Friday, October 17, 2014

Masa kita dah makin singkat..

Asslamualaikum semua!! Yeayyhhh!! Lunch hour!!

Kejap je harini dah hari jumaat.. Kepada lelaki, jangan lupa tunaikan kewajipan ok!!
Kepada girl2, shhh!! Jangan jadikan masa ni untuk mengumpat ok!! Hehe...
Harini eina tak makan.. On DIET!! Hehe...


Harini eina nak share pasal MASA.. Humm.. Masa tak akan berulang kembali.. Masa yang kita ada pun bukan semakin banyak, tapi, makin sikit.. Makin dekat kita dengan kematian..


Teringat balik zaman budak2 dulu, happy je.. Tak ada masalah.. Eh?? Ada jugak masalah..masalah nak siapkan kerja sekolah n masalah bila nak tunjuk kat family keputusan EXAM!! Hehe... Tapi sebenarnya itu semua bukan masalah besar.. Kita tak payah nak buat keputusan sendiri.. Semuanya bergantung dengan family.. Fuhh..mewahnya.. Rasa macam BOS pulak kan?? Humm... Besarnya pengorbanan ibu bapa kita..



Masa remaja pulak, asyik HEARTBREAK... Sikit2 heartbreak.. 3 bulan lepas tu jumpa pakwe baru lagi... haha.. Tak ada duit, call family.. Family jugak lah yang supply duit.. Owhh... senangnya lah hidup kan??



Betul orang cakap, zaman belajar adalah zaman paling best.. Tak payah nak buat keputusan sendiri.. Semuanya ditanggung.. Rindunya... Hargailah setiap masa yang kita ada kerana semua tu tak akan dapat kita pusing balik..

Kadang2 terfikir, kita tak tahu bila hari terakhir kita di muka bumi ni.. Janganlah kita sakiti hati orang sekeliling kita dengan perangai kita.. Itu semua akan ditanya di akhirat nanti.. Uwh....tak takot ke?? Fitnah sana, fitnah sini... Kadang2 tengok macam menipu tu jadi macam amalan mulia pulak...tak langsung rasa bersalah bila tengok orang lain bahagia atas penipuan kita.. Apa semua ni??


Tapi tuhan tu adil..tuhan tak akan biarkan orang yang INNOCENT terus ditipu.. Lama2 terbongkar juga.. Masa dah terbongkar tu, jangan pula kita salahkan orang lain yang tak dapat memberi kepercayaan sepenuhnya lagi kepada kita..

Pernah tak kita terfikir, apa yang akan jadi pada kita masa kita tua nanti?? Mesti kita rindu zaman muda kita kan?? So, janganlah sia2kan zaman muda kita dengan perkara2 yang tak berfaedah dan hanya menyakitkan hati kita.. Jaga diri kita dulu.. Bukan nak SELFISH..tapi itulah hakikatnya.. Kalau bukan kita yang BACK UP diri kita sendiri, WHO ELSE??

Masa kita dah semakin singkat... Even ada diantara kawan2 kita pun dah pergi menghadap yang maha Esa.. Apatah lagi kita ni.. Sempatkah kita nak bertaubat sebelum kita pergi?? Stop JUDGING orang...fikir diri kita dulu...




Jangan sesekali cakap, KITA MUDA LAGI, LAMBAT LAGI NAK MATI... Tanya dia balik, dah isi form KUBUR ke?? Tanya dia, taw ke tarikh mati kita?? Semua orang pernah muda, cuma cara kita handle masa muda tu yang membezakan kita... Kan??

Fikir2kan lah..eina cuma mampu share apa yang eina rasa harini.. Ikutlah nak percaya ke tak ok!! Jangan sia2kan masa yang ada.. Happy ke arah tuhanmu...bukan Happy ke arah neraka jahanam..


Baik MEMAAFKAN dari meminta KEMAAFAN!! Bila teringat balik dosa lama..ya allah..ampunkanlah aku...

