Thursday, February 13, 2014

Berpangkat di DUNIA tak semestinya berpangkat di AKHIRAT..

Assalamualaikum... Hye semua!!

Harini eina nak share SOMETHING yang eina nak JUDGE sikit..


Pangkat bukan ukuran untuk menjadi SOMBONG..

DALAM NOVEL: MR ARROGANT.. (Ni semua sebab drama yang membuat panggilan MR ARROGANT ni jadi SWEET pulak.. Padahal....nauzubillah.. Maksud panggilan dalam BM (ENCIK SOMBONG)).. Haha..

Nak dapatkan pangkat dan status yang tinggi bukannya senang sebenarnya.. 
Kalau nak dikira, berbaldi-baldi peluh menitis, bertahun-tahun masa diambil, baru lah dapat pangkat tinggi daripada bos, tapi tu untuk yang makan gaji lah.



Bagi yang bekerja sendiri pun sama, bukannya mudah bila berpangkat tinggi ni, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh untuk SURVIVE dalam bisnes..





Ramai yang riak dan sombong bila dah berpangkat, tapi bukan semua..

Tahu tak tuhan nak uji kita dengan pangkat yang kita ada, tapi kita tak perasan, gelap mata la kononnya, terasa diri ni berpengaruh, boleh buat keputusan sesuka hati bapak tiri belah mak laki dia. 


Bila dalam kesusahan, baru la nak berbaik-baik dengan yang berpangkat rendah daripada beliau, untuk minta tolong itu dan ini.. 


Jangan terkejut bila tak ada orang nak sempurnakan jenazah kau bila mati nanti bila dah menyombong sangat masa hidup..

Sebenarnya orang yang berpangkat ni lagi bermasalah dari yang biasa-biasa.. 

Tapi jangan jadikan itu alasan untuk menyombong.. 




Apa lah salahnya berbuat baik dengan orang sekeliling, maniskan senyuman dengan orang sekeliling. Bukannya terjejas pangkat tu kalau merendah diri dantak sombong.
Sikit imej pun tak luak, pangkat pun tak terjejas..ORANG LAGI RESPECT ADALAHH!!
Kann??


Sehebat mana pun kita di dunia, kain putih akan membalut badan kita, dan di dalam kubur juga tempat kita nanti..

Semoga kita ditempatkan dikalangan orang yang berjaya hidup di dunia dan di akhirat..
AMIN..

Pesanan einaangel: #Psssttt... Orang kaya terkejut je yang menyombong nii... hehe..
Orang yang sombong ni CEPAT NAIK n CEPAT TURUN.. Trust me!! #mintajauh

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!