Sunday, May 31, 2015

Ayat BIKIN PANAS dikalangan wanita..

Assalamualaikum uallz!

Seperti yang kita tahu, perempuan sebenarnya sangat sensitif.. Walaupun dengan sesama kaum hawa.. Perkataan tu memang kena jaga sangat kalau tak nak bergaduh.. Kalau terasa memang mengamuk.. Haha..


 Antara ayat2 yang bikin panas dikalangan wanita.. Lelaki pon annoying dengan orang macam ni kan.. Huu...

  1. "Eh Jemah, kenapa kau nampak makin gemuk skrg ni eh? Kau tak takut ke boyfriend kau cari makwe lain?"
  2. "Jemah, baju kau tak matching lah dengan badan kau.. Nampak kelakar gilee.."
  3. "Semalam kan, boyfriend kau ada call aku.. Memang sweet gile lah dia tu..."
  4. "Eh jemah! Gelapnya kau sekarang! Kau ada pergi kem motivasi ke hujung minggu lepas?" 
  5. "Jemah! Baju kau ni nampak bulat gila.. Kau belilah baju ketat sikit"
  6. "Jemah! Banyak gila jerawat kau.. Kau pakai pencuci muka cap ayam ke kambing?"
  7. "Jemah, cuba kau terus terang dengan aku.. Kau rasa boyfriend kau tu sesuai ke dengan kau?"
  8. "Selipar apa kau pakai ni? Macam selipar toilet je.."
  9. "Aku malu lah jalan dengan kau.. Kau dress up macam nak pergi pasar je.."
  10. "Jemah! Bukan ke baju ni sama dengan baju cleaner tadi?"
  11. "Jemah, cara kau jalan mengigatkan aku pada makcik aku yang balik dari sawah.."
  12. "Jemah! Banyak gila nasi kau amek... Patutlah badan kau macam ni sekarang.."
  13. "Jemah, baju kau sama dengan kain langsir rumah nenek aku.. Cuma tudung kau ada kerongsang..langsir rumah nenek aku tak de.."
  14. "Bukan baju ni kau dah pakai semalam ke?"
  15. "Kenapa muka kau nampak tua dari usia kau?"
  16. "Bila nak kahwin? / Bila nak dapat anak?" (Psst..kenapa tak tanya, bila nak mati je?)
Haha.. Bikin panas je ayat-ayat macam tu kan?? Kadang-kadang kita kena jaga hati orang jugak.. Jangan lah main lepas je cakap tu.. Terguris hati orang, siapa nak tanggung?

Walaupun kita jenis OUTSPOKEN, tapi jangan ingat semua orang boleh terima apa yang kita perkatakan.. Macam menghina kan?? So, please don't k! Cakap lembut2, jaga budi pekerti kita..itukan lebih baik.. Siapa ada kawan macam ni?? Mohon pulaukan dia.. Dia tak layak ada kawan kalau hanya mencari kesalahan dan keburukan orang lain k..!

Apa nak buat dengan orang macam ni?

Caranya:

1) Berdoa agar dia menerima hidayah.. (Sebab orang macam ni, kita takkan dapat kalahkan dia)
2) Pulaukan dia..
3) Buat macam dia tak wujud atau anggap dia langau je..
4) Ignore dia sebab dia bukan setaraf dengan kita..

Yeayyhhh!!

#Girl
#bikinpanas
#aptb
#fake

No comments:

Post a Comment

Put your comment here!!