Tuesday, June 26, 2012

Bila Diri Rasa Sunyi...

Assalamualaikum.. Hai semua..
Mesti semua orang pernah rasa macam mana rasanya kesunyian kan?? Eina nak share sesuatu yang eina rasa sangat berguna. Seperti yang tersedia maklum, eina baru sahaja berstatuskan single. Memang sakit masa mula-mula putus, tapi bila banyak nasihat-nasihat yang eina terima, hati mula terubat sikit-sikit. Hari ini eina nak share pengalaman eina untuk atasi kesunyian bila mula-mula putus yang eina dah cuba dan ternyata berkesan sangat walaupun diakui tidaklah 100 peratus.




Antaranya ialah:


BERZIKIR
Sudah tersedia maklum di dalam al-quran, berzikir akan merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah SWT. Memang betul dan setiap kali eina dalam kesunyian, eina akan berzikir dan menyebut nama-nama Allah dan teryata terubat juga sakit di hati. Zikir memang dapat merawat hati yang luka. 


SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA LAIN
Cara sibukkan diri dengan kerja-kerja yang lain juga dapat membantu kita. Ia akan secara tidak langsung melupakan kita dengan sakit yang dialami. Sunyi yang dialami akan terus hilang kerana ia akan buat kita lupa dengan keadaan sekeliling kita. Bila dah letih, kita akan tidur. Maka hilanglah sunyi itu dibuai mimpi.


BERKOMUNITI DENGAN KAWAN-KAWAN
Hidup ni perlukan seseorang untuk kita bersembang, bergaul dan bersosial. Bersosial disini bukannya pergi ke kelab-kelab malam semua tu, tapi pergi ke tempa-tempat beriadah yang lain seperti bermain bowling, menonton wayang an sebagainya. Kawan-kawan tersangatlah kita perlukan kerana jika anda renungkan, kita jarang sekali dengar kes putus kawan...yang selalu dengar kebanyakannya putus cinta kan? Maknanya kawan tu lagi setia dengan kita jika dibandingkan dengan orang yang belum tentu lagi jadi milik kita. Jagalah hubungan dengan kawan-kawan kita. 


BERSOSIAL BERSAMA KELUARGA TERCINTA
Eina selalu diingatkan oleh mama tersayang, sayang mana pun seseorang tu pada kita, tak boleh lawan sayang ibu bapa kepada anak-anaknya. Sebesar mana pun salah anaknya, ibu bapa mesti memaafkan anak-anaknya kerana mereka itu darah daging mereka. Jika orang luar, yang belum tentu lagi milik kita, yang kita sanjungi dan bangga-banggakan itu, belum tentu lagi akan menerima kita sebagaimana ibu bapa kita menerima kita kan? Sunyi dapat dihilangkan dengan meluahkan perasaan dengan mama anda. Mama selalunya akan memahami perasaan anaknya. Eina akui cara ini amat sesuai dan mujarab digunakan untuk mereka yang kesunyian, yang baru sahaja berstatus single seperti eina.
Dulu, eina akan automatik menangis bila sunyi. Memang hati eina lembut sangat macam tisu kerana mudah terkoyak. Sunyi ibarat musuh kepada eina kerana sunyi membuatkan hati eina menjadi sebak. Tapi masalah ini telah dapat eina atasi dengan cara yang eina sharekan di atas. Eina tidak lagi kesunyian kerana ditemani kawan-kawan yang sangat supportive dan keluarga yang tercinta. Tak lupa juga kepada peminat-peminat NOTAHATI.COM yang sentiasa menyokong DOKTOR CINTAnya dan penyokong einaangel ini. 
Nasihat eina, sebelum kita menyayangi orang, berilah ruang untuk kita menyayangi diri kita kerana apa jua yang berlaku, hanya diri kita yang merasanya. Jangan terlalu mengharap pada cinta yang tak pasti hujungnya. Peace!! Yeay!

4 comments:

  1. naiiiiiissssssssssss story..hehhe..family love is the best..appreciate dats..before its too late...saye da xdapat sume 2...so tok saudara saudari xsalahkan ingatkan..hehe..sayang la mereka sepenuh ati...=)

    ReplyDelete
  2. sy sokong..sy pn sdg praktikkn mnde yg same..tnx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks semua sebab baca k.. Semua ni eina tengah praktikkan...eina share with u all.. Thanks sebab support k!!

      Delete
  3. segalanya semua ujian dari Allah swt..adakala kita terlupa dan lalai tntg urusan dgn Allah..so kembali pada jalannya..insyaallah cinta sejati akan ditemui atas keredhaan Allah..semua cara di atas mmg bagus utk menghilangkan kesunyian..:)

    ReplyDelete

Put your comment here!!