Thursday, May 17, 2012

Si Gadis Terpikat dengan Lelaki Main Gitar??

Assalamualaikum!! Hai semua!! Peace yow!!


Lima dari 10 orang lelaki biasanya pandai main apa saja alat musik terutamanya gitar. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang pandai bermain gitar. Ada wanita di luar sana menyatakan hati keras mereka mudah cair apabila dipujuk denagn muzik gitar. Benarkah? Einaangel mencungkil rahsia ini.




MENGAPA WANITA MUDAH JATUH HATI??


1- Nampak Lebih Sweet
Lelaki yang pandai bermain gitar kebanyakannya berjiwa sentimental. Mereka lebih sensitif dengan perasaan yang ada pada wanita. Jika wanita merajuk, mereka ada cara mereka sendiri untuk memujuk. Bunyi petikan dengan soft tunes memang sangat menyentuh hati. Memang sangat sweet bagi wanita. 


2- Seorang Yang Cool
Biasanya lelaki yang bermain gitar ini seorang yang santai. Mereka jarang sekali mudah marah. Bermain gitar ibarat melepaskan tekanan dan luahan perasaan. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut mood mereka sendiri. Mereka senang dibawa berbincang dan wanita jadikan mereka tempat untuk meluahkan perasaan.




3- Seorang Berjiwa Romantik
Bayangkan ketika anda (wanita), sedang menikmati makan malam, seorang lelaki mendedikasikan sebuah lagu yang dipetik melalui gitar kepada anda. Wah! Pasti bahagia bukan? Anda bukan sahaja tersenyum sepanjang hari, tetapi termimpi hingga tidak tidur malam.


4- Ada Aura Tersendiri
Lelaki yang serius tetapi rajin bermain gitar kepada pasangan mereka akan lebih didekati dan disayangi kerana ada stail tersendiri dalam kehidupan mereka. Wanita lebih suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik. Itulah sebabnya jiwa mereka juga lebih terdorong untuk berdampingan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.


5- Pemikiran lebih teliti
Lelaki yang suka bermain gitar tidak ada masa untuk bersembang tentang perihal orang lain. Mereka biasanya gemar bercampur dengan kelompok yang sama minat, berbincang perkara baru mengenai muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan tentang hati dan apa yang dimahukan oleh seorang wanita.










#Pesanan dari Einaangel: Jaga-jaga...lelaki macam ni juga cenderung untuk menjadi PLAYBOY!! Tapi ada juga yang setia!! Peace!! Yeay!!

1 comment:

  1. erk..Jay salah seorang yg bermain gitar..tapi adakah ayat terakhir tu betul or tidak cenderung utk menjadi"PLAYBOY"??? jeng jeng jeng,..hahaha..rasa2 Jay jenis camtu ke???:P

    ReplyDelete

Put your comment here!!