Friday, June 29, 2012

Kekasih PANAS BARAN??

Assalamualaikum.. Hai semua.. 
Panas baran merupakan satu sifat yang kita patut hindarkan dari diri kita sendiri. Panas baran merupakan sifat syaitan yang patut kita jauhi. Al-Quran sendiri ada menyatakan soal ini. Jika kita memang mempunyai keturunan yang semuanya panas-panas baran, kawallah sifat itu kerana ia akan mendatangkan banyak kemungkaran dari kebaikan.
Masalah seumpama ini sememangnya sering berlaku. Pada awal percintaan semuanya nampak indah sahaja tetapi apabila hubungan makin jauh, segala yang tersimpan selama ini mulalah terkeluar rahsia dan belang satu persatu. Walau bagaimanapun dalam soal ini segala keputusan terletak di tangan anda sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.



Andai anda tidak mampu lagi bersabar, jalan yang terbaik ialah mengundur diri dari cintanya. Biar anda mengambil keputusan sekarang daripada anda mengambil keputusan apabila ada sebarang ikatan yang sah. Orang yang panas baran ini kebiasaannya boleh dijinakkan oleh orang yang betul-betul disayanginya atau perkataan yang tepat adalah orang yang si dia cinta gila. 
Kalau anda sanggup dijadikan tempat kemarahannya, mungkin bukan kamu cinta gilanya. Biarkan dia mencari orang yang lebih sepadan dengannya dan anda pula mencari cinta yang lebih baik darinya untuk anda sendiri.
So, pesanan einaangel, jangan menyesal tak sudah. Fikir dulu sebelum membuat keputusan. Janlan hidup masih panjang dan jangan biarkan hidup anda dipenuhi dengan kesengsaraan dan dijadikan seperti binatang. Peace!! Yeay!!

3 comments:

  1. macam mana kalau sifat amarah yang datangnya dari perasaan cemburu?

    ReplyDelete
  2. Cemburu, cemburu jugak..tapi tak boleh lebih2..cemburu berlebihan yang buatkan panas baran..memukul bini sume uh.. Nak ke kne pukul dah kawen nanti?? Percaya pada si dia penting..hargai dia..

    ReplyDelete
  3. panas baran,biasanya kalau anda seorang yang panas baran, pasangan anda perlu yang sebaliknya krn tujuannya adalah utk meredakan pns baran anda. kalau dah dua2 panas baran. faham2 lah penyelesaiannya.

    ReplyDelete

Put your comment here!!