Sunday, July 8, 2012

Kekasih Ajak Kahwin Lari??

Assalamualaikum... Hai semua..
Hari ini eina nak berkongsi dengan anda mengenai topik kita iaitu bercinta dengan warga asing.. Wahh..mesti pelik kan eina buat tajuk ni?? Sebenarnya artikal ini untuk menyelamatkan mereka yang kebanyakannya masih tidak matang atau mengambil mudah tentang perkara ini. Bercinta dengan warga asing dan ada mereka yang terlalu mengikutkan hati, sanggup mengikut sahaja permintaan si dia untuk kahwin lari.




Andai terlalu ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Berbaloikah anda meninggalkan orang tua yang selama ini menjaga anda hanya kerana seorang lelaki yang baru dikenali? Percayalah cinta kalau hilang pasti akan ada penggantinya. Namun ibu dan ayah tidak akan boleh dicari lagi. Sebaiknya anda fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum bertindak dan membuat keputusan. Jangan sampai tersalah membuat keputusan kerana ia mungkin akan merosakkan masa depan anda. 
Paling penting, jangan terlalu terpengaruh dengan janji-janji manis lelaki kerana manusia ini apabila dia inginkan sesuatu kata-kata yang akan terkeluar mestilah semuanya baik-baik sahaja. Belum tentu semua yang baik keluar dari mulut itu akan ditepatinya. Anda sendiri pernah melihat contoh gadis-gadis yang tertipu oleh warga asing. Jadi, janganlah terlalu cepat percaya. Sekiranya anda masih buntu, banyakkanlah berdoa agar Tuhan sentiasa menunjukkan jalan yang lurus untuk anda.




Nasihat einaangel: Sebelum membuat sesuatu keputusan, tolonglah berfikir untuk jangka masa yang panjang. Janganlah mudah percaya pada kata-kata insan yang belum menjadi milik kita. Sesungguhnya restu keluarga amat penting dalam perhubungan yang berkekalan dan bahagia hingga ke akhirnya.

1 comment:

  1. Ye betul..nasihat keluarga sgt pntg,,

    ReplyDelete

Put your comment here!!