#psst: Heii!! Tak mau sedih2 lagi ok!! Gunakan masa dengan bahagia!! Hee... Dugaan akan tetap datang walupun kita tak isi form mintak dugaan tu datang.. Allah menguji kita.. Semua orang ada dugaan masing2.. Terpulang pada cara masing2... Insyaallah.. Eina doakan semua yang membaca ni HAPPY SELALU ok!! Amin... XOXOD

Thursday, October 16, 2014

Let yesterday be yesterday..

Assalamualaikum semua!!

Buat apa tu?? Eina macam biasa kat office.. Masa2 macam ni berharga sangat.. Meluahkan perasaan kat blog tu kehidupan eina yang lalu.. Tapi sekarang rasa macam nak praktikkan balik pulak!! Hee..



Hey!! KIta sedih semalam tak semestinya kita tak boleh happy harini ok!! Apa yang kita lalui sebelum ni, jadikan iktibar... Sakit kan rasanya?? So, elakkan.. Nak marah?? Urhh.!!
Sampai mana je pun nak marah?? Dah sah2 marah tu perangai THE SETAN.. Kan??


Humm... Be happy with your life!! Eina ni baru 21 tahun..dah macam2 eina lalui.. Tapi itu yang membuatkan kita lebih matang membuat keputusan.. Jangan biarkan apa tindakan kita tu menjadi VIRAL sepanjang kehidupan kita.. Tak takot ke kehidupan kita macam TAKOT DENGAN BAYANG2 sendiri?? Tak tenang...murung je... Urgghhhh..macam bangkai hidup..

Setiap hari kita melalui masalah dan keadaan yang berlainan kan?? Jalan kita hari2 pergi kerja or anywhere else, adakah hari2 kita akan jumpa kereta yang sama semuanya?? Tidak kan?? So, kita kena buka minda kita untuk sentiasa bersedia menghadapi apa jua masalah.



Keluarga?? Jangan sesekali abaikan.. Orang yang kita sayang?? Pastikan dia setia...
Kalau x?? No more!! No more!! Memang susah nak hadapi semuanya kalau tak ada kawan2.. Orang akan sentiasa mencari kesalahan kita.. No matter what kind we did to they. Rasanya kalau kita bagi emas permata pun kat dia, tak mungkin selamanya dia akan hargainya.. Lama2 lupa jugak kan?? 


Biarkan semalam berlalu... Lupakan semua yang membuatkan kita sedih.. Create the better life... Yeayyhhhh!!!!

#Psst: Biarkan apa orang nak cakap pasal kita... Jangan biarkan hidup kita dihantui LANGAU-LANGAU yang hanya akan ada bila hati kita sama2 busuk macam makanan LANGAU tu ok!! Hee.. Peace!!
Happy!!


Wednesday, October 15, 2014

Perlu ke jadi JUDGES murahan??

Assalamualaikum!! Hye semua!!

Apa khabar semua?? Perrhhh..rasa macam dah berhabuk pulak blog ni....
Jenuh deq na nak kemas balik.. Heeee... You all mesti pernah ada kawan2 yang selalu JUDGE kesalahan orang lain kan?? Sedangkan dia sendiri buat kesalahan tu... Yang peliknya, tak malu ke?? Hahahaha...


Eina ada kenal seseorang ni...selalu sangat cerita pasal orang lain.. Orang ni jahat laa..orang ni buruk laaa.... Tapi jarang eina dengar dia bercerita pasal kebaikan orang lain.. U allz rasa orang macam ni patut dikategorikan sebagai SYAITAN ke tak??
Suka tengok orang lain menangis dan sangat annoying bila orang bahagia.. Urhhh..



