Friday, June 22, 2012

Seminggu berstatus SINGLE..

Assalamualaikum.... Hai semua!!
Mesti semua terkejut kan kenapa setelah lama menghilang..kini eina muncul kembali dengan membawa status single. Memang eina menuulis blog ni hanya untuk meluahkan isi hati eina. Eina hanya seorang insan biasa yang ingin rasa dihargai, disayangi, dicintai dan dibelai hatinya. Kenapa eina rasa susah sangat nak dapat insan yang betul-betul menghargai ketulusan cinta eina?  Hari ini tepat seminggu eina dengan si dia putus. Memang tak dinafikan hari-hari eina down bila teringatkan dia.




Mesti ada yang annoying kan bila eina post kata-kata hati eina dalam facebook dan twitter eina? Eina tahu. Eina tak ada siapa-siapa pun nak meluahkan perasaan sedih eina ni. Rasa terkejut dan rasa tak boleh terima kenyaaan yang eina dah terlepas cakap "jangan cari aku lagi", untuk merajuk bertukar menjadi satu pergaduhan besar. Eina tahu eina salah, eina dah lukakan hati dia juga. Ada puncanya yang menyebabkan eina mengeluarkan kata-kata tersebut. tapi bila eina fikirkan balik, mungkin eina bukan yang terbaik untuknya.




Memang hubungan kami tak lama. Kami bersama hanya untuk 2 bulan. Tapi setiap waktu kami bersama, eina hargai dengan sepenuh jiwa eina. Eina tahu mungkin salah eina terlalu cepat memberi sepenuh cinta eina pada seseorang, tapi salah ke eina beranggapan yang eina takkan putus dah kali ni.. Dia lah MR RIGHT eina. Mungkin betul cakap sesetengah orang, jangan terlalu mengharap kerana sekali jatuh dalam harapan, hati kita yang sakit dan terluka.


Hari-hari eina meratapi perpisahan kami. Eina bukan jenis perempuan yang senang bergantung pada pepatah, patah tumpuh hilang berganti. Bagi eina, sekali eina mencintai, hanya dia seorang lah yang kekal bertakhta di hati eina. Ramai cakap, eina cantik, ramai lelaki yang menunggu di luar. Saya bukan macam tu. Eina seorang pencinta lelaki yang setia. Jangan cakap eina terhegeh-hegeh pada dia, eina cuma berpegang pada janji-janji dan sumpah setia yang pernah dia buat dulu.




Pengajaran buat eina, jangan terlalu berharap pada cinta yang belum pasti cintanya sedalam cinta kita padanya. Eina manusia biasa yang penuh dengan dosa dan eina bukan nabi yang bebas dari segala godaan syaitan. Mungkin ini memang takdirnya eina berpisah dengannya. Eina pasrah denagn ketentuannya. Mungkin dia akan lebih bahagia disamping insan yang lebih sempurna untuknya.




Hati eina hancur bila eina terjumpa facebook ex nya hari ini..tepat seminggu kami putus. Cover facebooknya adalah gambar mereka berdua. Sudah bersama kembalikah mereka?? Sedangkan baru sahaja seminggu dia kami tiada hubungan lagi. Hanya kak Pija tahu segala sakitnya eina. Terima kasih kak Pija dan kawan-kawan facebook eina yang lain yang sentiasa support eina walaupun eina dalam keadaan terumbang ambing begini. Terima kasih kerana ikhlas berkawan dengan eina dan berkongsi segala suka duka bersama.




Peminat NOTAHATI.COM memberi gelaran pada eina sebagai DOKTOR CINTA notahati. Malangnya eian sendiri putus cinta dan tersangatlah heartbreak. Sorry ye peminat notahati..saya sendiri tak dapat kawal emosi saya yang terlalu mencintai dia.



Walaupun eina dah tahap macam ni, tapi eina tetap memaafkan dia dan berdoa agar dia kembali kerana eina pernah berjanji bahawa HAZIRUN lah cinta terakhirku.

22 comments:

  1. bersabarlah ye..insyaAllah ade hikmahnye tu..live must go on =)

    ReplyDelete
  2. ermmm....bkn nk kecikkan ht eina,tp sy rs laki tu poyo lah muka dia,especially tym bgambar..hahahahah...rbt pun plek je...;pp...anyway,i dont think u should be sad for ur breakup sbb after dat he's going back to his ex...really shows dat he's not the one for u n not a gud guy...hmmmmmm

    ReplyDelete
  3. awak, igt, hdup harus diteruskan, saye pon baru jew merasa ape yg awak rasa, memang agak menyakitkan, slalu trbayang2, tp prcayalah, orng yg meningalkan kita, adalah orng yg tidak penah hargai kita, its okie la awak, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor, mngkin dia bkan jodoh awak, tp insyallah, awak akan brtemu dgn yg lbh baik nanti.. :) chill out k.. :) sntiasa happy dismping famly n kawan2, insyallah nanti lpalah masalah tue.. :) anyway, follow my blogie ea.. callmekery@blogspot.com.. :)

    ReplyDelete
  4. relax k :D awk ley jmp yg more better :)

    ReplyDelete
  5. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Banyakkan bersabar ye...saya pon penah rasa apa yang awak rasa...mungkin lagi teruk kot..sebab kami da decide nak kahwin hujung tahun nie..macam2 janji yang dia bagi tapi last2 dia tinggalkan saya atas alasan keluarga..tapi seminggu lepas tue saya dapat tahu yang dia da ada gf baru n da nak tunang pon...huhu...

