Sunday, May 31, 2015

Ayat BIKIN PANAS dikalangan wanita..

Assalamualaikum uallz!

Seperti yang kita tahu, perempuan sebenarnya sangat sensitif.. Walaupun dengan sesama kaum hawa.. Perkataan tu memang kena jaga sangat kalau tak nak bergaduh.. Kalau terasa memang mengamuk.. Haha..


 Antara ayat2 yang bikin panas dikalangan wanita.. Lelaki pon annoying dengan orang macam ni kan.. Huu...

  1. "Eh Jemah, kenapa kau nampak makin gemuk skrg ni eh? Kau tak takut ke boyfriend kau cari makwe lain?"
  2. "Jemah, baju kau tak matching lah dengan badan kau.. Nampak kelakar gilee.."
  3. "Semalam kan, boyfriend kau ada call aku.. Memang sweet gile lah dia tu..."
  4. "Eh jemah! Gelapnya kau sekarang! Kau ada pergi kem motivasi ke hujung minggu lepas?" 
  5. "Jemah! Baju kau ni nampak bulat gila.. Kau belilah baju ketat sikit"
  6. "Jemah! Banyak gila jerawat kau.. Kau pakai pencuci muka cap ayam ke kambing?"
  7. "Jemah, cuba kau terus terang dengan aku.. Kau rasa boyfriend kau tu sesuai ke dengan kau?"
  8. "Selipar apa kau pakai ni? Macam selipar toilet je.."
  9. "Aku malu lah jalan dengan kau.. Kau dress up macam nak pergi pasar je.."
  10. "Jemah! Bukan ke baju ni sama dengan baju cleaner tadi?"
  11. "Jemah, cara kau jalan mengigatkan aku pada makcik aku yang balik dari sawah.."
  12. "Jemah! Banyak gila nasi kau amek... Patutlah badan kau macam ni sekarang.."
  13. "Jemah, baju kau sama dengan kain langsir rumah nenek aku.. Cuma tudung kau ada kerongsang..langsir rumah nenek aku tak de.."
  14. "Bukan baju ni kau dah pakai semalam ke?"
  15. "Kenapa muka kau nampak tua dari usia kau?"
  16. "Bila nak kahwin? / Bila nak dapat anak?" (Psst..kenapa tak tanya, bila nak mati je?)
Haha.. Bikin panas je ayat-ayat macam tu kan?? Kadang-kadang kita kena jaga hati orang jugak.. Jangan lah main lepas je cakap tu.. Terguris hati orang, siapa nak tanggung?

Walaupun kita jenis OUTSPOKEN, tapi jangan ingat semua orang boleh terima apa yang kita perkatakan.. Macam menghina kan?? So, please don't k! Cakap lembut2, jaga budi pekerti kita..itukan lebih baik.. Siapa ada kawan macam ni?? Mohon pulaukan dia.. Dia tak layak ada kawan kalau hanya mencari kesalahan dan keburukan orang lain k..!

Apa nak buat dengan orang macam ni?

Caranya:

1) Berdoa agar dia menerima hidayah.. (Sebab orang macam ni, kita takkan dapat kalahkan dia)
2) Pulaukan dia..
3) Buat macam dia tak wujud atau anggap dia langau je..
4) Ignore dia sebab dia bukan setaraf dengan kita..

Yeayyhhh!!

#Girl
#bikinpanas
#aptb
#fake

Saturday, May 30, 2015

GOLDEN ROSE Grand Opening in Malaysia

Assalamualaikum uallz!!

30 May 2015 I Sunway Putra Mall KL I Perkenalkan produk GOLDEN ROSE yang dah pun terkenal di serata dunia. Harini produk ni diperkenalkan di Malaysia.. Memang awesome sangat produk alat solek yang berasal dari Turkey ni.. Sebelum ni produk ini hanya dijual di ONLINE, tapi sekarang dah ada stokis di Sunway Putra Mall, KL. Rasa bertuah sangat sebab dijemput untuk menjadi OFFICIAL BLOGGER produk taraf INTERNATIONAL ni..


Seperti produk lain, macam-macam pilihan dan jenis alat solek kita dapat perolehi dengan brand GOLDEN ROSE ni.. Macam Eina yang tak reti dan tak suka pakai make up ni pon jatuh cinta dengan sentuhan make overnya tadi.. 