Sangat memalukan bila dia JUDGE orang tu macam orang tu hina sangat tapi sebenarnya dia pon pernah buat kesalahan yang sama malah lagi teruk adalah!! Tapi tak apa, ALLAH SWT tu maha besar dan adil, satu hari akan terbongkar juga semua belangnya.
Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Bukan nak doakan tapi itulah yang dirasai bila terkena pada diri sendiri.. Please remember, DOA ORANG YANG TERANIAYA NI MAKBUL.



Kita hanya tahu merancang, tapi hanya tuhan yang menentukan.. Bila kita JUDGE orang lain, sila pastikan diri tu ok dulu. Jangan macam bercakap dengan CERMIN.. Kita kalau nak berkawan, kita kena memilih..jangan tersalah pilih kawan, takot nanti terjebak pulak.. Takott!! Hee..





Anyway, eina dah ok!! Buat apa kita nak fikir pasal orang yang tak penting and xde harga diri macam tu?? Buang masa je.. Eina still ada ramai kawan2 yang selalu ada untuk eina masa eina sedih n happy!! That's my buddyz!! Ignore THE SETAN..! 


Kuatkan hati.. Semoga TUHAN membalas apa yang dia dah buat.. 
Jangan kita balas, kerana balasan tuhan itu lagi AWESOME...!! Percayalahh!!



#Psst: Sabarlah wahai hati... Tenangkan hati... Still senyum walau apa jua terjadi..
Penat nangis dah..!!
FRIENDDZZZZ!!! TQ FOR YOUR SUPPORT!! Love you all!! Nanti eina belanja coki2 ok!! hehe...



Friday, June 6, 2014

Terharu sangat!!!

Assalamualaikum..
Hye semua!!

Harini eina ALONE!!! Tak makan lagi sebab nak diet punya pasal. Aduh..ramai pulak yang nasihat NO NEED TO DIET BECAUSE DAH GORGEOUS.. I think this is PERLI.. Huu..

Tapi ada hikmah sangat-sangat bila eina rasa DOWN macam ni. Eina dapat menilai siapa kawan eina yang sebenarnya. Rasa terharu sangat bila dorang ni TAKE CARE sangat dengan eina. Walaupun eina tak keluar LUNCH dah, tapi dorang still takkan biarkan eina dalam kelaparan. 

Rasa kelakar tengok Sam bagi eina macam2 makanan untuk DIET.
Harini Lyn bagi sandwich untuk eina, siap warning, TOLONG MAKAN!! Lyn kalau WARNING memang menyeramkan..!!

Kalau eina xmakan, sam dan lyn belasah eina n tak nak kawan ngan eina lagi. Sorang bagi siku dan sorang lagi bagi kaki.
Uyooo!! Sweet sangat dorang ni.. Then dorang pergi makan kat luar..

Sebenarnya eina bukan xnak makan, cuma tekak rasa tak lalu dah nak makan.. Merajuk kot??Humm... Merajuk sebab badan dah naik..

Subra, my bos, siap merajuk ngan eina sebab eina tak nak share makanan dengan dia tadi sebab eina ON DIET... Haha..comel je merajuk walaupun muka GANGSTER!!

Dorang balik office, Sam belikan eina buah honeydew.. Uww.... Eina rasa terharu sangat..
My mama norli cuti harini.. Hummm... Semalam buat eina tersenyum sorang2 tengok gelagat mama norli yang berusaha ajak eina g makan KFC.. Hahaha.. Tak berjaya ponn!! Lyn also.. hahaha..

But, seriously Lyn, Sam n mama Norli is my BEST BUDDYZ IN THE WORLD....
Huu.....

#Psst: Nak cari kawan sejati, tengok siapa yang ada dikeliling kita masa kita tengah down.. Yeayyhhh!!! Love my buddyz very much!!!


Thursday, June 5, 2014

Mandikan dia.. Sexy sangat..

Baby ego
Baby wanna

Assalamualaikum!
Update lagi n lagi harini..

U all tengah buat apa? Harap tengah happy je ok! Hidup kena ceria..