    tapi bila saya pikir balik mungkin saya bukan yang terbaik tuk dia dan dia juga bukan yang terbaik tuk saya. just remember yang kita still ada family n friends.. itu lagi penting..;) teruskan hidup mcm biasa..ambil masa sikit nak lupakan semuanya tapi hadapila semuanya dengan senyuman.... :)

    ReplyDelete
  7. hmm , jgn bersedih sbb nie . still byk perkara yg perlu difikirkan . mybe kamu se0rg pencinta yg setia . semua mnusia akan ckp cmtu bile bru clash . nk2 , kamu bru sminggu . 0ne day u'll realize . there is an0ther guy f0r u . put ur heart in the hands 0f Allah . everything c0mes f0r a reas0n . Allah kn0ws everything. :)

    ReplyDelete
  8. La, kisah admin notahati rupanye...

    ReplyDelete
  9. jangan sedih sangat gal... hidup masih panjang, cinta tu bukan segalanya. lelaki tu tinggalkan awak dan tak sampai seminggu dah bersama balik dgn ex dia. lelaki macam tu tak deserve cinta dari awak. awak deserve lelaki yang jauh lebih baik dan tahu menghargai awak. lupakan dia terus, tak payah tengok2 dah gambar dia. awak sedih2 pun dia ada kisah ke? seriously u deserve someone more better than him. semoga tabah.

    ReplyDelete
  10. Eina. ..

    Aku komen bkn nk lukakan hati kau. Tp kalo jodoh pasti time salah seorang marah. Seorang lg akan cool. Baru ada nikmat kasih sayang.

    Aku selalu bergaduh teruk ngan bf smpai maki. Bila masing2 dh cool. Ktorg akn bncg blik. Dan tak ulangi.

    Kalau 2 bulan dh boleh tnk terima. Lebih baik tggalkan aje la.

    ReplyDelete
  11. ^_^.. live must go on.. Ingatlah kekecewaan eina hari ini adalah kebahagiaan kepada jodoh eina akan datang..

    ReplyDelete
  12. hye adek akak :)

    sowkay jgn sedih2 da ok..ingat ape akak ckp,klau org da tanak kite pon da ta perlu menunggu,,,ina mude lagi,bnyk lagi yg ina kene tempuh..study,kerja..nnti da abes study jmpe org lain gak..tyme keje pon akan jumpe jugak.lagi yg da b'kerjaya...

    sooo,troskn idop ina as student dlu..love u! #hug

    ReplyDelete
  13. sabar ya ina...hidup umpama roda..adakala kita di atas ada kala kita di bawah...tak semua dalam hidup kita akan merasa bahagia saja tanpa ada pergaduhan..insyaallah..serahkan jodoh pada allah swt utk menentukan yg terbaik..perjalanan masih jauh lagi..bnyakkan bersabar ye..

    ReplyDelete
  14. Thanks kepada semua yang support eina dalam hal ni k... Thank u so much!!! Love u all!!

    ReplyDelete
  15. dun be said...la tahzan ya ukhti..ya saudari...sorry menyemak..even xkenal..hehe..xsalah berkongsi kan??hope so.btw..jangan sedey2...xelok..sangat sayang pada muslimah yang lemah..kerana sentiasa bersandar kepadaNYA....kan indah sangat idup ni...jangan sia2kan..sayang keluarga lagi best....xsalah berpasang2an...tapi lebih indah kalau halal...coz saye xdapt dah sume kasih sayang 2...sementara anda ader mase...gunakan sebaiknyer..alaika salam...jr..=)

    ReplyDelete
  16. sabarlahh...back to Allah way...sy pon penah rasa apa yg eina rasa skrg neh...same story...x sampai sebulan..dy dh letak in relationship ngn ex dy...hanya Allah je yg tau sedihnya mse uh...ramai yg kata sy anoying sbb terlalu bersedih...bru beberapa bulan lepas happy..tp dengan 1 ayat...sumenye bekecai...tp alhamdulillah...sekrg sumenye dh ok...mkin lama rse malu lak sbb penah nagis2 depan org n kwn2...huu...dekatkan diri ngn Allah...pasty akan rse tenang....bnykkn doa n mohon ampun ngn Allah...pegang kata2 neh...LET BYGONE BE BYGONE...thx for read...
    (sorry ye mengganggu...hanya ingin berkongsi pendapat dan cerita je)

    ReplyDelete
  17. dh bkn rezeki adik...d genggam sekuat mn0w skalipn lu di0 nk jatuh ia tetap akn jatuh...skrip p.ramlee..ad0 menyebut...begini..ini bknnye engkau y p0yo..tetapi ahmad albab y p0yoooooo......heheh..hari ini lbh baik drpd hari semalam..aslmkm..

    ReplyDelete
  18. doa , usaha , istiqamah , tawakal.kalo dia jodoh awak.in sha Allah akan bertemu juga.Jodoh rahsia Allah.Ingat!Allah yang mengawal hati setiap manusia.Allah nak bagi hidayah mengikut kehendak-Nya.Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah :)

    ReplyDelete
  19. bersabaralah ye eina.. mungkin Allah dah sediakan seseorang yang lebih baik utnuk eina.. jangan sedih2 dan meratapi kehilangan "manusia" itu.. u deserve better man .. =)

    ReplyDelete

Put your comment here!!