Wednesday, June 27, 2012

Shhh...Checklist si gadis untuk mencari MR RIGHT....

Assalamualaikum.. Hai semua..
Mesti semua jejaka di luar sana ingin tahu apakah agaknya ciri-ciri jejaka pilihan si gadis-gadis yang masih belum berpunya lagi kan? Si gadis boleh menjadi cerewet dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Cita rasa seseorang itu berbeza mengikut pilihan hati masing-masing. Buat lelaki yang di luar sana, mungkin anda boleh gunakan artikal ini sebagai panduan anda mengubah keperibadian anda untuk mendekati hati gadis pilihan hati anda agar hati si dia boleh anda takluki.




YAKIN PADA DIRI
Keyakinan diri adalah kualiti penting yang perlu ada dalam diri seseorang lelaki tersebut. Sifat ini penting untuk menjadi pembimbing si gadis di masa akan datang. Buat si jejaka, cuba sentiasa berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara.


PANDAI MEMUJUK
Si jejaka perlu pandai memujuk hati si gadis. Walaupun nampak perkara ini seperti remeh, namun ia sesuatu perkara yang sangat penting kerana gadis yang manja perlukan lelaki membelai hati dan perasaannya.


BIJAK BERDANDAN
Lelaki juga haruslah pandai merawat dan memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit yang berminyak, luangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit lain timbul. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberikan tumpuan.


KELAKAR
Sifat kelakar jarang ada pada seseorang jejaka. Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar, tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar buat lawak secara spontan dan bersahaja kerana ia akan menghiburkan hatinya dan membuatkan hidupnya tidak kesunyian dari gelak tawa.


ROMANTIK
Buat jejaka di luar sana, si gadis yang romantik memang tidak dapat dipisahkan lagi. Mereka suka dipujuk, lelaki yang pandai mengambil hati, dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek menarik perhatian wanita.


KEWANGAN
Dalam keadaan semua harga barang naik kini, si gadis lebih memilih jejaka yang mempunyai taraf hidup tinggi dan kewangan yang kukuh. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu anda menjadi kaya suatu hari nanti.






BIJAK
Si gadis sering mengimpikan bertemankan si jejaka yang mempunyai pendidikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kau mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya anda tampak berilmu.


SENSITIF
Setiap kali si dia bercakap, dengarlah dengan kusyuk sambil memandang bola mata hitamnya, malah kamu mungkin boleh berkata, "Saya memahami perasaan awak". Bagaimanapun janganlah pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai teman sudah pasti kamu perlu memberikannya sokongan.
Kepada jejaka-jejaka di luar sana, jom ikut petua ni untuk pikat hati si dia yang menjadi pilihan hati anda.. Yeay.. Einaangel doakan terbaik k! Goodluck!

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!