Eina baru balik kerja...huhh! Penatnya..
Tengok je tajuk, mesti ramai ingat eina mandikan siapa la kann?
Hehe..
Mandikan dia yang dah mucuk acemm ni je, si baby ego..

Selalu post baby wanna je mandi..
Harini eina nak post baby ego mandi pulak.. Kesian dia, dah lama eina tak story pasal dia kat dunia sosial eina ni..

Sampai terlupa eina ada satu lagi baby yang eina sayang sangat..selalu teman eina mencari rezeki.. Baby wanna teman eina waktu nak pergi jalan2 je bersama supir tetap, encik tunangku tersayang..

Sangat sexy bila dia mandi..menawan sangat.. Dah la pink, berkilat je bila polish..
Baby wanna kat encik tunang..dia jagakan untuk eina..

Sebenarnya eina malas gila nak mandikan dia, tapi nampak macam kritikal je, mandikan jugak akhirnya.. Hahaha..
Kejam!

Kepada pengguna ego S, u all mesti taw bahayanya..
Tak boleh langsung brek dekat tempat berpasir, automatik tergelincir, eina banyak kali jugak nak jatuh walaupun dah jatuh 2 kali..
Semua sebab bawak laju n brek masa tengah corner berpasir..

Kesian baby ego calar2 dah..
Harap xkena lagi..amin!

Yang penting, start je motor, baca "bismillahitawakkaltualallah"..
Insyaallah allah lindungi kita..

#psst: Drive Safe ok!


Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Nak kurus balik!!!

Assalamualaikum..
Hai semua..

Harini eina rasa DOWN sangat bila tengok berat badan eina dah naik.

OMG OMG!!!!

Sakitnya hati bila eina selfie atau upload gambar sendiri kat dalam laman sosial ni, kebanyakan yang kenal eina dari dulu tinggalkan komen:

  • Pipi dah naik lah..
  • Eina dah makin sihat..
  • Bahagia lah tu, tu yang nampak CHUBBY..
  • Manis senyuman berlesung pipit kecik..
  • Eina dah GEMOK!!
Eina ni nama je kerja kat company yang supply GYM EQUIPMENT & Sparepart, tapi punya lah malas nak pergi main kat gym padahal FREE!!


Urhhhh...

Harini my BFF OFFICEMATE, Lyn, Sam dan Kak Norli pergi makan kat KFC, uwwhh...serius takde nafsu nak makan..
Nak kata merajuk?? Merajuk dengan siapa??? Dengan diri sendiri je sebenarnya..

Harini start DIET...

Tinggi: 163
Berat: 60 (Rasa nak menangis tengok berat eina ni)

Harap2 boleh jadi kurus balik macam dulu...
Amin..

Risau nak tarikh wedding nak dekat dahh!!!
Memang betul2 dugaan nak kawen..





Monday, April 28, 2014

Thank You Kak Norli!!

Assalamualaikum!! Hye you all!!

Harini eina nak UPDATE something yang buat eina tersenyum-senyum buat kerja kat OFFICE..
Hahaha..
Walaupun eina nampak macam orang gila yang nampak HAPPY semacam tapi itu lah reaksi eina bila dapat bunga.. Gila bunga seyhh!!

Happy sangat..

Awww...


Sweet sangat bila kak norli teringat juga kat eina bila sampai kat CAMERON HIGHLAND tuu..

Warna CREAM dan PINK pilihan kak Norli untuk eina... Ada simbolik atau tak pun tak tahu.

Lovely 10 roses!! Uwww... Atas meja kat office..

Kak Norli ialah PERSON yang eina ADORE sangat..

Dia lah OFFICEMATE..
Dia lah KAKAK..
Dia lah BOS..
Dia lah AUNTY..
Dia lah KAWAN & SAHABAT..

Hope dia sentiasa akan menjadi semua kat atas SELAMANYA..
Amin.

Sam memang suka cari pasal untuk jealouskan encik tunang..

