Follow by Email

Saturday, June 30, 2012

Terlanjur dengan kekasih..

Assalamualaikum.. Hai semua..
Satu perkara yanga amat dan paling berharga bagi setiap gadis adalah mahkota kewanitaannya. Oleh sebab itulah, jangan sesekali terlalu mudah untuk menyerahkannya pada lelaki yang tidak ada sebarang ikatan yang sah dan halal dengan kita. 


Namun sayangnya ada yang sanggup dan telah pun menyerahkannya pada lelaki yang bukan bergelar suami pada kita. Jadi, kepada yang telah pun terlanjur, sebelum keadaan menjadi bertambah parah, lebih baik anda kembali ke pangkal jalan. 

Sekarang anda takut diketahui oleh kedua belah pihak keluarga tetapi perlu eina ingatkan, takutkan pada tuhan, bukannya dengan sesama manusia. ibu bapa hanya mampu memarahi dan menghukum, tapi balasan di akhirat tu lagi perit dan pedih dari segala ukuman di dunia ini.
Apa yang dilakukan ini amatlah berdosa besar. Insaflah sebelum terlambat. Jangan terlalu percaya pada kata-kata lelaki. Kalau benar dia sayangkan anda, dia takkan mudah meminta anda menyerahkan diri anda tetapi apabila diajak berkahwin pelbagai alasan diberi. 
Eina harapkan anda fikir-fikirkanlah apa yang eina katakan ini. Percayalah masih belum terlambat anda kembali ke pangkal jalan dan carilah orang-orang yang boleh membantu anda untuk tinggalkan semua dosa-dosa yang anda telah lakukan.
Jom ikut nasihat einaangel ni k.. Hanya diri kita sendiri yang dapat membantu diri kita sendiri. Bukan orang lain. Jom berubah sebelum terlambat. Apa-apa pertanyaan, einaangel sedia memberikan nasihat. Gembira dapat menolong anda semua!! Yeay!! 

7 comments:

kaki bola said...

terlanjur ye. important things, jangan buang bayi. kesian kat anak tu, mak yang salah, anak yang jadi mangsa. ingat setiap masalah ada jln penyelesaiannya.

Anonymous said...

nice blog

.eypgonzales. said...

jadi wanita harus dijaga kesucian nya .. jadilah bunga di taman larangan yang susah kumbang ingin dekati .. :')

falling angel said...

Wah...betul2...

Gitaris Utama said...

gadis sekarang ramai yg lemah,sgt2 lemah dn mudah trsungkur di lembah hina....kembali semula kpd agama,kukuhkan iman,mnerima lelaki yg ingin mnjadikan anda isteri dn bkn kekasih..,wanita yg baik utk lelaki yg baik,didik diri mnjauhi segala prkara yg xpenting tu,xmati jika tiada kekasih/khilangan kekasih,khidupn harus di teruskan..jika kuat pegangan agama insya'allah selamat dunia & akhirat..

Jay said...

selagi hidup berlandaskan al-quran,sunnah dan hadith..insyaallah takkan tersasar dari penghidupan..Allah telah memberi kita senjata untuk menangkis hasutan Syaitan iaitu iman dan takwa..

Anonymous said...

nhkhk