Tadi, di pelancaran GOLDEN ROSE pertama di Malaysia dihadiri beberapa orang blogger dan wartawan Malaysia. Terdapat juga MAKE UP ARTIST yang professional.. Blogger diberi peluang untuk MAKE OVER dengan make up artist mereka. Sangat awesome sebab dengan sekali pandang, mereka sudah kenal pasti apa yang sesuai dan tidak dengan kulit kita..






Eina seriously sangat naif dengan MAKE UP, rasa teruja jugak lah nak make up.. Maklumlah, eina ni biasa-biasa je.. Simple make me feel confortable actually.. Hee.. Tapi sorry laa..lepas make over tadi, eina shopping barang make up dari GOLDEN ROSE ni dengan rakusnya.. Haha.. Entah..tapi eina jatuh hati sangat sebab kualitinya memang lembut dengan kulit.. Selesa sangat.. Blogger diberi peluang untuk mencuba semua produk mereka dan yang paling best dapat gift dari GOLDEN ROSE.. Thank You!





Pada harini, 30 May dan 31 May, GOLDEN ROSE ada buat promosi, 30% discount!! Lagi la best.. Seriously, tak mahal pon barang make up kat Golden Rose ni.. Harga sangat berpatutan.. Even lipstick pon still ada harga belasan lagi taw.. Padahal kualiti sangat best! 

Kepada uallz yang nak try produk ? Jom terjah GOLDEN ROSE Outlet kat Sunway Putra Mall, KL. Level 4. Buka dari pukul 10am sampai 10pm. 

GOLDEN ROSE DETAILS

Level 4, lot 8, Sunway Putra Mall,
Email: ccbeautyavenue@gmail.com
Tel: +04-684 9026 / 9027
Mobile: +6012-425 7477

Okay, datz all! Uallz yang nak cantik tu, eina sangat recommand uallz try produk ni.. Hee.. Mana tahu boleh cantik macam JENNIFER LOPEZ.. Hee.. Semua wanita berhak untuk cantik k!! Hee... ;-)

Bergambar dengan model / duta Golden Rose


Selfie duluu..

Thankz kepada GOLDEN ROSE kerana menjemput.. Like Instag: @goldenrosemalaysia..
https://www.facebook.com/goldenroseMY?fref=ts

Thankz kat Blogger Yaya Natsumi : https://www.facebook.com/yaya.natsumi?fref=ts sebab sudi invite eina... Hee.. Saya hanya blogger picisan.. Hehe..

Thankz jugak kat my einaangelbuddyzblogger, SHIQIN SUNSHINE cuz teman eina tadi.. Hee.. https://www.facebook.com/norashiqin.kamaruzaman?fref=ts

With Shiqin Sunshine yang awesome!

#goldenrosemalaysia
#goldenrose
#bloggermalaysia
#IloveGRMY
#bloggercantik
#einaangelnetwork




Tuesday, May 26, 2015

Ayat "DOUBLE MEANING" wanita yang lelaki wajib tahu..

Assalamualaikum uallz!!

Wanita ni terkenal dengan sifat pemalu dan sopannya.. Apa2 nak cakap mesti berlapik..
Hee.. Tapi lelaki selalu tak faham apa yang dimaksudkan.. Tu yang jadi punca gaduh tu..lelaki tak faham perasaan perempuan tu.. Bak kata tajuk drama pukul 7, HATI WANITA.. Haha...


Kat bawah ni eina senaraikan beberapa ayat yang wanita selalu guna tapi lelaki tak reti nak paham-paham.. Haha..

1) Ayat: Lawa ke budak perempuan tu??
Maksudnya, siapa lagi lawa?? I ke budak perempuan tu??


2) Ayat: Lawa-lawa baju kat sini..
Maksudnya, Belikanlah untuk I...

3) Ayat: You pernah tak tiba-tiba teringat kat EX you?
Maksudnya: Kalau nak gaduh, berani sebut nama dia depan aku..!!

4) Ayat: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami, caring, bla bla bla..
Maksudnya: Sebenarnya I minat n suka sangat kat you... Ngoratlah i... I nak jadi girlfriend you...