Thank You for the VERY-VERY lovely ROSE!!

Dapat 10 kuntum woooaaahhh!! Yeayyhhh!!


One Department

#friendship
#einamemanghantubunga
#muah-muah

#psst: Encik tunang, jangan fikir lain ok!! Tak ada lelaki lain selain u dalam hati i..
hehe..

Thursday, February 13, 2014

Berpangkat di DUNIA tak semestinya berpangkat di AKHIRAT..

Assalamualaikum... Hye semua!!

Harini eina nak share SOMETHING yang eina nak JUDGE sikit..


Pangkat bukan ukuran untuk menjadi SOMBONG..

DALAM NOVEL: MR ARROGANT.. (Ni semua sebab drama yang membuat panggilan MR ARROGANT ni jadi SWEET pulak.. Padahal....nauzubillah.. Maksud panggilan dalam BM (ENCIK SOMBONG)).. Haha..

Nak dapatkan pangkat dan status yang tinggi bukannya senang sebenarnya.. 
Kalau nak dikira, berbaldi-baldi peluh menitis, bertahun-tahun masa diambil, baru lah dapat pangkat tinggi daripada bos, tapi tu untuk yang makan gaji lah.



Bagi yang bekerja sendiri pun sama, bukannya mudah bila berpangkat tinggi ni, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh untuk SURVIVE dalam bisnes..





Ramai yang riak dan sombong bila dah berpangkat, tapi bukan semua..

Tahu tak tuhan nak uji kita dengan pangkat yang kita ada, tapi kita tak perasan, gelap mata la kononnya, terasa diri ni berpengaruh, boleh buat keputusan sesuka hati bapak tiri belah mak laki dia. 


Bila dalam kesusahan, baru la nak berbaik-baik dengan yang berpangkat rendah daripada beliau, untuk minta tolong itu dan ini.. 


Jangan terkejut bila tak ada orang nak sempurnakan jenazah kau bila mati nanti bila dah menyombong sangat masa hidup..

Sebenarnya orang yang berpangkat ni lagi bermasalah dari yang biasa-biasa.. 

Tapi jangan jadikan itu alasan untuk menyombong.. 




Apa lah salahnya berbuat baik dengan orang sekeliling, maniskan senyuman dengan orang sekeliling. Bukannya terjejas pangkat tu kalau merendah diri dantak sombong.
Sikit imej pun tak luak, pangkat pun tak terjejas..ORANG LAGI RESPECT ADALAHH!!
Kann??


Sehebat mana pun kita di dunia, kain putih akan membalut badan kita, dan di dalam kubur juga tempat kita nanti..

Semoga kita ditempatkan dikalangan orang yang berjaya hidup di dunia dan di akhirat..
AMIN..

Pesanan einaangel: #Psssttt... Orang kaya terkejut je yang menyombong nii... hehe..
Orang yang sombong ni CEPAT NAIK n CEPAT TURUN.. Trust me!! #mintajauh

Friday, February 7, 2014

Kita jumpa depan-depan di akhirat nanti bila dah puas bercakap belakang di dunia ye..

Assalamualaikum..
Hai semua..!!
Sihat???


Harini eina nak GOSSIP sikit...
Dah banyak sangat kes ni berlaku..
Bukan dikalangan keluarga dan kawan-kawan je, kat office pun ada.



Kalau dah tahu tak puas hati tu, cakap je lah depan-depan..
Tak payah nak burukkan orang belakang-belakang lepas tu bila jumpa depan-depan..
Wahh...bukan main lagi..
Sangat kesian dengan golongan sebegini..


Tak Puas Hati : Jangan Cakap Belakang!!!


Umpama daging yang berulat
Perumpamaan memakan daging busuk serta menggunting lidah sendiri ini sebenarnya diambil dari kisah benar perjalanan Rasulullah semasa Baginda melakukan mikraj ke sidratul muntaha sewaktu kisah 'israk & mikraj'..




