Thursday, February 13, 2014

Berpangkat di DUNIA tak semestinya berpangkat di AKHIRAT..

Assalamualaikum... Hye semua!!

Harini eina nak share SOMETHING yang eina nak JUDGE sikit..


Pangkat bukan ukuran untuk menjadi SOMBONG..

DALAM NOVEL: MR ARROGANT.. (Ni semua sebab drama yang membuat panggilan MR ARROGANT ni jadi SWEET pulak.. Padahal....nauzubillah.. Maksud panggilan dalam BM (ENCIK SOMBONG)).. Haha..

Nak dapatkan pangkat dan status yang tinggi bukannya senang sebenarnya.. 
Kalau nak dikira, berbaldi-baldi peluh menitis, bertahun-tahun masa diambil, baru lah dapat pangkat tinggi daripada bos, tapi tu untuk yang makan gaji lah.



Bagi yang bekerja sendiri pun sama, bukannya mudah bila berpangkat tinggi ni, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh untuk SURVIVE dalam bisnes..





Ramai yang riak dan sombong bila dah berpangkat, tapi bukan semua..

Tahu tak tuhan nak uji kita dengan pangkat yang kita ada, tapi kita tak perasan, gelap mata la kononnya, terasa diri ni berpengaruh, boleh buat keputusan sesuka hati bapak tiri belah mak laki dia. 


Bila dalam kesusahan, baru la nak berbaik-baik dengan yang berpangkat rendah daripada beliau, untuk minta tolong itu dan ini.. 


Jangan terkejut bila tak ada orang nak sempurnakan jenazah kau bila mati nanti bila dah menyombong sangat masa hidup..

Sebenarnya orang yang berpangkat ni lagi bermasalah dari yang biasa-biasa.. 

Tapi jangan jadikan itu alasan untuk menyombong.. 




Apa lah salahnya berbuat baik dengan orang sekeliling, maniskan senyuman dengan orang sekeliling. Bukannya terjejas pangkat tu kalau merendah diri dantak sombong.
Sikit imej pun tak luak, pangkat pun tak terjejas..ORANG LAGI RESPECT ADALAHH!!
Kann??


Sehebat mana pun kita di dunia, kain putih akan membalut badan kita, dan di dalam kubur juga tempat kita nanti..

Semoga kita ditempatkan dikalangan orang yang berjaya hidup di dunia dan di akhirat..
AMIN..

Pesanan einaangel: #Psssttt... Orang kaya terkejut je yang menyombong nii... hehe..
Orang yang sombong ni CEPAT NAIK n CEPAT TURUN.. Trust me!! #mintajauh

Friday, February 7, 2014

Kita jumpa depan-depan di akhirat nanti bila dah puas bercakap belakang di dunia ye..

Assalamualaikum..
Hai semua..!!
Sihat???


Harini eina nak GOSSIP sikit...
Dah banyak sangat kes ni berlaku..
Bukan dikalangan keluarga dan kawan-kawan je, kat office pun ada.



Kalau dah tahu tak puas hati tu, cakap je lah depan-depan..
Tak payah nak burukkan orang belakang-belakang lepas tu bila jumpa depan-depan..
Wahh...bukan main lagi..
Sangat kesian dengan golongan sebegini..


Tak Puas Hati : Jangan Cakap Belakang!!!


Umpama daging yang berulat
Perumpamaan memakan daging busuk serta menggunting lidah sendiri ini sebenarnya diambil dari kisah benar perjalanan Rasulullah semasa Baginda melakukan mikraj ke sidratul muntaha sewaktu kisah 'israk & mikraj'..




Antara perkara yang Rasulullah dapat saksikan;
"Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."

Cakap belakang adalah antara perkara terkutuk. (ada yang berani mengelarkan dirinya sebagai hamba Allah, dengan cara untuk memperli dan mencaci orang dari belakang. Tak malu ke??).. 

Sebenarnya, cakap belakang timbul kesan daripada ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Bila hati tak puas, mulalah jiwa tu meronta nak menjatuhkan orang lain yang dah berjaya.



