Friday, May 11, 2012

Siapakah Gadis Idaman Lelaki Sejati?

Assalamualaikum!! Hai semua!! Yeay!!


Wanita adalah sebahagian keindahan dunia yang diciptakan Allah SWT. Namun, wanita jualah yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan dan kemusnahan di dunia ini. Allah SWT menjadikan wanita untuk menghiasi bumi untuk menjadikan pasangan kepada kaum Adam. sebagaimana Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar menciptakan seorang teman untuk berbicara, bergurau senda dan membina sahsiah dirinya, maka terciptalah Siti Hawa daripada tulang rusuk kiti Nabi Adam AS. Antara ciri gadis solehah idaman lelaki yang soleh dan sejati ialah:


BERPEGANG PADA AGAMA
Gadis sebegini mempunyai peribadi yang unggul. Ciri-ciri ini jelas terpancar melalui wajah dan akhlaknya. Dia akan sentiasa memelihara batas-batas syariat dalam pegangan agamanya. Dia sesekali tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam.


TIDAK PAMERKAN KESEKSIAN
Jika dilihat, lelaki di luar sana memang suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita tetapi tidak suka untuk menjadikannya isteri kerana melihat gadis seperti itu seolah-olah barang hiasan atau pameran untuk mata lelaki lain.


PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, gadis di luar sana perlu bijak, bukan sahaja dalam menjaga kecantikan malah kebersihan diri. Penampilan yang cantik dan bersih menunjukkan keperibadian diri. 


KECANTIKAN DALAMAN
Fitrah wanita dijadikan lemah lembut, namun gadis ini mempunyai prinsipnya tersendiri. Inilah kecantikan dalaman sebenar yang dicari oleh lelaki yang sejati. Dia tidakn akan tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


MANJA
Lelaki menggemari wanita yang manja atau bersifat sedikit keanak-anakan. Ini kerana, lelaki suka untuk melindungi. Tetapi anda jangan pula menunjukkan sifat manja atau keanak-anakan yang berlebihan. Takut pula lelaki akan melihat anda seperti kurang matang.


TIDAK CEREWET
Awas ye para gadis! Lelaki tidak suka pada gadis yang kuat cerewetnya. Cerewet boleh merimaskan dan membuatkan lelaki jemu dengan anda. Jangan amalkan sikap mengkritik kepada sesuatu yang tidak anda gemari berlebih-lebih. Sebaliknya berdiam diri adalah lebih baik.


MEMAHAMI LELAKI

Anda dikatakan mempunyai gerak hati yang kuat jika anda berupaya memahami hati lelaki. Lelaki mengimpikan gadis yang memahaminya. Merasai suka dukanya bersama. Tanpa bersuara atau mengeluh sedikit pun, isi hati lelaki itu mampu anda terjemahkan. Itulah yang mampu menghiburkan atau memberi kekuatan sebenar kepadanya.



SEJUK MATA MEMANDANG
Gadis yang manis dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seseorang lelaki. Ciri-ciri ini bukanlah memerlukan anda menghias wajah denagn alat solek, tetapi cukup dengan memiliki sikap bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah, dan memberikan senyuman ikhlas. Anda juga perlu sentiasa menjaga aurat, menghormati orang lain, tidak terlalu cemburu ramah dan mesra. 


BERAKHLAK MULIA
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Oleh itu, si gadis perlu mengamalkan sifat mulia sejak awal lagi agar sifat itu terbiasa di dalam diri. Gadis yang berakhlak mulia dilihat daripada baik tutur kata dan perlakuannya serta pandai membawa diri.


#Pesanan dari einaangel: Jom jadi idaman lelaki yang sejati dan soleh sekarang!! Yeay!! Peace!!

2 comments:

  1. hehehee ..suke tajuk siapakah gadis idaman lelaki sejati ..:D

    ReplyDelete

Put your comment here!!