Antara perkara yang Rasulullah dapat saksikan;
"Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."

Cakap belakang adalah antara perkara terkutuk. (ada yang berani mengelarkan dirinya sebagai hamba Allah, dengan cara untuk memperli dan mencaci orang dari belakang. Tak malu ke??).. 

Sebenarnya, cakap belakang timbul kesan daripada ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Bila hati tak puas, mulalah jiwa tu meronta nak menjatuhkan orang lain yang dah berjaya.



Kes ini juga akan berterusan sampai kiamat dan mereka yang suka cakap belakang ini tidak akan berhenti mengutuk sampailah satu saat orang yang dikutuk itu mengalah kepadanya.




Hanya hati manusia yang kotor lagi hina sahaja yang akan sanggup melakukan perkara ini dan hanya hati seorang manusia yang tidak jujur dan sahaja yang sanggup untuk cakap-cakap belakang.




So, bila kita berdepan dengan orang-orang sebegini, kita wajib:


1. menasihati beliau agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
2. keluar dari perbincangan.
3. menjauhkan diri.

Dan ada satu jalan yang sangat berkesan yang patut kita buat untuk orang macam ni, doakan mudah-mudahan dia itu 'kembali' ke jalan yang lurus. 

Amin...



#pssstt!!
Pesanan eina untuk u all: 

Pernah rasa kosong dengan cacian belakang..?

Jangan DOWN..Just ignore what people say to ourself..Just move on and never look back anymore!!Be strong...tabahkan diri.. JANGAN BALAS!Yakin yang ALLAH itu ada dan akan balas CASH pada dia..Amin..Dosa pada manusia takkan terhapus selagi tak dimaafkan..So, please BEWARE.. 
Maafkan saya kalau saya ada buat salah ye...
Semoga kita dijauhkan dari FITNAH dan API NERAKA.. Amin.. ;-)

Wednesday, February 5, 2014

Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013.. (BAHAGIAN 2)

Sambungan.....

Eina bersama mama tercinta dan bakal ibu mertuaku.. hehe..

Weee....dah ada dua mama la pulak.. hehe..

With makcik kesayangan yang dah banyak tolong eina dari majlis merisik lagi.. LOVE U.. hee..
Terharu sangat bila ramai sangat saudara yang datang untuk memeriahkan suasana majlis pertunangan eina dengan si dia..


Rombongan dari ampang+johor sampai..
Wuuu...encik tunang hilang... MENYOROK dalam SEMAK mungkin?? hehe..

Ini bukan kakak-kakak ye..Ini semua pangkat makcik2.. Sweet je kan? hehe..

Cucu2 nenek nab... hehehe.. happening sangat kan..

Yang kat belakang tu nama dia, NASYRAH..
My bestyyy!! Bestfriend dari darjah 2 n forever! hee.. Dia pengapit eina nanti..
Terharu sangat dia tidur rumah eina untuk teman persediaan majlis pertunangan eina dengan si baju PURPLE tu.. hee..
Terima kasih bebehhh!!!
Eina with makcik-makcik GOJES!!
Eina & Syazwan & Hantaran 5 berbalas 7..

My lovely cousin, Tyra... She's NEXT!!
Eina bawak kawan lelaki... Si dia bawak kawan perempuan.. Hehe... Tak dirancang sebenarnya.. hehe..
Suasana di majlis pertunangan...


Eina dengan Encik Syazwan bin Ahmad..
Sorry..gambar tak boleh dekat2..so, CROP jelahh..
hehe..

Hehehe..suka dapat makan dulu.. Eina yang berdebar je kat dalam..

#pss: hee.. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami untuk mendirikan masjid ye.. Amin..

PESANAN: JODOH, AJAL MAUT hanya di tangan tuhan.. Jangan sesekali mempersoalkannya kerana itu semua urusan ALLAH SWT.. Tugas kita hanya berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.. Amin....