Assalamualaikum.. Hai semua..!!
Sebelum tu, nak tanya dulu ni, korang dah pergi belum Festival Bunga di Putrajaya?? Eina dah pergi minggu lepas. Sangat awesome! Eina sangat meminati bunga dan di sana, terlalu banyak pameran bunga yang ditunjukkan. Ada yang telah digubah dan ia bukanlah bunga plastik, tetapi bunga yang hidup. Banyak bunga yang susah untuk ditemui di Malaysia turut dipamerkan.
 |
Cantikkan bentuk bunga yang digubah menjadi bentuk hati.. romantik!! |
 |
Jurugambar dari korea suruh einaangel posing.. yeay!! |
Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia. Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Dengan lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas (FLORIA 2011), kembali dengan festival yang lebih menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati pengunjung. FLORIA 2012 mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga. Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik.
Bertemakan “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.
Eina sangat terpukau dengan keindahan bunga-bunga di situ dan permandangan di sana sangat menenangkan. Ramai pengunjung dari luar negara turut datang untuk memeriahkan festival tersebut. Jurugambar-jurugambar juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil gambar bunga yang tersangat cantik di sana.
 |
Antara gubahan bunga yang dipertandingkan.. |
 |
Dekorasi bunga yang dikelilingi cermin.. |
 |
Bentuk bunga menjadi bentuk bulan sangat menawan hati eina.. |
 |
wah..terasa dalam frame pulak.. |
 |
Gambar ni eina ambil semasa berada di kandang arnab.. hehe.. Arnab pun ada taw.. |
Anda berpeluang untuk memberi arnab makan dengan membayar 1 ringgit sahaja, anda akan diberikan masuk ke dalam kandang arnab dan memberi arnab tersebut makan.. Seronok sangat!
 |
Bunga ros merah jadi perempuan tengah menari pula.. |
Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni!
 |
Wau di belakang, nampakkan tema Malaysiaannya... |
Jom lah kita beramai-ramai memeriahkannya. Pasti anda tidak akan menyesal berkunjung ke festival tersebut kerana banyak aktiviti disediakan.
 |
Dikelilingi bunga...seronoknya.... Pintu gerbang kecik pulak.. adehh.. |
 |
Duduk kejap..letih laa.. hehe.. |
 |
Eina dengan camera.. Yeay!! |
Jom terjah sebelum terlambat!! Einaangel sudahh..anda?? Bila lagi?? Lalalala....yeay!! Peace! Masuk percuma!!
wahhhh!!cm best jerr ..
ReplyDeleteni jurugambar ke model?heh.
ReplyDeleteSudah pergi dan dapat membidik beberapa gambar bunga disana.
ReplyDeleteWow beautiful place ^^
ReplyDelete