Kes ini juga akan berterusan sampai kiamat dan mereka yang suka cakap belakang ini tidak akan berhenti mengutuk sampailah satu saat orang yang dikutuk itu mengalah kepadanya.




Hanya hati manusia yang kotor lagi hina sahaja yang akan sanggup melakukan perkara ini dan hanya hati seorang manusia yang tidak jujur dan sahaja yang sanggup untuk cakap-cakap belakang.




So, bila kita berdepan dengan orang-orang sebegini, kita wajib:


1. menasihati beliau agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
2. keluar dari perbincangan.
3. menjauhkan diri.

Dan ada satu jalan yang sangat berkesan yang patut kita buat untuk orang macam ni, doakan mudah-mudahan dia itu 'kembali' ke jalan yang lurus. 

Amin...



#pssstt!!
Pesanan eina untuk u all: 

Pernah rasa kosong dengan cacian belakang..?

Jangan DOWN..Just ignore what people say to ourself..Just move on and never look back anymore!!Be strong...tabahkan diri.. JANGAN BALAS!Yakin yang ALLAH itu ada dan akan balas CASH pada dia..Amin..Dosa pada manusia takkan terhapus selagi tak dimaafkan..So, please BEWARE.. 
Maafkan saya kalau saya ada buat salah ye...
Semoga kita dijauhkan dari FITNAH dan API NERAKA.. Amin.. ;-)

Wednesday, February 5, 2014

Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013.. (BAHAGIAN 2)

Sambungan.....

Eina bersama mama tercinta dan bakal ibu mertuaku.. hehe..

Weee....dah ada dua mama la pulak.. hehe..

With makcik kesayangan yang dah banyak tolong eina dari majlis merisik lagi.. LOVE U.. hee..
Terharu sangat bila ramai sangat saudara yang datang untuk memeriahkan suasana majlis pertunangan eina dengan si dia..


Rombongan dari ampang+johor sampai..
Wuuu...encik tunang hilang... MENYOROK dalam SEMAK mungkin?? hehe..

Ini bukan kakak-kakak ye..Ini semua pangkat makcik2.. Sweet je kan? hehe..

Cucu2 nenek nab... hehehe.. happening sangat kan..

Yang kat belakang tu nama dia, NASYRAH..
My bestyyy!! Bestfriend dari darjah 2 n forever! hee.. Dia pengapit eina nanti..
Terharu sangat dia tidur rumah eina untuk teman persediaan majlis pertunangan eina dengan si baju PURPLE tu.. hee..
Terima kasih bebehhh!!!
Eina with makcik-makcik GOJES!!
Eina & Syazwan & Hantaran 5 berbalas 7..

My lovely cousin, Tyra... She's NEXT!!
Eina bawak kawan lelaki... Si dia bawak kawan perempuan.. Hehe... Tak dirancang sebenarnya.. hehe..
Suasana di majlis pertunangan...


Eina dengan Encik Syazwan bin Ahmad..
Sorry..gambar tak boleh dekat2..so, CROP jelahh..
hehe..

Hehehe..suka dapat makan dulu.. Eina yang berdebar je kat dalam..

#pss: hee.. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami untuk mendirikan masjid ye.. Amin..

PESANAN: JODOH, AJAL MAUT hanya di tangan tuhan.. Jangan sesekali mempersoalkannya kerana itu semua urusan ALLAH SWT.. Tugas kita hanya berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.. Amin....


Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013.. (BAHAGIAN 1)


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!
Hye!!
Alhamdulillah..eina sudah pun menjadi tunang orang pada 22 disember 2013..
Tarikh tu sangat bermakna sebab 23 disember tu tarikh birthday eina..


Cincin tunang

Macam-macam eina dah lalui, sebabkan terlalu setia, akhirnya putus di tengah jalan..
Dengan alasan yang tak masuk akal pun ada..

Disebabkan dah penat dengan semua tu, eina ambil keputusan untuk terus SINGLE sampai ada seseorang yang nak IN SERIOUS RELATIONSHIP dengan eina..