5) Ayat: Letihnya harini.. Mana nak masak lagi, baju menimbun nak kena basuh lagi...
Maksudnya: Kita keluar makan jelah.. Lepas tu tolong i basuh baju k... Hehe..

6) Ayat: Kita lebih sesuai berkawan saja..
Maksudnya: I tak nak dekat you la.. Tak paham-paham lagi ke??



7) Ayat: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you..
Maksudnya: Aku nak tengok kau menyesal pilih dia dari aku.. Puihh!

8) Ayat: Rasa macam nak pening laa..
Maksudnya: Tolong la picitkan kepala ni..

9) Ayat: You dah makan ke belom?
Maksudnya: Jom la belanja I makan.. Lapar ni...

10) Ayat: I tak kisah kalau you nak kahwin satu lagi, asalkan you berterus terang dan berlaku adil pada i..
Maksudnya: Gatal!! Kau ingat kau mampu ke nak kawen satu lagi?? Aku ni pon kau tak mampu nak jaga..

11) Ayat: I ni dah gemuk kan??
Maksudnya: Cepatlah cakap I cantik!! Cakap la yang I ni dah kurus dan tak perlu nak diet2 lagi sebab you terima I seadanya!

12) Ayat: Kalau nanti ada orang masuk meminang I, u tak kisah ke hilang I?
Maksudnya: Masuk la meminang I cepat!!

13) Ayat: Cantiknya kereta sebelah ni...
Maksudnya: Tukar la kereta ni...

14) Ayat: Yela..I ni tak secantik EX you..
Maksud: Kau puji EX ko, kau siap!!

15) Ayat: U..I bosan lahh.. Tapi nak buat macam mana..hujung bulan..
Maksudnya: Belanja lah I shopping!!!

16) Ayat: Ni motor you ke?
Maksudnya: You bawak motor je? Motor kapcai burok ada hati nak bawak I.. Kalau superbike tak pe jugak!! Ko gila ke apa suruh aku naik motor ni?

17) Ayat: I ni tak cantik pon..
Maksudnya: Pujilah I cantik cepat!!


18) Ayat: Kalau family I tahu pasal you, mesti dia suka..

Maksudnya: Ajak lah I kawen.. Bila nak propose ni...

19) Ayat: No telefon I share dengan mak I..
Maksudnya: Nak no fon aku?? Boleh blah!



20) Ayat: Siapa lah nak kat i ni..dah la tak cantik..
Maksudnya: Ramai nak kat I ni..tapi semua I reject! Haha..


#Psst: Kepada lelaki, take note k! Hahaha... Ni semua JOKE je.. Bukan betol2 pon.. Tapi sometimes ada jugak.. Ikot time laa.. Hee... ;-) Banyak lagi kan ayat DOUBLE MEANING yang uallz taw?? Share siket!! Hee..



Monday, May 25, 2015

Lebih baik pindah rumah selepas berkahwin..

Assalamualaikum uallz!!

Ada yang bertanya kepada eina, apa pendapat eina tentang isu lepas kahwin mana lagi better, sama ada duduk dengan keluarga atau pun pindah rumah untuk hidup berdua? Jawapan eina, eina rasa better pindah rumah dan bina hidup baru. Even parents kita pun duduk asing dari parents diorang after married right? Humm..


Banyak sebab kenapa eina rasa perlu berpindah selepas berkahwin. Bukan suka-suka je buat statement macam tu.. Humm.. Bukan sebab kita nak lupakan orang tua kita..tapi banyak sebabnya kita perlu buat macam ni selepas kahwin.

Alasan mengapa perlu berpindah selepas berkahwin:

1) Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan boleh lebih bertanggungjawab terhadap keluarga yang baru dibina. Kita bebas mengatur hidup dengan lebih baik dengan cara kita sendiri.

2) Tidak terikat dengan budaya keluarga dan cipta suasana keluarga yang baru. Kita semua ada budaya keluarga masing-masing, so kita boleh gabungkan budaya keluarga masing-masing supaya dapat menghasilkan sebuah keluarga bahagia sendiri tanpa ada rasa takut.

3) Keluarga tidak boleh masuk campur dengan apa-apa konflik yang terjadi diantara pasangan. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu dan berusaha untuk menyelesaikan sesama sendiri tanpa melibatkan keluarga dan campur tangan orang tua.

