Wednesday, February 5, 2014

Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013.. (BAHAGIAN 1)


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!
Hye!!
Alhamdulillah..eina sudah pun menjadi tunang orang pada 22 disember 2013..
Tarikh tu sangat bermakna sebab 23 disember tu tarikh birthday eina..


Cincin tunang

Macam-macam eina dah lalui, sebabkan terlalu setia, akhirnya putus di tengah jalan..
Dengan alasan yang tak masuk akal pun ada..

Disebabkan dah penat dengan semua tu, eina ambil keputusan untuk terus SINGLE sampai ada seseorang yang nak IN SERIOUS RELATIONSHIP dengan eina..

Teringat lagi syarat untuk eina jadi kekasih dia..


"MASUK MEMINANG TERUS..TAK NAK COUPLE!!"

Tapi masa tu tak taw pulak yang dia betul-betul nak buat!! Heee... Heartless punya pasal boleh buat statement yang macam tu..

Dia memang seorang yang gentleman..terus propose dan bawa jumpa keluarga..
Dia salah seorang FOLLOWER dan PEMINAT blog eina yang selalu komen blog, page, twitter dan FB..tapi sekali pun eina tak balas.. Annoying je dengan dia ni.. Semua benda dia LIKE.. Kelakar kan??
Maklumlah..taste eina macam HARITH ISKANDAR..tak nak pun yang kurus-kurus tinggi ni.. 
Yang botak n rendah.. (RARE)
Hehe..

Ciri Jejaka Idaman

Betul orang tua cakap, apa yang kita TAK NAK tu yang akan jadi dengan kita..

Sangat meriah kenduri PERTUNANGAN eina..semua keluarga turun..
Bak kata mama CUCU SULUNG KELUARGA..hehe..

Perasaan nak sarung cincin bersaksikan keluarga tu memang mendebarkan..belum nikah lagi tu.. Hee.. Ada sorang je makcik eina yang nampak eina menggigil masa tu.. hehe.. Malu je.. 

Bilik eina dihiasi dengan bunga rampai dan banyak TEDDY BEAR..
hehe..saja je..bukan sarung cincin dalam bilik ponn.. hehe..


Muka EXCITED + NERVOUS (malam sebelum majlis)


Suasana ketika SARUNG CINCIN oleh bakal mak si dia..

No pelamin..!!
Lantak la orang nak cakap apa kan.
Memang tak nak pecah tradisi adat keluarga.. Adat bertunang sebenar mana ada pelamin2 ni.. Membazir kot.. Baik prepare untuk kawen pulak kan.. Pendapat eina la..


Uwww...tak perasan eina salam sebelah tangan je.. Nampak tak keNERVOUSan eina di situu.. hee..

Heee...
Angan2 nak BERCINTA SELEPAS NIKAH..tahun 2014..
Harap dipermudahkan..
Amin..

BERSAMBUNG
Eina BERTUNANG 22 DISEMBER 2013 (Bahagian 2)
.............................SUASANA MAJLIS PERTUNANGAN di BAHAGIAN 2..........................



No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!