Friday, June 8, 2012

3 Cara Untuk digelar Brilliant BFF..

Assalamualaikum.. Hai semua!! Yeay!!
Oops..lamanya eina tak menaip nii.. Hehe.. Hari ini, eina nak share satu benda yang eina rasa berguna untuk semua orang. Semua orang nakkan tittle 'kawan sejati' kan?? Ada ke orang yang nak ber'title'kan 'kawan makan kawan'?? Mesti tak ada kan. Eina nak share tips untuk jadi Brilliant BFF.. Wahh...


Di masa susah mahupun senang, kita kena bijak "tackle" hati teman baik kita agar persahabatan kita akan kekal erat. Ini petuanya:


SENTIASA BERKONGSI DAN BERTOLAK ANSUR
Jika kamu berdua tergila-gilakan pakaian yang sama fashionnya, beli sajalah. Tapi pastikan kamu set peraturan ini: Kalau nak pakai, mesti beritahu dulu supaya tak pakai pada waktu yang sama. Atau, apa kata kamu beli  skirt yang berlainan, jadi bolelah bertukar-tukar pakai. Kan comel tu...


BIAR DIA SENDIRI SEDAR YANG BF-NYA LOSER
Bermakna, tak payahlah kamu sibuk nak bercerita kepada temanmu jika tahu kekasihnya curang. Dan bila dia dah sedarinya, janganlah pula anda membebel panjang. Lebih baik kamu ajak dia keluar atau lepak di rumahmu sambil menonton DVD dengan sekotak tisu di sisi... Kemudian, "tadahlah" telinga kamu untuk mendengar luahan perasaannya.


SENTIASA SOKONG IDEANYA (walaupun anda rasa ianya merepek..hehe...)
Dia bercadang nak buka blog untuk cerita percintaannya dengan si dia dari A to Z? Jangan "pangkah" ideanya, sebaiknya cadangkan dia guna kreativiti yang dimiliki dengan menulis tentang perkara yang dia suka seperti hal kecantikan, fesyen terkini atau sebagainya. 


SESI TAMBAH KEINTIMAN
Ajak BFF luangkan masa bersama dari pagi ke malam untuk buat perkara disukai seperti bershopping atau ke spa.! Beriadah dengannya akan menambahkan keeratan hubungan anda dengan BFF anda..
Pesanan dari einaangel: Jom ramai-ramai mendapat gelaran Brilliant BFF.. hehe.. Peace!!

1 comment:

  1. Get Unlimited full movies directly on your computer TV or mobile - http://unlimited-full-movies.com
    If you want to watch premium movies from a variety of genres on your computer with NO monthly payments, NO extra hardware, and absolutely NO restrictions, then FullMovies is your best choice...
    What are the benefits of Full unlimited Movies?
    • 100% legal - not a p2p service
    • unlimited access for a one time fee - never again pay for each movie!
    • all-in-one membership - receive full access to massive movie database
    • user-friendly hassle free quick downloads
    • no additional hardware required - download and watch!
    Get instant access now and start watching unlimited full movies here:
    http://unlimited-full-movies.com

    ReplyDelete

Put your comment here!!