4) Memberi peluang merancang kehidupan baru berumah tangga secara privacy. Kita akan dapat lebih masa bersama tanpa ada segan silu atau batasan dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.


5) Kita dapat belajar hidup berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan keluarga. Jika selama ini bergantung dengan keluarga, bila masuk alam berumah tangga, semuanya mesti dibuat dengan sendiri dan dengan keadaan begini, kita dapat belajar berdikari dan lebih matang untuk menyelesaikan masalah keluarga.


6) Pernah dengar pepatah "JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU TAIK"? Kita juga dapat menghindarkan diri dari konflik pepatah ni.. Pepatah ni bermaksud, jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tapi bila dah tinggal berjauhan, rindu dan sayang tu lebih mendalam pada ahli keluarga mertua atau sendiri.


7) Kita juga dapat menjaga ekonomi keluarga. Kita kena belajar untuk mengawal ekonomi keluarga dengan berbelanja mengikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit, senang je minta keluarga support, tapi selepas berkahwin tidak boleh lagi. Kita kena susah senang tanggung bersama. Baru sweet..


TAPI KITA PERLU TINGGAL DENGAN KELUARGA SELEPAS BERKAHWIN JIKA.......

**Pasangan kita merupakan anak bongsu atau anak tunggal keluarga yang ibu bapanya mengharapkannya untuk menjaganya. Biasanya kes macam ni bila ibu bapa kita sudah tidak mempunyai siapa2 lagi untuk diharapkan. Kita wajib menjaga mereka dan memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka..


#psst: Uallz kena take note benda2 macam ni k.. Memang eina ni belum berkahwin lagi, tapi dah macam-macam kes eina dengar tentang penceraian yang melibatkan campur tangan keluarga.. Humm.. Seriously.. ;-)

#aftermarried
#life
#family

Sunday, May 24, 2015

Kekasih anak sulung? Kenali dia..

Assalamualaikum uallz!!

Hye! Siapa readers kat sini yang ada kekasih, crush, tunang or husband/wife anak sulung?? Kadang-kadang kita kena mengenali sifat2 dia untuk membahagiakan dia kan?? Hargai dia ada dalam hidup kita.. Apa yang dia tak suka, apa yang dia suka.. Kann..? Takot salah langkah, k bye2!! Haha..
Uallz kena tahu semua checklist peribadi anak sulung ni.. Hee..


1) Senang memaafkan orang lain... Selalu LET GO..

2) Garang macam harimau tapi pada sesetengah orang je.. Bukan setiap masa garang.. Cuma tegas..

3) Kalau gelak memang tak ingat dunia..


4) Sensitif & Lembut hati..

5) Ramai peminat..

6) Mudah menyayangi orang lain jika orang tu caring terhadapnya..

7) Sukar melupakan orang yang dia sayang.. Sekali HEARTBREAK, susah nak baik..

8) Selalu menjadi tumpuan dalam keluarga..

9) Senyuman tetap di bibir walaupun dia tengah sedih..

10) Friendship yang sangat kuat..

11) Romantik dan penyayang.. Sentiasa suka untuk membahagiakan orang sekeliling..


12) Peramah dan suka melayan perasaan sendiri & suka dibelai.. Manja dalam tegas..

13) Takut gelap..suka dipeluk supaya rasa selamat.. Yang single tu, tidur mesti peluk bantal..

14) Kaki shopping & suka melancong.. Memang kena cari seseorang yang dapat mengawal pembelanjaan borosnya tu..

15) Suka memasak dan akan rasa puas bila dapat memberi orang sekeliling makan masakannya..

16) Pandai memujuk..dan kuat merajuk.. Senang sedih..

17) Nak tahu merajuk ke tak, senang je...kalau diam tu tandanya tengah merajuk dan wajib dipujuk sebelum dia cari orang lain yang boleh memujuknya..

18) Senang menghulurkan tangan apabila ada orang yang meminta bantuan..

19) Kalau tengah tidur, senang je nak pujuk sebab memang bukan jenis tidur mati..

20) Pasangan yang ngam dengan anak sulung ni adalah anak bongsu sebab anak sulung tegas dan anak bongsu selalunya manja.. Saling melengkapi..


