Tuesday, July 10, 2012

Tips untuk memikat hati IBU dan AYAH pasangan..

Assalamualaikum semua!! Hai...




Restu keluarga amatlah perlu untuk hubungan yang serius dan kekal lama. Justeru itu, anda hendaklah pandai untuk memikat, mengambil hati dan meyakinkan hati ibu bapa pasangan anda bahawa anda boleh menjaga, membahagiakan dan bersama dengan anak mereka sampai bila-bila. Ramai yang di luar sana rasa takut untuk berjumpa dengan ibu bapa pasangan mereka atas beberapa sebab


Antara sebab rasa takut untuk berjumpa keluarga pasangan:
1 TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI
2 TIDAK BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA ANAK ORANG
3 TAKUT TIDAK DISUKAI OLEH KELUARGA PASANGAN
4 MALU BERSEMUKA DENGAN KELUARGA PASANGAN
5 MASIH ADA PILIHAN LAIN


Restu ibu bapa sangatlah penting dalam hubungan. Jangan anda sia-siakan harapan orang tua anda dengan membelakangkan keluarga dengan adanya hubungan cinta anda. Restu ibu bapa perlu kerana merekalah yang membesarkan anda dan pasangan. Anda seharusnya berpegang pada prinsip ini:
"JIKA INGIN BERKAHWIN DENGAN ANAKNYA..HARUSLAH BERKAHWIN DENGAN KELUARGANYA SEKALI..."
Berkahwin dengan keluarga bukannya bermaksud bernikah dengan keluarganya sekali. Maksudnya, anda hendaklah meyakinkan keluarga si dia yang anda boleh menjaga anaknya seperti mana anda meyakinkan anaknya bahawa anda ingin berkahwin dengannya. 



TIPS YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENARIK MINAT IBU BAPA PASANGAN UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI MENANTU...


JIKA ANDA---->___________(ikut jantina anda)


LELAKI
1 Mengajak keluarga pasangan solat berjemaah beramai-ramai.
2 Sukarela menjadi imam semasa berjemaah dengan keluarga pasangan.
3 Tunjukkan anda ini seorang yang bertanggungjawab.
4 Teman ibu pasangan ke pasar.
5 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
6 Bila gaji, belanja ibu bapa pasangan makan di luar.
7 Belikan sesuatu untuk ibu bapa pasangan apabila OUTSTATION.
9 Tunjukkan bahawa anda ini seorang yang berpelajaran.
10 Ajak ibu bapa pasangan berkenalan dengan ibu bapa anda.


PEREMPUAN
1 Menutup aurat dan sopan apabila berjumpa dengan ibu bapa pasangan.
2 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
3 Tidak janggal bersembang dengan ibu pasangan dan menganggap ibu pasangan macam ibu sendiri.
4 Tunjukkan anda ini seorang yang berpelajaran dan bertanggungjawab.
5 Tidak sombong dengan ahli keluarga yang lain.
6 Amalkan senyum.
7 Tunjukkan yang anda mempunyai didikan agama.
8 Kongsikan minat anda bersama ahli keluarga pasangan.
9 Tunjukkan yang anda ini seorang yang penyayang budak-budak.
10 Buatkan ibu bapa pasangan gembira dengan anda.



Pesanan einaangel: Jom ikut tips ini. Yeay!!! Selepas anda berjumpa dengan ibu bapa pasangan anda, pasti hubungan anda akan makin terhias dengan restu mereka!! Peace!

7 comments:

  1. if belum ada pasangan? hehe gurau. follow sini :)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. takut siyh.. walaupun ley penuhi je syrt2 tu.. tpi ttp tkut.. boley tercbut lutut kalo jupe mak bf uh~

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni... simpan bile bertemu calon kelak...

    Mak aihh... membayangkan kegigilan bile bertemu bakal mak ngn pak mertua.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. hmm,yg pasal tunjuk kehebatan memasak tu, boleh ke tak kalau kita merendah diri,cakap yang kita tak la pandai masak,cuma tolong2 mak je kat dapur,tengok2 dia masak..bukan apa,tak nak la tunjuk hipokrit and berpura-pura..bukan tak belajar masak,tapi ketika diperkenalkan pada bakal mak mentua,skil tu belum cukup lagi..huhu..apa pendapat kawan2 semua?

    ReplyDelete
  5. What's up to every body, it's my first pay a quick visit of this website; this weblog includes awesome and
    actually good stuff in favor of readers.

    My web site; Dragons Rise of Berk Hack

    ReplyDelete
  6. eina... kite copy yek.. hihi ^_^

    ReplyDelete

Put your comment here!!