Teringat lagi syarat untuk eina jadi kekasih dia..


"MASUK MEMINANG TERUS..TAK NAK COUPLE!!"

Tapi masa tu tak taw pulak yang dia betul-betul nak buat!! Heee... Heartless punya pasal boleh buat statement yang macam tu..

Dia memang seorang yang gentleman..terus propose dan bawa jumpa keluarga..
Dia salah seorang FOLLOWER dan PEMINAT blog eina yang selalu komen blog, page, twitter dan FB..tapi sekali pun eina tak balas.. Annoying je dengan dia ni.. Semua benda dia LIKE.. Kelakar kan??
Maklumlah..taste eina macam HARITH ISKANDAR..tak nak pun yang kurus-kurus tinggi ni.. 
Yang botak n rendah.. (RARE)
Hehe..

Ciri Jejaka Idaman

Betul orang tua cakap, apa yang kita TAK NAK tu yang akan jadi dengan kita..

Sangat meriah kenduri PERTUNANGAN eina..semua keluarga turun..
Bak kata mama CUCU SULUNG KELUARGA..hehe..

Perasaan nak sarung cincin bersaksikan keluarga tu memang mendebarkan..belum nikah lagi tu.. Hee.. Ada sorang je makcik eina yang nampak eina menggigil masa tu.. hehe.. Malu je.. 

Bilik eina dihiasi dengan bunga rampai dan banyak TEDDY BEAR..
hehe..saja je..bukan sarung cincin dalam bilik ponn.. hehe..


Muka EXCITED + NERVOUS (malam sebelum majlis)


Suasana ketika SARUNG CINCIN oleh bakal mak si dia..

No pelamin..!!
Lantak la orang nak cakap apa kan.
Memang tak nak pecah tradisi adat keluarga.. Adat bertunang sebenar mana ada pelamin2 ni.. Membazir kot.. Baik prepare untuk kawen pulak kan.. Pendapat eina la..


Uwww...tak perasan eina salam sebelah tangan je.. Nampak tak keNERVOUSan eina di situu.. hee..

Heee...
Angan2 nak BERCINTA SELEPAS NIKAH..tahun 2014..
Harap dipermudahkan..
Amin..

BERSAMBUNG
Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013 (Bahagian 2)
.............................SUASANA MAJLIS PERTUNANGAN di BAHAGIAN 2..........................



Cara Nak Atasi Masalah RESDUNG dengan mudah.

Assalamualaikum semua!!
Hye!!


Eina is BACK!!

Hee..

Hari ni eina nak UPDATE satu TIPS yang eina rasa best untuk dikongsikan..
Siapa ada resdung??
Semua orang ada sebenarnya.
Yang membezakannya hanyalah ADAKAH RESDUNG ITU BANYAK ATAUPUN SIKIT..


Rimasnya bila dalam keadaan macam ni kan??


Sebenarnya petua ni dah diamalkan oleh orang tua-tua dulu..
Tapi disebabkan peredaran zaman, manusia semakin moden dan lupa dengan cara ini..

Ni cara-caranya..

PETUA MEGUBATI RESDUNG
Bahan 
1.Limau nipis 8 biji. 
2.Daun pandan 10 helai.
Cara-cara. 
Hiris daun pandan halus mcm bunga rampai.. 
Perah limau nipis tadi.. 
Gaulkan smpai sebati..
Satu sebatian akan terbentuk.. 
Sapu pada muka.. 
Kalau bersesuaian, tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. 
Paling bnyk akan keluar ikut kening. 
InshaaAllah ramai yg elok lepas tu.. 
Buat 3 kali seminggu.. 
Elok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. 

Campuran lebih boleh disimpan dlm peti ais..tapi yg masih baru lebih efektif.

Hasilnya..memang nampak geli tapi inilah hakikatnya... eeywww..

SELAMAT MENCUBA!!
Yeayyhh!!! 
Weee...
JEMPUT SHARE ok..