Friday, February 7, 2014

Kita jumpa depan-depan di akhirat nanti bila dah puas bercakap belakang di dunia ye..

Assalamualaikum..
Hai semua..!!
Sihat???


Harini eina nak GOSSIP sikit...
Dah banyak sangat kes ni berlaku..
Bukan dikalangan keluarga dan kawan-kawan je, kat office pun ada.



Kalau dah tahu tak puas hati tu, cakap je lah depan-depan..
Tak payah nak burukkan orang belakang-belakang lepas tu bila jumpa depan-depan..
Wahh...bukan main lagi..
Sangat kesian dengan golongan sebegini..


Tak Puas Hati : Jangan Cakap Belakang!!!


Umpama daging yang berulat
Perumpamaan memakan daging busuk serta menggunting lidah sendiri ini sebenarnya diambil dari kisah benar perjalanan Rasulullah semasa Baginda melakukan mikraj ke sidratul muntaha sewaktu kisah 'israk & mikraj'..




Antara perkara yang Rasulullah dapat saksikan;
"Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."

Cakap belakang adalah antara perkara terkutuk. (ada yang berani mengelarkan dirinya sebagai hamba Allah, dengan cara untuk memperli dan mencaci orang dari belakang. Tak malu ke??).. 

Sebenarnya, cakap belakang timbul kesan daripada ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Bila hati tak puas, mulalah jiwa tu meronta nak menjatuhkan orang lain yang dah berjaya.



Kes ini juga akan berterusan sampai kiamat dan mereka yang suka cakap belakang ini tidak akan berhenti mengutuk sampailah satu saat orang yang dikutuk itu mengalah kepadanya.




Hanya hati manusia yang kotor lagi hina sahaja yang akan sanggup melakukan perkara ini dan hanya hati seorang manusia yang tidak jujur dan sahaja yang sanggup untuk cakap-cakap belakang.




So, bila kita berdepan dengan orang-orang sebegini, kita wajib:


1. menasihati beliau agar menghentikan perbuatan terkutuk itu.
2. keluar dari perbincangan.
3. menjauhkan diri.

Dan ada satu jalan yang sangat berkesan yang patut kita buat untuk orang macam ni, doakan mudah-mudahan dia itu 'kembali' ke jalan yang lurus. 

Amin...



#pssstt!!
Pesanan eina untuk u all: 

Pernah rasa kosong dengan cacian belakang..?

Jangan DOWN..Just ignore what people say to ourself..Just move on and never look back anymore!!Be strong...tabahkan diri.. JANGAN BALAS!Yakin yang ALLAH itu ada dan akan balas CASH pada dia..Amin..Dosa pada manusia takkan terhapus selagi tak dimaafkan..So, please BEWARE.. 
Maafkan saya kalau saya ada buat salah ye...
Semoga kita dijauhkan dari FITNAH dan API NERAKA.. Amin.. ;-)

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!