Saturday, June 30, 2012

Terlanjur dengan kekasih..

Assalamualaikum.. Hai semua..
Satu perkara yanga amat dan paling berharga bagi setiap gadis adalah mahkota kewanitaannya. Oleh sebab itulah, jangan sesekali terlalu mudah untuk menyerahkannya pada lelaki yang tidak ada sebarang ikatan yang sah dan halal dengan kita. 


Namun sayangnya ada yang sanggup dan telah pun menyerahkannya pada lelaki yang bukan bergelar suami pada kita. Jadi, kepada yang telah pun terlanjur, sebelum keadaan menjadi bertambah parah, lebih baik anda kembali ke pangkal jalan. 

Sekarang anda takut diketahui oleh kedua belah pihak keluarga tetapi perlu eina ingatkan, takutkan pada tuhan, bukannya dengan sesama manusia. ibu bapa hanya mampu memarahi dan menghukum, tapi balasan di akhirat tu lagi perit dan pedih dari segala ukuman di dunia ini.
Apa yang dilakukan ini amatlah berdosa besar. Insaflah sebelum terlambat. Jangan terlalu percaya pada kata-kata lelaki. Kalau benar dia sayangkan anda, dia takkan mudah meminta anda menyerahkan diri anda tetapi apabila diajak berkahwin pelbagai alasan diberi. 
Eina harapkan anda fikir-fikirkanlah apa yang eina katakan ini. Percayalah masih belum terlambat anda kembali ke pangkal jalan dan carilah orang-orang yang boleh membantu anda untuk tinggalkan semua dosa-dosa yang anda telah lakukan.
Jom ikut nasihat einaangel ni k.. Hanya diri kita sendiri yang dapat membantu diri kita sendiri. Bukan orang lain. Jom berubah sebelum terlambat. Apa-apa pertanyaan, einaangel sedia memberikan nasihat. Gembira dapat menolong anda semua!! Yeay!! 

Friday, June 29, 2012

Kekasih PANAS BARAN??

Assalamualaikum.. Hai semua.. 
Panas baran merupakan satu sifat yang kita patut hindarkan dari diri kita sendiri. Panas baran merupakan sifat syaitan yang patut kita jauhi. Al-Quran sendiri ada menyatakan soal ini. Jika kita memang mempunyai keturunan yang semuanya panas-panas baran, kawallah sifat itu kerana ia akan mendatangkan banyak kemungkaran dari kebaikan.
Masalah seumpama ini sememangnya sering berlaku. Pada awal percintaan semuanya nampak indah sahaja tetapi apabila hubungan makin jauh, segala yang tersimpan selama ini mulalah terkeluar rahsia dan belang satu persatu. Walau bagaimanapun dalam soal ini segala keputusan terletak di tangan anda sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.



Andai anda tidak mampu lagi bersabar, jalan yang terbaik ialah mengundur diri dari cintanya. Biar anda mengambil keputusan sekarang daripada anda mengambil keputusan apabila ada sebarang ikatan yang sah. Orang yang panas baran ini kebiasaannya boleh dijinakkan oleh orang yang betul-betul disayanginya atau perkataan yang tepat adalah orang yang si dia cinta gila. 
Kalau anda sanggup dijadikan tempat kemarahannya, mungkin bukan kamu cinta gilanya. Biarkan dia mencari orang yang lebih sepadan dengannya dan anda pula mencari cinta yang lebih baik darinya untuk anda sendiri.
So, pesanan einaangel, jangan menyesal tak sudah. Fikir dulu sebelum membuat keputusan. Janlan hidup masih panjang dan jangan biarkan hidup anda dipenuhi dengan kesengsaraan dan dijadikan seperti binatang. Peace!! Yeay!!

Kejutan Italy untuk penyokong German..

Assalamualaikum.. Hai semua.. Yeay!




Hahaha.. Alamak..terlepas pula ketawa eina. Eina rasa terkejut sangat italy boleh kalahkan German yang agak kuat dan mempunyai rama penyokong kerana cara permainannya yang strategik. Memang tak sangka Italy dapat menewaskannya walaupun hanya satu mata di hadapan. Italy 2, German 1. Jangan marah ye penyokong German. Tahniah Italy kerana menumpaskan musuh utama Spain. Italy menghalang sejarah berulang kembali apabila German tidak dapat bertemu juara Worldcup iaitu Spain.



Eina harapkan German yang masuk ke final untuk menentang Spain. Keputusan memang mengejutkan semua pihak. Pagi tadi, di kedai-kedai mamak, ramai yang balik dengan perasaan kecewa disebabkan pasukan harapan mereka, German kalah dengan Italy. Ozil, pemain harapan yang dikatakan amat tangkas juga boleh dibuli oleh pasukan Italy. 




Macam-macam pendapat yang kita dengar, kebanyakannya menyokong German yang akan ke final untuk menentang Spain yang telah menewaskan Portugal tempoh hari. Tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat Italy untuk terus berjuang dan menaikkan nama negara dengan menewaskan pasukan harapan Euro iaitu German.





Ramai penyokong Spain atau yang lain-lain yang berpaling arah (lalang) dan menyokong German dari awal Euro 2012 bermula kerana melihat potensi German yang menjadi naib juara Worldcup semasa berlawan dengan Spain. Spain terkenal dengan caranya yang 'low profile' nya. Jadi memang tidak salahlah einaangel menyokong Spain dari awal lagi kerana einaangel pun low profile. Hehe. 





Pasti ramai yang kecewa kan hari ini? Nak buat kerja pun letih je. Mana tak nya, berjaga di pagi-pagi buta untuk menonton bola, untuk menyaksikan pasukan pilihan iaitu German akhirnya menjadi tragedi apabila tewas di tangan italy. 




