikum... Hai semua!! Yeay!!


Benar dalam bercinta, anda seharusnya bersikap berterus-terang, terbuka serta tudak ada rahsia antara anda dan si dia. Namun, ada kalanya demi menjaga hatinya daripada tergores dan keadaan menjadi bertambah teruk dan rumit, ada jua perkara yang harus anda rahsiakan daripada pengetahuannya, misalnya:


DIA TIDAK DISUKAI KELUARGA ANDA...
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaik-baiknya, anda diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui si dia. Sementara menunggu masalah reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang si dia.


BANDINGKAN DIRINYA DENGAN KEKASIH YANG TERDAHULU...
Tiada orang yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain terutamanya yang buruk-buruk. Jika anda berbuat begini, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.


JANGAN JADI ANAK EMAK...

Beberapa kali sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Tidak salah bermanja, tetapi perlukah setiap hal yang dilakukan harus dilaporkan kepada ibu anda? Sehinggakan makan apa pun anda akan menghubungi ibu untuk memberitahu.







"SAYA SUKA DENGAN....."
Jangan sesekali anda memberitahu si dia anda tertarik dengan mana-mana lelaki atau wanita yang lebih cantik atau kacak dari si dia. Mungkin niatmu sekadar mengagumi kecantikan atau ketampanan seseorang itu dan tiada niat untuk mencurangi si dia, namun ia tetap boleh menyinggung perasaannya.


HOBI YANG PELIK...
Anda mungkin mengumpul barangan 'transformer' atau jam antik tegar atau menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah dia akan dapat terima hobi pelik anda? Jangan pula berlagak baik denagn memberitahu perkara sebenar kepadanya.


SIMPAN RAHSIA KELEMAHANMU...
Jika anda jenis perempuan yang kuat berdengkur ketika tidur, tidak perlulah diberitahu pada si dia. begitu juga dengan lelaki, jika kamu takut akan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaik-baiknya. Biarkan pasanganmu hanya tahu rahsia anda secara semulajadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda sahaja.


"SAYA TIDAK SUKA AWAK BERKAWAN DENGAN......"
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaik-baiknya, beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka biarpun ada di antaranya anda kurang senangi. Perlu diingat, anda baru sahaja bersama dengannya sedangkan mereka telah lama dikenalinya dan sudah pasti si dia tidak boleh terima sekiranya anda memandang rendah pada teman susah dan senangnya sebelum anda wujud dalam hidupnya.


#Pesanan dari einaangel: Fikirkan yang terbaik untuk kekasih anda. Jangan lukakan hatinya dengan benda-benda yang remeh temeh ini.. Semoga anda bahagia dengan kekasih anda.. Peace!! Yeay!!

3 comments:

  1. Pergh!!! Mantap lah blog Ina ni sekarang. Entri macam Notahati

    ReplyDelete
  2. : untunglaa...dah nak wt camne?? Eina la penulis Notahati.. Eina crew notahati laa... haha..

    ReplyDelete
  3. tlg ubah bckground ye...nmpk mcm entry mnarik,,,tapi xleh bace alngsung...alert...=)

    ReplyDelete

Put your comment here!!