#psst: Hee... Ni semua eina rujuk dari buku motivasi eina dulu.. Kalau betul, betul lah.. Kalau ada yang salah tu, jangan diikut.. Hee... Peace!!! Yeayyhh!! Eina anak sulung gak!! hehe.. 99% dari yang kat atas ada pada eina.. Huuu... 

#anaksulung
#love
#appreciate
#crush
#tips

Saturday, May 23, 2015

U-Cafe Wangsa Walk awesome!

Assalamualaikum uallz!!

Selalu pergi Wangsa Walk? Uallz wajib singgah Cafe baru kat Wangsa Walk tu, U-Cafe Wangsa Walk sebab kat sana banyak makanan best dengan harga yang berpatutan n kena dengan rasa sedapnya. Macam-macam pilihan makanan kat sana. Uniknya cafe ni, menunya ada yang lain dari yang lain. Sesuai dengan kita yang tinggal di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Cuba try.. Bersebelahan dengan Old Town White Coffee berhadapan dengan tempat parking kereta. Memang takkan sesat lah cari..

Dari luar cafe nampak mewah dan moden. Sesuai dengan kita-kita yang metropolitan. Ada air-cond, tempat yang selesa n ada pilihan samada nak OUTDOOR atau INDOOR. Wifi pun ada.. Boleh la datang untuk bersantai sambil menikmati makanan yang terbaeekk!!

Nak tahu apa yang ada di U-Cafe ni?? Kena lah datang sendiri.. Rugi tak datang.. Owner dia pon nice sangat.. Kebersihan taraf A punya dan jangan risau untuk yang muslim, HALAL punya cafe walaupun cafe ni ramai juga pengunjungnya yang Non-Muslim..

Antara makanan yang ada?? Yang eina dah rasa... 


Hidangan tersedia

Ayam berempah

Rempah ayam

Nasi Kukus

Nyum2... Sedapp..

Sup macam2 ada.. Haha.. Not sure its name..

Kerabu

Ayam Boxing

Jemput makan..

Salmon, Octopus, Mashed Potato, Onion Rings

Makanan baru..nyummm!!

Nampak menyelerakan kan??

Peminat kambing?? Wajib cuba k!!

Ikan Talapia goreng..dah macam ikan flowerhon pon ada.. Hahaha.. Stylo...

Keladi with Chicken

Nasi lemak pon adaa....

Sedap sangat ayam niii...

Mee kari... Macam2 ada..

Kueh Tiow Goreng...

Nasi lemak upin ipin... Hee..

Laksa Penang...!! Luv it..

Terbaik kan makanan dia?? Lapar??? Jemput singgah ke U-Cafe Wangsa Walk!! Dijamin REPEAT lagi.. Hee...

Tadi ramai Blogger hebat-hebat turun untuk FOOD REVIEW ni.. Kalau tak percaya U-Cafe Wangsa Walk ni best, cuba terjah blog2 lain yang ada buat review jugakk.. Sedapp woo.. Malaysian sangat... ;-)










Seperti biasa Blogger dengan Camera memang tak boleh dipisahkan.. Upload!! Haha..



Jutaan terima kasih kepada pihak U-Cafe Wangsa Walk yang mempercayai Einaangel Network untuk membuat FOOD REVIEW.. Thanks a lot for lots of delicious food!! Really appreciate that! Like FB U-Cafe (https://www.facebook.com/pages/U-cafe-Wangsa-Walk/481158621953246?fref=ts)

"Untuk reservation atau apa-apa, just contact person in charge, MR Rachel (019-313 3668)."

Kepada abg blogger JAMAR BAHAR.. Thanks sebab sudi pilih eina n crew untuk buat review.. Ada event lagi, jemput lah ye.. Hee.. Jemput terjah blog dye.. (www.jmr23.com)

Kepada yang nak buat iklan bisnes uallz or event yang melibatkan blogger, email eina, fallingangel@gmail.com. Atau whatsapp 017-674 1101. Einaangel Network periklanan berdaftar.


Thanks jugak kepada awesome crew Einaangel Network!! Muahh!!! ;-)

#Malaysianfood
#Foodreview
#Foodporn
#Ucafe
#WangsaWalk