Tuesday, July 3, 2012

Berstatus PUAN di kampus??

Assalamualaikum.. Hai semua!!

Einaangel nak kongsikan sesuatu yang eina rasa agak unik dan tidak asing lagi pada zaman sekarang. Si buah hati pengarang jantung dengan keluarganya telah datang untuk melamar anda? Siapa yang tidak suka?! Pasti anda adalah insan yang paling bahagia tatkala itu. Oopps!! Alamak! Tapi, anda masih lagi belajar dan menetap di kampus. Apa perlu buat ni??

KELEBIHAN...

BAHAN RUJUKAN
Jika di usia yang masih muda remaja, anda sudah pun sah menjadi milik sang arjuna dengan ikatan yang sah. Di kampus, pasti kamu akan menjadi bahan rujukan untuk teman-teman lain yang masih bersendirian (SINGLE) dalam memberikan nasihat, berkongsi pengalaman dan juga bertanyakan soalan.

DAMAI
Berbekalkan kilauan cincin di jari manis anda, jumlah lelaki lain yang mahu mengurat dan mengacau anda akan berkurangan. Bukan sahaja para jejaka di kampus tahu anda sudah berpunya, para pensyarah juga akan fokus mengajar tanpa mahu ambil kesempatan. apa yang pasti, mereka pasti akan silau mata melihat 'bling bling' di jari manis anda.

PENEMAN SETIA
Nama pun pasangan pengantin baru. Apa sahaja keperluan akan dipenuhi dan segala permintaan akan dituanaikan. Hal ini termasuklah soal keselamatan dan penjagaan anda. Dengan adanya suami tercinta di sisi, kamu tidak perlu lagi risau untuk mahu ke mana-mana kerana pasti ada peneman setia di sisi anda. Anda kini tidak perlu risau lagi untuk pulang perbincangan kumpulan pada tengah malam ataupun lapar pada waktu tengah malam. Sang suami pasti ada 24 jam untuk menjaga kamu.. How sweet...!

KEKURANGAN...

WAKTU SANTAI
Ketika di alam kampus, masa inilah ada di antara kamu yang baru nak belajar berdikari, belajar untuk mengenal perit jerih dunia serta belajar mengenal ragam manusia. Oleh itu, waktu santai banyak dihabiskan dengan teman-teman dan orang di sekeliling. Anda juga boleh namun, pasti perlu minta izin suami atau isteri terlebih dahulu. Kan susah pada waktu belajar, kamu harus memberikan komitmen kepada dua perkara. Jika diabaikan salah satu, pasti merana diri.

GOSIP LIAR
Kalau dah mulut tempayan, bolehlah ditutup dan kalau mulut manusia? Aduh! Pasti apabila kamu sudah berkahwin di usia remaja, ada mata yang tidak sedap memandang dan ada telinga yang tidak harus didengar. Gosip liar yang mengatakan bahawa kamu kahwin kerana sudah terlanjur atau married by accident? Malunya! Tetapkan iman anda bahawa anda kahwin kerana jodoh telah tiba. Orang yang mengata bukan faham dan anda perlu banyak bersabar dengan apa jua dugaan yang menimpa rumah tangga anda. Ingat! jangan sesekali tertekan kerana mulut orang hingga terabai pelajaran dan rumah tangga.

JANGAN MENGGATAL
Berstatus 'PUAN' akan membuatkan pergerakan anda sedikit terbatas. Jika dahulu anda cukup terkenal dengan gelaran 'HOT CHICK' dan sering bertukar pasangan ibarat menukar baju, kini tidak boleh lagi. Pergaulan dengan teman yang berlainan jantina juga akan terbatas apatah lagi jika ada yang cemburu buta nanti. Anda harus tahu membatasi pergaulan agar status 'hak milik orang' yang anda pegang itu tidak tercalar. Hmm...tak rasa susah ke tu??

Pesanan einaangel: Fikirlah betul-betul sebelum membuat sesuatu perkara. Jangan menyesal tak sudah jika masih belum bersedia untuk memegang komitmen yang besar sebagai pelajar, remaja dan isteri orang.

3 comments:

  1. macam bangang je entry

    ReplyDelete
  2. anonymous.kalau bangang jgn baca.ke,ko jeles dgn tuan blog ni??suka hati dialah nak tulis apepun.hak dia.berhambuslah ko cik anon yg hanya tahu mengutuk hasil entri org..

    ReplyDelete

Put your comment here!!