Buat penyokong German, bersabarlah ye. Bola itu bulat, disepak ke kiri, ia ke kiri. Ditendang ke kanan, ia ke kanan. Hanya bola yang bulat dimain dan ditendang di tengah padang yang luas. Adat permainan lah, kalah dan menang tu. Yang penting dapat masuk semi final pun dah cukup kuat dah kan?






Buat penyokong italy pula, tahniah kerana dapat masuk final untuk menentang juara Worldcup, Spain. Bersedialah untuk kalah ye. Einaangel sokong Spain! Go go go Spain. Bersama kita nantikan perlawanan sengit antara Spain dan Italy nanti.!! Yeay!!



Thursday, June 28, 2012

Spain Dapat Masuk Final!!!

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Siapa sokong Spain untuk EURO 2012 ni? Eina sokong Spain dari awal lagi. Eina minat Spain sebab ramai pemainnya dari Liverpool dan Barcalona. Tak sangka Spain mencatat sejarah masuk ke Final Euro 2012. Masa Worldcup dulu, eina nak SPM, eina sanggup tak tidur semata-mata nak tengok Spain main. Tambah-tambah lagi masa final yang Spain lawan German tu, eina lah orang yang paling teruja nak tengok. Siap bergaduh dengan abah sebab abah sokong German. Harap juara worldcup ini akan menjadi juara Euro pula..!!





Kesiannya kat Portugal yang terkeluar pagi tadi. Adik eina penyokong Portugal, habis kena bahan dengan eina dari tadi.





Sesiapa yang kenal eina, dia akan tahu yang eina memang sokong Spain. Bila eina main PES12, 'playstation game', eina mesti guna Spain sebagai pasukan eina. Rasa puas sangat bila Spain dapat masuk. Lepas ni, German lawan Itali. Eina rasa German menang, stateginya agak menyeramkan. Tapi hati eina tetap sokong Spain untuk menjuarai Euro 2012 ni.





Sotong yang boleh tahu siapa menang masa Worldcup dulu dah mati la pula. Kalau ada lagi, mesti kecoh dan terkenal sotong tu. Alahai sotong. Apalah ada pada sotong? Mungkin semua tu hanyalah kebetulan. Mana ada benda yang boleh tahu apa akan jadi di masa hadapan kan?






Walaupun eina ni perempuan, tapi eina sangat minat bola dan ramai terkejut tengok eina yang begitu obses dengan bola. Ada yang malu sebab eina boleh mengalahkan ramai jejaka yang ingin lawan eina dalam PES12 iaitu game kegemaran eina yang boleh menghilangkan sunyi dan stress eina. Bila dah dapat game PES12, habis la, eina memang susah nak berhenti. Kalau ada bola sepak untuk perempuan di Malaysia ni, eina lah orang yang akan menyertainya. disebabkan bola sepak, eina tak boleh masuk, eina masuk HOKI (striker) dan FUTSAL (striker) dan pernah mewakili daerah. Hihihi. Jangan menilai orang dari luaran taw.
Einaangel sokong SPAINN!!!!!!

Wednesday, June 27, 2012

Shhh...Checklist si gadis untuk mencari MR RIGHT....

Assalamualaikum.. Hai semua..
Mesti semua jejaka di luar sana ingin tahu apakah agaknya ciri-ciri jejaka pilihan si gadis-gadis yang masih belum berpunya lagi kan? Si gadis boleh menjadi cerewet dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Cita rasa seseorang itu berbeza mengikut pilihan hati masing-masing. Buat lelaki yang di luar sana, mungkin anda boleh gunakan artikal ini sebagai panduan anda mengubah keperibadian anda untuk mendekati hati gadis pilihan hati anda agar hati si dia boleh anda takluki.




YAKIN PADA DIRI
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang perlu ada dalam diri seseorang lelaki tersebut. Sifat ini penting untuk menjadi pembimbing si gadis di masa akan datang. Buat si jejaka, cuba sentiasa berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara.


PANDAI MEMUJUK
Si jejaka perlu pandai memujuk hati si gadis. Walaupun nampak perkara ini seperti remeh, namun ia sesuatu perkara yang sangat penting kerana gadis yang manja perlukan lelaki membelai hati dan perasaannya.


BIJAK BERDANDAN
Lelaki juga haruslah pandai merawat dan memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit yang berminyak, luangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit lain timbul. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberikan tumpuan.


KELAKAR
Sifat kelakar jarang ada pada seseorang jejaka. Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar, tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja kerana ia akan menghiburkan hatinya dan membuatkan hidupnya tidak kesunyian dari gelak tawa.


ROMANTIK
Buat jejaka di luar sana, si gadis yang romantik memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mereka suka dipujuk, lelaki yang pandai mengambil hati, dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek menarik perhatian wanita.


KEWANGAN
Dalam keadaan semua harga barang naik kini, si gadis lebih memilih jejaka yang mempunyai taraf hidup tinggi dan kewangan yang kukuh. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti.






BIJAK
Si gadis sering mengimpikan bertemankan si jejaka yang mempunyai pendidikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kau mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya anda tampak berilmu.


SENSITIF
Setiap kali si dia bercakap, dengarlah dengan kusyuk sambil memandang bola mata hitamnya, malah kamu mungkin boleh berkata, "Saya memahami perasaan awak". Bagaimanapun janganlah pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai teman sudah pasti kamu perlu memberikannya sokongan.
Kepada jejaka-jejaka di luar sana, jom ikut petua ni untuk pikat hati si dia yang menjadi pilihan hati anda.. Yeay.. Einaangel doakan terbaik k! Goodluck!