Monday, July 2, 2012

Spain menjuarai EURO 2012

Assalamualaikum.. Hai semua..
Hari ni hari terakhir eina menaip pasal EURO 2012. Akhirnya setelah pelbagai propaganda dan gosip-gosip negatif tentang Spain yang telah menjadi buah mulut penyokong-penyokong negara yang berlainan telah membuktikan bahawa itu sama sekali tidak benar.
Walaupun eina agak letih, demam, tapi semangat untuk tengok bola pada pagi tadi memang kuat. Eina memakai baju Spain yang berwarna merah. Semangat tu penting. Eina berbalas-balas komen di facebook dan twitter dan ternyata kebanyakannya memilih Italy kerana corak permainannya yang dapat mengalahkan German tempoh hari.
Ramai yang cakap bahawa Spain bermain dengan membosankan dan Italy bermain lagi bagus darinya. Tetapi, dengan perlawanan akhir semalam, Italy langsung tidak diberikan peluang sama sekali dan Italy juga tidak dapat mengawal bola. Perlu diingatkan disini bahawa Spain sentiasa mengamalkan corak LOW PROFILE. 
Balotelli yang menjadi harapan penyokong Italy juga langsung tidak dapat beraksi dengan sempurna sebagaimana yang pernah dibuat semasa bermain dengan German. Balotelli yang masih muda, yang baru berusia 21 tahun masih mentah untuk mengalahkan Spain.

Torres dimasukkan pada akhir-akhir masa perlawanan merancakkan lagi permainan. 2 gol disumbatkan terus  tanpa membuang masa pada minit-minit yang agak lewat sejurus menjadikan Spain menang 4 berbalas 0 dengan Italy.


Semua cubaan gol pasukan italy dapat disekat oleh Casillas, iaitu penjaga gol terbaik dunia. Memang tabik spring pada dia. Casillas mempunyai skil yang tiada pada penjaga gol yang lain. beliau langsing tidak takut pada bola dan akan mempertahankan pintu gol itu supaya tidak diceroboh musuh. Sangat terpegun dengan kehebatan Casillas dalam mempetahankan Spain. Di sepanjang euro 2012 ni, hanya 1 gol dapat dibolosi oleh musuh.
Ramai penyokong Italy hambar dengan perlawanan kali ini. Harapan menjadi hambar dan wajah penyokong Italy terus berubah kerana terkejut dengan aksi sebenar disebalik LOW PROFILE pasukan Spain.

Eina tersangat seronok dan teruja dengan corak permainan pagi tadi. Cara Spain menggunakan taktik pass bola sesama pemain amat cekap. Eina memang minat bola dan sesiapa yang follow eina dari awal menggelarkan eina ratu bola. Walaupun eina meminati bunga, tapi eina juga meminati bola. 
Ramai yang berbalas twitter dan komen facebook dengan eina malam tadi kena bahan dengan eina. Hehe. Sorry ye kawan-kawan, eina semangat Spain pagi tadi. Memang dah agak yang Italy akan kalah kerana pemainnya ramai yang dah tua.

Kepada pasukan dan penyokong Italy, boooo!!!!!!!!!!!!!!!!! hehe.. Tak adelah.. Kalah menang adat pertandingan. Jangan nangis ye.

Kepada pemain dan penyokong Spain!! Horrraayyyyy!!!!!!!!!!!! Kita menang! (4-0) memang terbaik!! Mesti akan menjadi negara yang digeruni dalam perlawanan bola sepak selepas ini. Terbukti bahawa Spain lah RAJA BOLA seluruh negara!!

7 comments:

  1. CONGRATS spain :)
    walaupun sbnrnya geram spain dh kalahkan portugal harituee ~
    hehe

    ReplyDelete
  2. spain deserved to win based on their performance last nite..viva espana..phat sebagai fan italy rasa malu gak ngan game die org x mcm biasa

    ReplyDelete
  3. they control the game, they did good job by marking balotelli, as well as casillas did great save.

    congrats espana

    ReplyDelete
  4. Gila bola? Singgah la ke blog www.stylosport.com untuk lebih informasi tentang bola sepak.

    ReplyDelete

Put your comment here!!