Sunday, April 26, 2015

Cara Elak Serangan Gastrik

Assalamualaikum semua!!!

Siapa kat sini ada Gastrik?? Huu.. Susah kan bila dah ada contract seumur hidup dengan gastrik ni.. Humm.. Tak boleh langsung lambat makan or nak diet extreme... Huu..
Malam ni eina nak share something yang kita boleh buat untuk elakkan diri dari kena serang sakit gastrik ni.. Hanya orang yang memang dah ada gastrik je faham betapa pedih n sakitnya gastrik ni..


Okay.. Ni semua cara-caranya:

  1. Elakkan makan makanan ringan macam jeruk asam boi dan jeruk basah & mi segera. (Tapi tu yang sedapnya kann..jeruk mangga asam boi.. Perhhh... Malangnya, bila makan je terus sakit perut.. So, elakkan)
  2. Makan ikut disiplin n teratur. Makan mesti  kali sehari.. (Wajib)
  3. Jangan minum air berkafein macam kopi, teh, minuman bergas, orange squash dan air limau. (Eina pernah minum DETOX, perhhh pedih gila perut.. 
  4. Elakkan ambil ubat dari doktor seperti "MILK OF MAGNESIA" sebab ubat tu lagi terukkan gastrik kita sebenarnya. (trust me)
  5. Amalkan minum susu segar atau susu tepung penuh krim sampai gastrik kita benar2 sembuh. (Kepada yang tak boleh minum susu segar tu, minum susu soya...elok sangat untuk gastric patient.
  6. Kurangkan makan daging & ayam. (Banyakkan makan ikan, buah-buahan & sayur)
  7. Jangan makan ubi, pulut, keledek, kentang, cempedak atau nangka, rebung dan makanan yang menyebabkan perut kita kembung atau banyak angin sebab selalunya orang gastrik ni ada masalah untuk buang angin dalam badan..dan buatkan perut lagi sakit..
  8. Pastikan minum air suam bukan air bergula atau air sejuk pada tengah hari atau malam.


Tanda-tanda uallz ada gastrik adalah:

  • Sakit perut (bahagian atas perut atau abdomen.
  • Senak
  • Berangin atau pedih uluh hati
  • Tidak selesa pada perut
  • Kembung
  • Rasa mual & muntah bila bau makanan
  • Hilang selera makan
Kalau ada tanda2 kat atas ni, sila amalkan cara2 nak elakkan diri dari diserang gastrik k..
Tak payah pergi jumpa Doktor kalau kita sendiri tak pandai nak jaga makan semua ni.. Sebab kalau jumpa Doktor, tak pasal2 kena masuk air. Gemuk pulak nanti.. So, atasi tanpa ubat chemical..just be natural okay!




#psst: Uallz kalau nak diet jangan sampai kena gastrik okay! Susah nanti.. Trust me!

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!