Monday, July 9, 2012

Terimalah Si Dia Seadanya..

Assalamualaikum.. Hai semua!!
Kali ini eina akan menyentuh soal menerima kekuatan dan kelemahan insan tersayang yang ada di sekeliling kita. Cuba renungkan sejenak kata-kata motivasi ini dari blog einaangel ini.
Cintai dirinya seadanya dia,
Terima hatinya seadanya dia,
Kasih kelemahannya seadanya dia,
Sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya rasa dihargai, mampu menjadi insan yang lebih baik, malah boleh menerima anda seadanya serta mampu menjadi pasangan yang sempurna buat anda.
Semua orang mempunyai personaliti yang berbeza. Begitu juga kita. Bukan semua orang yang kita suka atau tidak suka mempunyai perasaan yang sama macam kita. Oleh itu, adalah sangat perlu untuk anda memahami bahawa cinta harus hadir dengan benih keikhlasan, kejujuran serta kematangan.




Pernah atau tidak anda terasa seperti si dia tidak memahami apa yang anda nyatakan, apa yang anda inginkan, apa yang anda cuba lakukan atau apa yang sebenarnya anda maksudkan? Percayalah si dia jua pernah merasai apa yang kamu rasai itu.




Masalah tidak akan selesai sekiranya anda tidak ada membuat sebarang usaha untuk cuba memahami perbezaan perangai yang ada kerana proses untuk menerima kelemahan orang lain mengambil sedikit masa. Adalah sangat perlu untuk anda membenarkan diri anda melihat sesuatu kekurangan itu sebagai satu kelebihan agar pasangan anda pula cuba belajar untuk melakukan perkara yang sama.




Bercinta ialah soal menerima seadanya pasangan kita dimana anda berdua tidak perlu mengungkit kekurangan pasangan semata-mata untuk memenangi sesebuah pertelingkahan yang langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah dalam hubungan anda. Percayalah... Hati mana yang tak terluka sekiranya kerap kali pasangan mencari kesalahan dan kesilapan kita sekali gus tidak mengendahkan segala perbuatan baik yang telah anda laksanakan selama ini.




Umpama seketul batu di bawah air terjun, lama-kelamaan akan lekuk juga apabila diasah bertalu-talu dengan air yang deras. Apatah lagi hati manusia yang terhasil daripada segumpal darah bila mana terluka berkali-kali bukan lagi meninggalkan parut tetapi menjadi nanah dan kudis yang berpanjangan dan sentiasa diingati.




Kepada perbaca remaja yang einaangel sayangi, anda harus memahami bahawa sekarang ini jiwa anda masih lagi hijau. Mata anda masih belu melihat kehidupan dalam erti kata sebenar dan minda anda masih belum cukup matang untuk menilai semua yang berlaku dalam hidup tanpa panduan yang betul. Anda harus belajar untuk bersikap lebih terbuka dalam menerima pendapat orang yang lebih tua serta berani bertanya apabila buntu dalam mencari penyelesaian dalam sesuatu masalah yang dihadapi.




Cinta sememangnya indah apabila tanpa ada sebarang masalah, namun tika dilanda ombak, anda akan terkapai-kapai bila mana pasangan yang anda cintai itu tidak belajar untuk bersama-sama menyelesaikan masalah. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, namun masih ramai juga manusia yang tidak langsung mahu mencuba ke arah kesempurnaan. 




Bercintalah dengan penuh keinginan untuk memperbaiki diri sendiri dahulu, sebelum mencuba untuk memperbaiki pasangan anda. Jangan mudah melenting apabila ditegur dan jangan mudah menjatuhkan air muka pasangan apabila menegur. Bercintalah dengan sabar dan tenang.




Pesanan einaangel: Akhir kata, salam CINTA dan SAYANG ikhlas dari einaangel untuk semua.. Bahagiakanlah pasangan kita sementara dia masih ada. Peace!! Yeay!!

6 comments:

  1. hurm...
    x de button like plak...
    hehehhe

    ReplyDelete
  2. salam kenal.. wahh ni ke artis baru yg hangat diperkatakan.. heheee

    ReplyDelete
  3. kalau ada masalah cari penyelesaian.bukan tuduh orang tu salah, or tunding jari kat org lain.jadilah manusia rasional.

    ReplyDelete
  4. : Saya bukan artis laa... heee...

    : Betul3..

    : Try it yeay!!

    : Like fanpage k.. Heee.. Sorry..

    ReplyDelete

Put your comment here!!